Nama : Gunung Banang
Daerah: Batu Pahat, Johor
Koordinat: 1°48'44"N 102°56'6"E
Ketinggian: 1402 kaki / 432.38 meter
Just for info, actually Gunung Banang ni adalah sebuah bukit sahaja. Tapi sebab ia kelihatan seperti sebuah gunung dengan menara pemancar kat atasnya, maka orang memanggilnya Gunung Banang. Beza antara bukit dan gunung adalah kurang jelas dan merupakan suatu bidang subjektif. Yang jelas adalah bukit lebih kecil dan kurang curam berbanding gunung (tapi ada jugak bukit yang curam kn). Oxford English Dictionary mencadangkan batas 2000 kaki (610 meter) untuk membezakan bukit dan gunung, manakala Kamus Dewan hanya mencadangkan had 1500 kaki (457.2 meter). Tapi Gunung Banang ni cuma 1402 kaki (432.38 meter), so komfem la ia sebuah bukit kn? =)
**Entri ini sangat panjang... so kalau rasa taknak baca tu tak payah la baca ye... gi baca buku untuk exam lagi bagus... hehe~ :P
Mission accomplished... itu ayat yg sesuai diucapkan pada saat ini... setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya impian saya untuk mendaki Gunung Banang, Batu Pahat ni telah menjadi kenyataan pada petang semalam. Tanpa sebarang perancangan, kami terus mula mendaki. Oppss... jangan salah sangka... kami bukan mendaki ikut trail hutan. Kami just daki mengikut laluan berturap yang dibina oleh Telekom Malaysia (TM) untuk ke Menara Pemancar Gelombang Mikro kat puncak bukit tu. Pendakian hanya dengan seluar slack, baju t-shirt biasa dan selipar yang biasa saya pakai ke mana2 ini. hee~
Laluan Telekom Malaysia ni bermula di Jalan Minyak Beku. Betul2 lepas restoran steamboat tu, ada satu jalan kecil mendaki bukit lalu celah2 rumah orang. Sila klik pada peta untuk gambaran yang lebih jelas.
Yang dilabel warna hijau tu adalah trailnya...
Jalan masuknya terletak betul2 lepas restoran ini...
Pendakian saya pada petang tadi hanya berdua dengan Akmal, dak kelas saya. Di sini saya mahu berkongsi cerita pasal pendakian tadi. Catatan ni hanya berkaitan saya sebab masa yg saya dan dia ambil tak sama ok...
10 NOVEMBER 2010 - Rabu
Sebagai info tambahan, ini la gambaran satelit laluan Telekom ini. Saya sudah labelkan point2 penting. =)
Yeah2!!... mari mula mendaki... (^^,)
1628 HRS (4:28 petang)
Saya memulakan pendakian daripada Kilometer 0.175 setelah meletakkan motor di sebuah rumah penduduk di permulaan laluan Telekom itu. Jalan menaiki motosikal dari Km 0.0 ke Km 0.175 itu sangat curam. Saya memulakan perjalanan dari Km 0.175 serentak dengan Akmal. Serentak dengan itu, saya memulakan kiraan masa.
Km 0.0 : Pengiraan bermula
Km 0.20 : Tempat kami memulakan pendakian
Masa : 00 jam 00 minit
Km 0.30 : Mula masuk Hutan Simpan Banang
Km 0.45 : Rehat sekejap
Km 0.65 : Rehat lagi...
Km 1.0
Km 1.15 : Ukiran "Utamakan Kesihatan Anda". Sape ntah yang buat... huhu~
1657 HRS (4:57 petang)
Saya sampai di Km 1.45. Sepanjang jalan tadi, saya berhenti beberapa kali di Km 0.45, Km 0.65, Km 0.95, Km 1.1 dan di Km 1.45 ini. Keadaan jalan yang sangat curam memaksa saya berhenti beberapa kali kerana kepenatan. Akmal sudah berjalan jauh di depan dan tinggal lah saya keseorangan di tengah hutan itu. Beberapa orang pakcik berbangsa Cina melintasi tempat saya berehat tu. Sampai di sini air yang saya bawa sebanyak 500ml sudah habis diminum.
Masa : 00 jam 29 minit
1659 HRS (4:59 petang)
Saya melintasi Km 1.5. Ketika ini saya hanya berjalan seorang diri je sebab Akmal sudah berada sangat jauh di hadapan. Saya tak takut sebab setiap 200 meter pasti saya akan terserempak dengan orang lain sama ada yang menuju arah sama (menaik) atau yang sedang menuruni bukit. Keadaan jalan masih lagi curam dengan beberapa bahagian permukaan jalan yang berlumut. Sangat licin untuk dilalui oleh kenderaan seperti motosikal dan lain2.
Masa : 00 jam 31 minit
Permukaan jalan yang berlumut...
1708 HRS (5:08 petang)
Saya tiba di Km 2.0. Sepanjang perjalanan, saya turut berhenti rehat di beberapa tempat, iaitu di Km 1.65, Km 1.75 dan di Km 1.95. Jalan masih lagi curam dan saya sangat kepenatan. Laluan ini sangat berbeza dengan laluan serupa yang pernah saya lalui di Gunung Ledang, Tangkak. Laluan Telekom kat Gunung Ledang sangat panjang, sejauh lebih 12 kilometer, tetapi terdapat banyak sumber air sepanjang perjalanan (banyak anak sungai sepanjang jalan). Tapi sepanjang trek Gunung Banang ni, tidak terdapat sebarang sumber air yang boleh diminum (sebatang anak sungai pun xde). So terpaksa tawakkal la, rehat banyak kali.
Masa : 00 jam 40 minit
Kat Km 2.05, saya bertemu sebuah lori yang dalam perjalanan turun dari gunung.
1714 HRS (5:14 petang)
Saya sampai di Km 2.2. Sampai sini sudah mula rasa pening kepala, mybe sebab x biasa buat aktiviti macam ni kut. Saya duduk rehat di sini agak lama sebab risau kalau teruskan jugak, nanti pengsan tengah jalan tu, sape nak dukung turun kn. So saya duduklah berehat di tengah hutan tu sorang2.
Gambar kanan:
Rest spot kat Km 2.20
Masa : 00 jam 46 minit
1722 HRS (5:22 petang)
Saya teruskan perjalanan dari Km 2.2 itu. Jalan berikutnya sudah mula landai sedikit daripada permulaan tadi, so agak mudah nak menapak. Dekat Km 2.3 ada bukit curam.
Masa : 00 jam 54 minit
Bukit curam selepas Km 2.25
1729 HRS (5:29 petang)
Saya sampai di salah satu tempat rehat yang ada di Km 2.45. Kat sini ada 2 orang uncle, so saya borak2 dengan mereka. Kebanyakan uncle yg turut mendaki cuma sampai kat sini je sebab jalan seterusnya sangat curam. Then, sampai sini, mereka akan melakukan senaman seperti pumping dan bangkit tubi sebelum menurun semula. Tapi saya meneruskan perjalanan ke atas setelah berehat seketika.
Masa : 00 jam 57 minit
Pemandangan dari rest spot di Km 2.45... perhatikan menara di atas rimbunan pokok itu...
(klik untuk besarkan)
1731 HRS (5:31 petang)
Saya melepasi Km 2.5. Bukit di hadapan sangat2 curam dengan kecerunannya pada anggaran saya, kira2 40-45 darjah jugak. Laluan curam ini berlarutan sepanjang kira2 100 meter- 200 meter.
Masa : 00 jam 59 minit
1735 HRS (5:35 petang)
Saya melewati Km 2.6. Jalan curam dan berselekoh di sini, memang sangat2 memenatkan.
Km 2.60 : Pandangan menghala ke atas...
Masa : 01 jam 03 minit1739 HRS (5:39 petang)
Saya sampai di Km 2.7. Penanda kat sini agak berbeza sebab mereka siap buat tanda bintang di bawah tulisan itu. Saya tak tahu apa maksudnya. Yang penting, jalan curam di sini, kecerunan lebih kurang 35 darjah. Kira-kira 50 meter selepas melewati Km 2.7, saya terpandang garisan kuning di atas jalan, seperti kesan cat yang tumpah. Saya buat tak endah je dan teruskan perjalanan. Di sini saya jumpa Akmal yang sudah nak turun lalu saya ajak dia naik semula.
Masa : 01 jam 07 minit
Bergambar sejenak di Km 2.80. Dari sini sudah boleh nampak pintu gate menara pemancar gelombang mikro TM Gunung Banang. Dari sini ke gate tersebut agak curam jalannya.
Saya sudah menyentuh pintu gate menara pemancar gelombang mikro TM di puncak Gunung Banang itu. Yippieee.... sampai jugak akhirnya. Gate ni terletak kat Km 2.85, iaitu kat penghujung jalan.
Masa : 01 jam 13 minit
Kawasan menara tu berpagar untuk mengelakkan penceroboh masuk dan orang awam tak boleh masuk ke situ. Menurut laman web yang saya rujuk sebelum mendaki tu, kalau nak ke view point (tempat yg boleh nampak pemandangan bandar), kena menyusur tepi pagar kawasan pemancar tu. tapi saya tak tahu tepi sebelah mana yang harus saya lalu, sama ada kiri atau kanan.
Macam x percaya pulak. Saya duduk2 kejap sambil rakam satu ke dua gambar di situ sebelum ditegur oleh seorang askar yang berkawal di dalam kawasan menara itu. Menurut askar tu, saya tak boleh ambil gambar kat situ. Gaya askar tu macam nak suruh serahkan kamera kepada dy, so awal2 lagi saya offer diri untuk delete gambar yg saya rakam tu. Kemudian dia kata, sebenarnya saya tak boleh melepasi line kuning yg dibuat atas jalan sebelum sampai menara tadi. Adeh... cuak jugak kena tegur macam tu. Saya tak tahu pun yg kitorang tak boleh lepas garisan tu, sebab dalam banyak2 uncle yg saya jumpa tadi (lebih dari 20 orang yg saya jumpa), takde sorang pun yang beritahu saya bahawa kita tak boleh menghampiri kawasan menara tu. Dan ada jugak uncle yang beri semangat supaya saya teruskan mendaki sampai ke gate tu. Lagipun bukan saya sorang je yang sampai kat gate tu, uncle lain yang mendaki sama saya tadi semua sampai kat gate tu, siap rehat kat depan gate lagi... takde pulak askar tu tegur diorang. Dan berkenaan larangan menangkap gambar... kenapa laman web yang saya rujuk tu boleh menunjukkan gambar yang ownernya tangkap kat menara tu? kalau betul la dilarang, macam mana beliau boleh tangkap gambar tu? takde orang tegur ke masa owner website tu tangkap gambar tu? haishh... x faham betul lah...
Akur dengan arahan, saya patah balik untuk perjalanan turun. Saya perhatikan sekali lagi garisan kuning yang ada atas jalan tu. Kali pertama saya terpandang garisan tu tadi, tahu tak apa yg saya fikir?... saya fikir garisan itu terhasil akibat daripada cat yang tertumpah di atas jalan berkenaan. Sangat buruk cara diorang lukis garisan tu ye. Then, sebab penat sangat2, saya rehat je kat penanda Km 2.7.
Perhatikan garisan kuning tu...macam cat yang tertumpah kn?
Lepak2 kat penanda Km 2.70...
1741 HRS (5:41 petang)
Kami memulakan perjalanan turun dari Km 2.7.
1749 HRS (5:47 petang)
Saya melewati Km 2.0. Akmal sudah jauh di depan, so sekali lagi saya jalan seorang diri. Perjalanan turun agak mudah even cerunnya sangat curam. Saya langsung tak berhenti rehat sekali pun sepanjang jalan turun ni.
Rest spot kat Km 1.75...
Sudah tiba Km 1.6. Ada 1 batu lagi untuk tiba di bawah.
1757 HRS (5:57 petang)
Tiba di Km 1.5.
1803 HRS (6:03 petang)
Saya melewati tanda 1000 m (Km 1.0).
1815 HRS (6:15 petang)
Sampai di Km 0.175, tempat saya letak motor tadi.
Secara keseluruhannya, perjalanan turun memakan masa 34 minit sahaja berbanding perjalanan naik selama 1 jam 13 minit. Nasihat saya, kalau nak mendaki tu, pakai la kasut serta pakaian yang sesuai ye. jangan pakai selipar mcm saya pulak. haha...
Paku pakis yang membentuk segi lima di Km 2.25... kat Gunung Ledang pun banyak tumbuhan seperti ini.
9 comments:
mmg panjang...penat daku membacenyer...haha....XP
Haha... padan muke... lain kali aku tlis lg panjang ye... hahaha~ (^^,)
ala abih sampai point ke x nih rugi btl la kalu x sampai..
Sampai kat point penamat.. pointnya kat gate Telekom tu je.. =)
Actually ada jalan nak ke viewpoint tapi sy x jumpa.. nanti bila-bila saya pegi tinjau lagi.. =)
agak2 kayuh beskal naik, larat? ;)
@Anonymous:
InsyaAllah.. dalam perancangan.. haha.. =p
terbaik bro.... lepas 39thn duk kat BP gua baru pasang angan2 nak daki gunug banang...boleh buat panduan
terbaik bro..klau naik moto ke krete bahaya x?
Apakah nama nama gunung sebelah gunung banang?
Post a Comment