Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Friday, November 26, 2010

Masalah pada Mozilla ke?

Nk share satu problem pada Mozilla Firefox... lepas baca ni nanti, sapa2 yg ada kepakaran atau pengalaman tu, leh la tolong2 ye apa yg patut. =)   .

Biasanya, sy online guna Google Chrome, tapi kadang2 sy still guna Mozilla Firefox sebab ade mcm2 plugin dan extension yg memudahkan kerja (download, etc).

Baru2 ni, Mozilla Firefox sy telah diupdate secara automatik (mmg sy ON kan automatic update tu) kepada Mozilla Firefox version 3.6.12... tapi sejak update tu, ada satu masalah yg timbul. Mozilla ni tetiba jadi mcm pelik tau. Bila bukak laman web tertentu, dy seolah2 x compatible dengan Windows Aero pada lptop sy. Dan secara automatik akan bertukar kepada theme Windows Vista Basic (xde transparent la tu)...

Pada mulanya, sy anggap ada laman2 web tertentu yg x sesuai dengan Windows Aero ni... tapi bila sy bukak page tersebut dengan Google Chrome, xde pulak masalah mcm tu... dan kadang2 bila kita bukak page yg sama, xde pun problem tu... tapi problem tu jadik kat page lain pulak... so agak2 apa problem ye? Mungkinkah problemnya terletak pada Mozilla 3.6.12 tu?

Sy tak kisah kalau problem tu x mengganggu performance laptop... tapi masalahnya, bila nak tukar theme tu, sistem jadi hang kejap... tu yg leceh tu... ish2...


Berikut ialah spesifikasi laptop sy yg berkaitan:
Acer Aspire 4736G
MS Windows Vista Home Premium 32-bit Service Pack 2
4 GB RAM

Tuesday, November 23, 2010

Please stay

Hoyeh2...

Semalam, sy bru dapat tahu lagu apa yg kawan sy pasang kat blog dy. Sy selalu bukak blog tu dan dengar lagu tu kat blog beliau, tapi xpernah tau tajuk dy.  Sebab takde tulis tajuk lagu tu kat situ.


So semalam sy try dengar betul2 apa ayat dalam lagu tu (sangat susah sebab dy sebut x jelas). Then, dapat 2-3 baris ayat, terus masuk kat encik Google... tadaa... keluarlah tajuk lagu tu. hehe... pantas dan efisyen kn? =)


Estrella - Stay


Sound straight from the twilight
Has me up all night
I can't fall asleep 'cause I keep thinking of you
And I saw a shadow outside my window and it's you.

[Chorus]
All my sorrows flew away
Hush, keep quiet, hear me say
I don't ever want you to go
Please stay
With the moonlight dancing free
And there's no one but you and me
There's no reason to go astray
Please stay.

Making up a story
It's the way you're looking at me
If you think that this is funny, it's just you.
Find More lyrics at www.sweetslyrics.com 

Try and think about it,
If you're heart is closed don't lock it,
Keep your keys back in your pocket,
Think this through.

[Chorus]

Please stay with me
Just stay with me
and I will take you to Foreverland
Just stay



Kalau kawan maktab sy tau sy layan lagu ni, mesti dy terkejut sebab dy tahu yg sy tak layan sgt artis baru2 ni... slalunya saya layan artis lama je. entah la... lagu apa2 pun yg kawan sy ni letak kat blog dy, sy mesti jadi minat kat lagu tu. ish2... dulu dy letak lagu Lenka - The Show pun, saya drpd x pernah dengar terus jadi minat kat lagu tu... x paham btul... haha...

Tadi lepak makmal komputer sekolah tapi xde internet... so LCD pulak jadik mangsa... haha~ (^^,)

Saturday, November 20, 2010

Lawak dalam bas... =)

Arini nk kongsi satu cerita yg berlaku ari Selasa, 16 November aritu.

Jam 3 petang sy sedang menanti bas untuk balik ke Tangkak. Lebih kurang jam 3.25 ptg, bas ke Tangkak/Kuantan sampai. Lalu sy dan  penumpang2 lain naik lah ke atas bas.

Nombor tempat duduk dilekatkan kat dinding bas (bawah tingkap), so kalau x tengok betul2 memang x perasan ada nombor kat situ... nampak mcm xde nombor tempat duduk je.

Lalu terjadilah dialog ini...

Penumpang       :  Pakcik, seat takde nombor ke? (sambil mencari2)
Pemandu bas    :  Eh. Ade lah... tengok betul2...
Penumpang       :  Takde pun pakcik. Boleh duduk mana-mana je ke?
Pemandu bas    :  Ha'ah... boleh... duduk la mana-mana... atas bumbung pun boleh...

Pastu kami ramai2 tergelak dalam bas tu... (^^,)




** Pakcik driver bas Cepat Ekspres itu memang seorang yg peramah dan kelakar. Sy slalu naek bas dy. =)

17 Nov 2010

Sorry, banyak entri sy x sempat buat... 2-3 hari ni rasa pening2 je kpala + selsema yg entah bila nak baik (time sy taip entri ni, masih belum baik lg)... ish2... sorry lah lg skali ye... entri gi gunung banang ngan kwan2, gi minyak beku, n gi Bukit Soga dgn Akmal pun sy tak taip...

Arini nak mula cerita dengan gambar ini:


Tau x kat mana gambar ni dirakam?

Kalau tak tahu, ini lah Masjid Selat, Melaka. Masjid ni letaknya kat Pulau Melaka, dekat Bandar Hilir, Melaka. Ia dibina kat atas laut. Menarik kn?

Actually, gambar itu dirakam pada petang Rabu, 17 November 2010 bersamaan Hari Raya Korban. Kebetulan je sy gi sana aritu.


Pagi raya aritu, sy solat sunat Aidiladha di Tangkak. Then, lebih kurang jam 12 tgh hari, kami sekeluarga bertolak ke Kampung Sebatu, Merlimau, Melaka. Hujan lebat sepanjang jalan. Tapi raya kurang meriah sikit sebab Paklong, Maklong, Pandak dan keluarganya pergi menunaikan Haji kat Mekah. So xde sape pun kat kampung. Nasib baik ada family Makniza n Mak Ita... xde la sunyi sangat suasana. huhuu~

Ada arnab yg comel ni... =)

Pemandangan dari Masjid Pulau Melaka tu...

lebih kurang pukul 5 petang, kitorang pun gerak dari rumah tu, pusing2 Melaka kejap... dh lama x jalan2 Melaka... lepas singgah masjid ni, pergi ke Tesco Melaka pulak... yg kat Peringgit tu... pastu pergi Mydin  Melaka, kat belakang melaka Sentral.

Hajatnya bulan 12 nak gi rumah api Tanjung Tuan. Harap2 jadi la ye... sy teringin nk masuk rumah api... nnti klau jadi pergi sy snap gamba banyak2 k... huhu~...

Monday, November 15, 2010

Lambat sngguh menunggu waktu berlepas ni... rasa x sabar nak balik rumah... tak sabar nak naek flight saya pukul 3.30 petang esok.. aishh... time2 mcm ni la rasa menyesal beli tiket lambat... kawan2 lain semua sudah bertolak pulang... ade la berapa ketul je yang tinggal kat asrama ni...

Tamat sudah exam tadi... Susah jugak paper td.. nasib baik bab kira peratus Nitrogen tu sy masih ingat sejak blaja kat skola dulu... kalau tidak, kira redha je la td... haha...

Ni la dewan exam tdi... =)

Malam ni barang2 kena packing... esok pagi mesti mahu kosongkan bilik. Macam x larat je kn... x tido la jawabnya malam ni sebab barang2 saya xde satu pun yg saya sudah packing... padan muka... sape suruh buat kerja bertangguh... haha..merasa ko...

2 - 3 hari ni tak habis2 berjalan sekitar Batu Pahat ni... nanti la saya upload entri pasal tu ye... rasa xde mood pulak nak taip mlam ni... huhu~ :)

Sunday, November 14, 2010

The Road Was Taken : Wet World, Batu Pahat

Sorry sangat lambat mengupdate blog. Kawan sy asik dok tanya, mana entri pasal gi wet world aritu. Sorry la kawan, sangat bz la sampai x sempat nk taip. huhu~

Act, kawan sy, si Haziq sudah tulis dalam blog dy... boleh baca di sini...


Sedikit info mengenai wet world ni..

Nama :
Wet World Batu Pahat

Lokasi :
Tasik Merdeka, Jalan Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor.

Bayaran Masuk:
General Park Admission:  Motosikal : RM 1.00
                         Kereta    : RM2.00


Waterpark Entry : Dewasa : RM12.00 (tinggi 135 cm ke atas)
                  Kanak2 : RM6.00 (kalau x silap la)

Masa Operasi:
Hari Bekerja : 1.00 tengah hari - 7.00 malam.
Ahad dan Cuti Umum : 10.00 pagi - 7.00 malam.
Selasa : Tutup


Pada hari Khamis 11 November 2010 aritu, sy dan kawan2 pergi ke Wet World Batu Pahat. Sy x pernah pegi sini sepanjang hidup, padahal dah 3 sem kat cni. Senarai peserta ialah:
  • Owner blog ini iaitu saya (Kalau sy x ikut xkan sy buat entri kn?) =)
  • Haziq
  • Akmal
  • Din TESL
  • Syarifuddin RBT2
  • Wan Izzudin
  • Rohaizat
  • Syed Syahir
  • Nizam
  • Halim
  • Aswadi
  • Zaim
  • Azril (Ayi)
  • Fitree TESL



Bayaran masuk motosikal, RM 1 + bayaran masuk taman air, RM12 = jumlah, RM13.


Dah bayar, dapat gelang tangan dan juga resit2 yg berkenaan nih...

Kitorang masuk pada jam 1.45 petang (45 minit lepas wet world bukak)... sangat seronok nak main air...

Wet world ni tak de la besar sangat... tak sebesar Melaka Wonderland kat Ayer Keroh, Melaka (ye ke, sy pun x pernah pegi sana)... dan jauh sekali bezanya untuk dibandingkan dengan A' Famosa Waterworld kat Alor Gajah sana... tapi puas hati jugak la dengan bayaran masuk yang murah tu...

Ni Wave Pool...

Antara benda2 yang ada kat sini ialah Lazy River (parit keliling untuk naik pelampung tu), gelongsor besar, Wave Pool (yg macam pantai tu, ada ombak2), and yg paling best, Tube Slide... ala, yang gelongsor pakai pelampung tu... best sgt2... laju gile time nak turun... sakit jantung den dibuatnya... adehh... tapi kalau nak naik benda ni, kena sewa pelampung dulu tau...

Sewa Pelampung:
Pelampung Single : Deposit RM5 + Sewa RM5 = RM10
Pelampung 2 orang : Deposit RM7 + Sewa RM 7 = RM14

jangan risau... duit deposit tu kalau kita pulangkan pelampung tu dalam keadaan baik, maka kita akan dapat semula duitnya...


First2 skali sampai, sy dengan Haziq bersantai2 dalam lazy river tu... naik pelampung lalu 2 ke 3 kali pusing... pastu terjumpa dak2 maktab jugak... sape ntah, x cam la dari jauh.... huhU~

Yan belakang tu tube slide ye...

Lepas bersantai2 kat Lazy River tu, baru la sy naik Tube Slide... yg ni kena bawak pelampung... gila ah... laju tau time turun tu... rasa mcm nk terbalik je pelampung kat dalam tube tu... dah le ada bahagian2 yg memang open (maksudnya lalu gelongsor separuh tube, xde tutup atas)... bayangkan la kalau pelampung tu tercampak keluar kn... kompem bersepai mayat (melampau la tu)... haha... jahat seyy mulut den... kui3... :P

"Papa... nak naik gelongsor tu... nak naik..." kata budak tersebut. :P

Paling takleh lupa, time kat Wave Pool... kononnya nak test la boleh pegi sampai paras mana kn... sy pun try la pergi kat tempat dalam sampai kaki kena tonjet2 baru dapat nafas... serius kolam tu sangat dalam... tapi dasarnya sangat landai, so sy x takut sangat nak ke tempat dalam tu... tiba2 abang tu idupkan ombak pulak... nasib baik ada siren sebelum ombak tu datang... tapi sy x sempat gi tmpat cetek... gile3... rasa nak lemas je time tu.. nsib baik la jugak kaki jejak sampai kat dasar... ish2...


Ok... dh x tau nk taip apa... so sy letak gamba je la ye... =)

Ustaz Din dan Halim...




Thursday, November 11, 2010

The Road Was Taken : Gunung Banang, Batu Pahat


Nama : Gunung Banang
Daerah: Batu Pahat, Johor
Koordinat: 1°48'44"N 102°56'6"E
Ketinggian: 1402 kaki / 432.38 meter

Just for info, actually Gunung Banang ni adalah sebuah bukit sahaja. Tapi sebab ia kelihatan seperti sebuah gunung dengan menara pemancar kat atasnya, maka orang memanggilnya Gunung Banang. Beza antara bukit dan gunung adalah kurang jelas dan merupakan suatu bidang subjektif. Yang jelas adalah bukit lebih kecil dan kurang curam berbanding gunung (tapi ada jugak bukit yang curam kn).  Oxford English Dictionary mencadangkan batas 2000 kaki (610 meter) untuk membezakan bukit dan gunung, manakala Kamus Dewan hanya mencadangkan had 1500 kaki (457.2 meter). Tapi Gunung Banang ni cuma 1402 kaki (432.38 meter), so komfem la ia sebuah bukit kn? =)

**Entri ini sangat panjang... so kalau rasa taknak baca tu tak payah la baca ye... gi baca buku untuk exam lagi bagus... hehe~ :P

Mission accomplished... itu ayat yg sesuai diucapkan pada saat ini... setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya impian saya untuk mendaki Gunung Banang, Batu Pahat ni telah menjadi kenyataan pada petang semalam. Tanpa sebarang perancangan, kami terus mula mendaki. Oppss... jangan salah sangka... kami bukan mendaki ikut trail hutan. Kami just daki mengikut laluan berturap yang dibina oleh Telekom Malaysia (TM) untuk ke Menara Pemancar Gelombang Mikro kat puncak bukit tu. Pendakian hanya dengan seluar slack, baju t-shirt biasa dan selipar yang biasa saya pakai ke mana2 ini. hee~

Laluan Telekom Malaysia ni bermula di Jalan Minyak Beku. Betul2 lepas restoran steamboat tu, ada satu jalan kecil mendaki bukit lalu celah2 rumah orang. Sila klik pada peta untuk gambaran yang lebih jelas.

Yang dilabel warna hijau tu adalah trailnya...

Jalan masuknya terletak betul2 lepas restoran ini...

Pendakian saya pada petang tadi hanya berdua dengan Akmal, dak kelas saya. Di sini saya mahu berkongsi cerita pasal pendakian tadi. Catatan ni hanya berkaitan saya sebab masa yg saya dan dia ambil tak sama ok...

10 NOVEMBER 2010 - Rabu
Sebagai info tambahan, ini la gambaran satelit laluan Telekom ini. Saya sudah labelkan point2 penting. =)


Panjang laluan : 2.9 KM (2900 meter)

Yeah2!!... mari mula mendaki... (^^,)

1628 HRS (4:28 petang) 
Saya memulakan pendakian daripada Kilometer 0.175 setelah meletakkan motor di sebuah rumah penduduk di permulaan laluan Telekom itu. Jalan menaiki motosikal dari Km 0.0 ke Km 0.175 itu sangat curam. Saya memulakan perjalanan dari Km 0.175 serentak dengan Akmal. Serentak dengan itu, saya  memulakan kiraan masa.

Km 0.0 : Pengiraan bermula

Km 0.20 : Tempat kami memulakan pendakian

Jalannya di peringkat permulaan sahaja sudah curam. Rasanya kecuraman lebih kurang 40 darjah. Saya tak dapat bayangkan macam mana kat atas nanti sebab awal2 lagi sudah curam mcm ni.
Masa : 00 jam 00 minit

Km 0.30 : Mula masuk Hutan Simpan Banang

Km 0.45 : Rehat sekejap

Km 0.65 : Rehat lagi...

Km 1.0

Km 1.15 : Ukiran "Utamakan Kesihatan Anda". Sape ntah yang buat... huhu~


1657 HRS (4:57 petang) 
Saya sampai di Km 1.45. Sepanjang jalan tadi, saya berhenti beberapa kali di Km 0.45, Km 0.65, Km 0.95, Km 1.1 dan di Km 1.45 ini. Keadaan jalan yang sangat curam memaksa saya berhenti beberapa kali kerana kepenatan. Akmal sudah berjalan jauh di depan dan tinggal lah saya keseorangan di tengah hutan itu. Beberapa orang pakcik berbangsa Cina melintasi tempat saya berehat tu. Sampai di sini air yang saya bawa sebanyak 500ml sudah habis diminum.

Masa : 00 jam 29 minit


1659 HRS (4:59 petang) 
Saya melintasi Km 1.5. Ketika ini saya hanya berjalan seorang diri je sebab Akmal sudah berada sangat jauh di hadapan. Saya tak takut sebab setiap 200 meter pasti saya akan terserempak dengan orang lain sama ada yang menuju arah sama (menaik) atau yang sedang menuruni bukit. Keadaan jalan masih lagi curam dengan beberapa bahagian permukaan jalan yang berlumut. Sangat licin untuk dilalui oleh kenderaan seperti motosikal dan lain2.

Masa : 00 jam 31 minit

Permukaan jalan yang berlumut...


1708 HRS (5:08 petang)
Saya tiba di Km 2.0. Sepanjang perjalanan, saya turut berhenti rehat di beberapa tempat, iaitu di Km 1.65, Km 1.75 dan di Km 1.95. Jalan masih lagi curam dan saya sangat kepenatan. Laluan ini sangat berbeza dengan laluan serupa yang pernah saya lalui di Gunung Ledang, Tangkak. Laluan Telekom kat Gunung Ledang sangat panjang, sejauh lebih 12 kilometer, tetapi terdapat banyak sumber air sepanjang perjalanan (banyak anak sungai sepanjang jalan). Tapi sepanjang trek Gunung Banang ni, tidak terdapat sebarang sumber air yang boleh diminum (sebatang anak sungai pun xde). So terpaksa tawakkal la, rehat banyak kali.

Masa : 00 jam 40 minit


Kat Km 2.05, saya bertemu sebuah lori yang dalam perjalanan turun dari gunung.


1714 HRS (5:14 petang)
Saya sampai di Km 2.2. Sampai sini sudah mula rasa pening kepala, mybe sebab x biasa buat aktiviti macam ni kut. Saya duduk rehat di sini agak lama sebab risau kalau teruskan jugak, nanti pengsan tengah jalan tu, sape nak dukung turun kn. So saya duduklah berehat di tengah hutan tu sorang2.

Gambar kanan:
Rest spot kat Km 2.20

Masa : 00 jam 46 minit


1722 HRS (5:22 petang)
Saya teruskan perjalanan dari Km 2.2 itu. Jalan berikutnya sudah mula landai sedikit daripada permulaan tadi, so agak mudah nak menapak. Dekat Km 2.3 ada bukit curam.
Masa : 00 jam 54 minit

Bukit curam selepas Km 2.25


1729 HRS (5:29 petang)
Saya sampai di salah satu tempat rehat yang ada di Km 2.45. Kat sini ada 2 orang uncle, so saya borak2 dengan mereka. Kebanyakan uncle yg turut mendaki cuma sampai kat sini je sebab jalan seterusnya sangat curam. Then, sampai sini, mereka akan melakukan senaman seperti pumping dan bangkit tubi sebelum menurun semula. Tapi saya meneruskan perjalanan ke atas setelah berehat seketika.

Masa : 00 jam 57 minit

Pemandangan dari rest spot di Km 2.45... perhatikan menara di atas rimbunan pokok itu... 
(klik untuk besarkan)

1731 HRS (5:31 petang)
Saya melepasi Km 2.5. Bukit di hadapan sangat2 curam dengan kecerunannya pada anggaran saya, kira2 40-45 darjah jugak. Laluan curam ini berlarutan sepanjang kira2 100 meter- 200 meter.

Masa : 00 jam 59 minit



1735 HRS (5:35 petang)
Saya melewati Km 2.6. Jalan curam dan berselekoh di sini, memang sangat2 memenatkan.

Km 2.60 : Pandangan menghala ke atas...
Masa : 01 jam 03 minit


1739 HRS (5:39 petang)
Saya sampai di Km 2.7. Penanda kat sini agak berbeza sebab mereka siap buat tanda bintang di bawah tulisan itu. Saya tak tahu apa maksudnya. Yang penting, jalan curam di sini, kecerunan lebih kurang 35 darjah. Kira-kira 50 meter selepas melewati Km 2.7, saya terpandang garisan kuning di atas jalan, seperti kesan cat yang tumpah. Saya buat tak endah je dan teruskan perjalanan. Di sini saya jumpa Akmal yang sudah nak turun lalu saya ajak dia naik semula.




Masa : 01 jam 07 minit




Bergambar sejenak di Km 2.80.  Dari sini sudah boleh nampak pintu gate menara pemancar gelombang mikro TM Gunung Banang. Dari sini ke gate tersebut agak curam jalannya.


1745 HRS (5:45 petang)
Saya sudah menyentuh pintu gate menara pemancar gelombang mikro TM di puncak Gunung Banang itu. Yippieee.... sampai jugak akhirnya. Gate ni terletak kat Km 2.85, iaitu kat penghujung jalan.

Masa : 01 jam 13 minit


Kawasan menara tu berpagar untuk mengelakkan penceroboh masuk dan orang awam tak boleh masuk ke situ. Menurut laman web yang saya rujuk sebelum mendaki tu, kalau nak ke view point (tempat yg boleh nampak pemandangan bandar), kena menyusur tepi pagar kawasan pemancar tu. tapi saya tak tahu tepi sebelah mana yang harus saya lalu, sama ada kiri atau kanan.

 Macam x percaya pulak. Saya duduk2 kejap sambil rakam satu ke dua gambar di situ sebelum ditegur oleh seorang askar yang berkawal di dalam kawasan menara itu. Menurut askar tu, saya tak boleh ambil gambar kat situ. Gaya askar tu macam nak suruh serahkan kamera kepada dy, so awal2 lagi saya offer diri untuk delete gambar yg saya rakam tu. Kemudian dia kata, sebenarnya saya tak boleh melepasi line kuning yg dibuat atas jalan sebelum sampai menara tadi. Adeh... cuak jugak kena tegur macam tu. Saya tak tahu pun yg kitorang tak boleh lepas garisan tu, sebab dalam banyak2 uncle yg saya jumpa tadi (lebih dari 20 orang yg saya jumpa), takde sorang pun yang beritahu saya bahawa kita tak boleh menghampiri kawasan menara tu. Dan ada jugak uncle yang beri semangat supaya saya teruskan mendaki sampai ke gate tu. Lagipun bukan saya sorang je yang sampai kat gate tu, uncle lain yang mendaki sama saya tadi semua sampai kat gate tu, siap rehat kat depan gate lagi... takde pulak askar tu tegur diorang. Dan berkenaan larangan menangkap gambar... kenapa laman web yang saya rujuk tu boleh menunjukkan gambar yang ownernya tangkap kat menara tu? kalau betul la dilarang, macam mana beliau boleh tangkap gambar tu? takde orang tegur ke masa owner website tu tangkap gambar tu? haishh... x faham betul lah...

Akur dengan arahan, saya patah balik untuk perjalanan turun. Saya perhatikan sekali lagi garisan kuning yang ada atas jalan tu. Kali pertama saya terpandang garisan tu tadi, tahu tak apa yg saya fikir?... saya fikir garisan itu terhasil akibat daripada cat yang tertumpah di atas jalan berkenaan. Sangat buruk cara diorang lukis garisan tu ye. Then, sebab penat sangat2, saya rehat je kat penanda Km 2.7.

Perhatikan garisan kuning tu...macam cat yang tertumpah kn?

Lepak2 kat penanda Km 2.70...

1741 HRS (5:41 petang)
Kami memulakan perjalanan turun dari Km 2.7.

1749 HRS (5:47 petang)
Saya melewati Km 2.0. Akmal sudah jauh di depan, so sekali lagi saya jalan seorang diri. Perjalanan turun agak mudah even cerunnya sangat curam. Saya langsung tak berhenti rehat sekali pun sepanjang jalan turun ni.

Rest spot kat Km 1.75...

1754 HRS (5:54 petang)
Sudah tiba Km 1.6. Ada 1 batu lagi untuk tiba di bawah.

1757 HRS (5:57 petang)
Tiba di Km 1.5.

1803 HRS (6:03 petang)
Saya melewati tanda 1000 m (Km 1.0).

1815 HRS (6:15 petang)
Sampai di Km 0.175, tempat saya letak motor tadi.

Secara keseluruhannya, perjalanan turun memakan masa 34 minit sahaja berbanding perjalanan naik selama 1 jam 13 minit. Nasihat saya, kalau nak mendaki tu, pakai la kasut serta pakaian yang sesuai ye. jangan pakai selipar mcm saya pulak. haha...

Paku pakis yang membentuk segi lima di Km 2.25... kat Gunung Ledang pun banyak tumbuhan seperti ini.

Wednesday, November 10, 2010

Semoga selamat Sejahtera... =)

Lama x blogging, dh dekat seminggu rasanya kn... bukan apa, sy sekarang ni konon-kononnya sangat bz dengan pelbagai komitmen lain... so sangat jarang online ye... in fact, facebook sy pun sudah jarang dijenguk... tup2 bukak, 19 friend requests... itu pun nk bukak td kena retrieve password guna e-mail sebab bila dh jarang bukak, so bila clear browsing history, password tu x ingat dh... huhu~... mcm x caya kn yg sy ni tetiba x rajin ber'fb'?... =)


Entri ini sepatutnya di'post' semalam, tapi smalam sy terlelap depan laptop, so arini baru post... hehe~ :P

Di saat ini, di malam yang hening ini, tetiba sy rasa berkesempatan nk blogging... Alhamdulillah, tadi dh lepas paper yg sy takut sikit2, iaitu paper Rekabentuk dan Teknologi 1 (DT3311P4). Dalam paper ni ada 2 komponen iaitu Matematik dan Asas Pengurusan. Gila kau, susah kut nk jawab... dh le kalkulator hilang, time nk gi dewan baru prasan dh xde... main pakai congak je kau... haha... so sape2 nk apply borang untuk repeat paper nnti, jgn lupa la jemput sy skali ye (cett... mcm konfem2 je kena repeat... haiishhh)... :P

::PAPER SETERUSNYA::  
:::: ISNIN : 15 NOVEMBER 2010 : REKABENTUK DAN TEKNOLOGI 2 ::::

So, mari kita berblogging2 dulu ye... :D
Hari Ahad, 7 November 2010... pakcik sy yg sy panggil Pandak telah selamat berlepas ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima, iaitu ibadah Haji... kali ni beliau pergi bersama isteri dan anaknya yg 2 orang tu, Rahman dan Mastura... sangat bertuah ye, kecik2 lagi sudah dapat pergi haji... (for info, Rahman baru 15 tahun, Mastura x ingat)... 


Pagi Ahad aritu sy sempat jumpa diorang kat kampung diorang di Seri Medan, Batu Pahat. Sy sampai kat Seri Medan tu lebih kurang pukul 10 pagi... kalau ikut perancangan, bertolak pukul 11 pagi... pagi tu ada bacaan doa selamat (kalau x silap la sebab sy x hafal doa selamat, sy dengar je apa pakcik tu baca)... 

Baca doa sebelum bertolak...

Then lebih kurang pukul 11.30 pagi, mereka bertolak... time nak bertolak tu, suasana sangat hiba (ayat xley bla...haha)... ye la, orang nak pergi jauh kan... bukan setakat dalam Malaysia, kat luar negara tu... sape x sedih... Doa kat depan Kaabah, sangat besar kemungkinan untuk makbul kn? ...so sempat jugak la sy titipkan beberapa hajat sy untuk beliau doakan semasa berada di sana nanti, termasuk la hajat untuk si dia. Harap2 dimakbulkan oleh Allah SWT la hendaknya ye. =)


Semoga sentiasa sihat dan selamat sepanjang mengerjakan ibadah Haji dan semoga selamat kembali ke tanah air... semoga mendapat haji yang mabrur... =)

Thursday, November 4, 2010

Celebrating the first anniversary... :D

First2 korang load blog sy ini mesti korang sudah tahu apa yg sy mahu tulis kn?... xkn x perasan header yg besar gedabak tu... huhu~ (sorry ye, sy dh try nk bg fit tp ia jadi terlalu kecik, so sy biar je la besau tu)... =)

Ok... kita rewind sejenak...

Hari ni bertarikh 4 November 2010... it's have been 1 whole year since my first entry right?... that's mean, blog ini sudah menyambut ulangtahun yg pertama!!!... hoyeh2... sila berikan satu tepukan yang gemuruh buat blog ini (dan juga penulisnya...)... :P


My first entri...

Setelah setahun, sekarang sy sudah agak biasa dengan blogger ni... dh banyak benda yg sy belajar... dan mengajar sy banyak teknik penulisan... kiranya nak jadi blogger tegar la ni... haishh... pedulik apa... baik jadi blogger tegar daripada jadi perokok tegar ye x?... hehe~

Mari bakar bunga api... debum!!... debum!!! pom pom!!! (^^,)

Actually, blog ini dibuka pada asalnya just sebab Dr Kassim, lecturer Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) sy masa sem 1 yg suruh kami bukak blog... katanya supaya bakal guru lebih terdedah dengan dunia teknologi ni... pastu dy sebenarnya suruh kami bagi link blog kami pada dy, tapi sampai sekarang takde sorang pun dak klas sy yg bagi link blog mereka pada Dr Kassim... sooooo sorry Dr... segan la nk bagi link... dh le taip entah apa2 je dlam ni... kui3...

My first entri ... =)

Then, bila sudah start blogging, rasa seronok pulak... lgpun, bak kata pepatah, alang2 mandi biar basah (mcm mana agaknya mandi yg x basah tu ye?)... dh ada blog ni, sayang la pulak kn kalau dibiarkan terbengkalai... Alhamdulillah, sy selalu diberi kesempatan dan masa yg terluang untuk sentiasa mengupdate blog ini... dan kebetulan pula, sebulan lepas sy bukak blog, sy telah beli kamera digital baru, so banyak la gambar2 untuk menghiasi blog ni...

Thanks kepada mereka2 yg sudi membaca blog ini (termasuk la korang2 yg sedang membaca ni)... bila sy check balik, rupanya ramai yg baca blog ini rupanya... mcm mana sy tahu?... sebab sy guna Feedjit Live Traffic View dan juga Google Analytics... haaa... sape2 yg ada blog tu nanti leh la try 2 applications ni... =)
Feedjit

Google Analytics


Ok... sebagai penutup, diucapkan sekali lagi ucapan terima kasih... sebarang aduan atau cadangan bolehlah e-mail kepada sy di man91mail@gmail.com...