Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Wednesday, November 10, 2010

Semoga selamat Sejahtera... =)

Lama x blogging, dh dekat seminggu rasanya kn... bukan apa, sy sekarang ni konon-kononnya sangat bz dengan pelbagai komitmen lain... so sangat jarang online ye... in fact, facebook sy pun sudah jarang dijenguk... tup2 bukak, 19 friend requests... itu pun nk bukak td kena retrieve password guna e-mail sebab bila dh jarang bukak, so bila clear browsing history, password tu x ingat dh... huhu~... mcm x caya kn yg sy ni tetiba x rajin ber'fb'?... =)


Entri ini sepatutnya di'post' semalam, tapi smalam sy terlelap depan laptop, so arini baru post... hehe~ :P

Di saat ini, di malam yang hening ini, tetiba sy rasa berkesempatan nk blogging... Alhamdulillah, tadi dh lepas paper yg sy takut sikit2, iaitu paper Rekabentuk dan Teknologi 1 (DT3311P4). Dalam paper ni ada 2 komponen iaitu Matematik dan Asas Pengurusan. Gila kau, susah kut nk jawab... dh le kalkulator hilang, time nk gi dewan baru prasan dh xde... main pakai congak je kau... haha... so sape2 nk apply borang untuk repeat paper nnti, jgn lupa la jemput sy skali ye (cett... mcm konfem2 je kena repeat... haiishhh)... :P

::PAPER SETERUSNYA::  
:::: ISNIN : 15 NOVEMBER 2010 : REKABENTUK DAN TEKNOLOGI 2 ::::

So, mari kita berblogging2 dulu ye... :D
Hari Ahad, 7 November 2010... pakcik sy yg sy panggil Pandak telah selamat berlepas ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima, iaitu ibadah Haji... kali ni beliau pergi bersama isteri dan anaknya yg 2 orang tu, Rahman dan Mastura... sangat bertuah ye, kecik2 lagi sudah dapat pergi haji... (for info, Rahman baru 15 tahun, Mastura x ingat)... 


Pagi Ahad aritu sy sempat jumpa diorang kat kampung diorang di Seri Medan, Batu Pahat. Sy sampai kat Seri Medan tu lebih kurang pukul 10 pagi... kalau ikut perancangan, bertolak pukul 11 pagi... pagi tu ada bacaan doa selamat (kalau x silap la sebab sy x hafal doa selamat, sy dengar je apa pakcik tu baca)... 

Baca doa sebelum bertolak...

Then lebih kurang pukul 11.30 pagi, mereka bertolak... time nak bertolak tu, suasana sangat hiba (ayat xley bla...haha)... ye la, orang nak pergi jauh kan... bukan setakat dalam Malaysia, kat luar negara tu... sape x sedih... Doa kat depan Kaabah, sangat besar kemungkinan untuk makbul kn? ...so sempat jugak la sy titipkan beberapa hajat sy untuk beliau doakan semasa berada di sana nanti, termasuk la hajat untuk si dia. Harap2 dimakbulkan oleh Allah SWT la hendaknya ye. =)


Semoga sentiasa sihat dan selamat sepanjang mengerjakan ibadah Haji dan semoga selamat kembali ke tanah air... semoga mendapat haji yang mabrur... =)

No comments: