Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Monday, October 18, 2010

Dapat speaker, earphone hilang... :P

Entah kenapa line wireless WLAN-Staff kat hostel tetiba problem... connect boleh, tapi statusnya local only... entah apa sebab, geram jugak... lagi2 saat nak buat kerja ni... terpaksa la beta membawa diri ke balsis lg... ish3...

Actually, sekarang ni hati sedang gundah gulana (cewah.. :P ) sebab earphone kesayangan sy sudah hilang entah ke mana... kwan2 kata, "ala, earphone je pun, beli la baru"... memang la earphone je, tapi bukan cap ayam tau... jenama Panasonic tu, RM25... ish2... RM25 tu banyak lagi benda boleh buat tau... leh buat makan 4 hari ye... hati kuat mengatakan tertinggal kat dalam library time kelam kabut nk balik td... entah, tengok la esok try tanya2 kat abg library tu kot2 ada jumpa ke tak... cuai sungguh sy ni smpi earphone pun boleh tetinggal... haishh...

Cerita pasal cuai, td pagi pun ada peristiwa... sy nyaris tertinggal beg beserta laptop kat bengkel kayu lepas gotong royong td... entah apa sy fikir sampai boleh terlupa pulak "awek" sy ni kat tepi tiang di situ... haha... kesian beliau... :P

Alhamdulillah, hari ni murah rezeki... pagi tadi gotong royong kemas bengkel, pastu lecturer belikan makanan... ada nasik, lauk ayam, ikan, acar nenas, apa ntah lagi... kebetulan dak2 lain dh order makanan, so bila lecturer tu tanya sape nak, semua senyap je... last2 sy ambik makanan tu... pastu ada speaker lama yg dh berdebu dilonggok kat luar bengkel bersama kotak2 lama... sy tergerak hati nak test kat dalam bengkel dengan MP3 sy... wah... elok je even dari segi rupa fizikalnya dh buruk benar... so sy tanya dengan lecturer tersebut, "Puan, speaker tu nak buang ke?"... "Buang je la, tak tau nak letak mana"... pastu sy mintak kebenaran nak ambik, maka dapatlah speaker baru... baru plan2 nak beli speaker, last2 dapat free je...  sy sbenarnya tak perlukan sgt speaker sebab speaker lptop sy ni pun dh cukup kuat untuk mengganggu orang bilik depan, tapi alang2 dh ada, baik ambik kn daripada dibuang... huhu~... thanks sgt3 kepada Pn Radziah... 

2 ke 3 hari ni Batu Pahat diselubungi jerebu yang agak tebal... dalam surat khabar Berita Harian hari ni ada tulis jerebu melanda kawasan Batu Pahat sehingga Senai... jarak penglihatan cuma kurang 6 km berbanding selalu boleh tengok melebihi 10 km... pemandangan dari bilik sy pun dh tak nampak bukit dan gunung di kejauhan... selalunya nampak clear je...

Dh x nampak gunung kat hujung sana...

Bukit Soga pun nampak kabur2 je padahal x sampai 1 km pun jauhnya...

Menurut laporan akhbar tu lagi, setakat ni jerebu ni tak membahayakan dan tak menjejaskan kesihatan untuk kita melakukan aktiviti luar... hopefully cuaca beransur baik la dan jerebu berkurangan... sekarang ni pun dh sakit kepala, berdenyut2 je rasa... doakan la sy sembuh ye... esok nk kena present Rancangan Perniagaan... huhu~ :)

No comments: