Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Thursday, September 9, 2010

Tangkak di malam raya

Sudah tiba malam raya...

Sangat seronok...

Tadi gi jalan bandar Tangkak...

Naik motor je... tapi hari ni bandar Tangkak dah jadi "bandaraya" Tangkak...

Sebabnya...

Selalunya bandar Tangkak ni kalau pukul 9 lebih tu, dah senyap dah... ada la setakat beberapa kedai yang masih bukak... dan jalan pun clear je... leh rempit2 tengah bandar tu... huhu~:D

Tapi tadi...

Takyah cerita nak rempit la... nak cilok2 moto kat celah2 kereta pun susah... traffic light merah pun kena beratur kat belakang kereta lain (selalunya kalau naik motor akan berhenti kat depan sekali)... orang pun ramai berduyun2 kat tengah bandar tu... meriah sungguh, bandar pun terang-benderang je... kedai2 kain pun hampir semua masih bukak walaupun jam dah pukul 10 malam.

Itulah situasi sebuah pekan kecil yang dikelilingi kampung2 macam Tangkak ni apabila tibanya cuti panjang terutamanya perayaan seperti ini. Orang berpusu-pusu balik ke kampung halaman. Time2 mcm ni la pekan ini akan jadi meriah dan ramai orang. Kalau tidak, takde orang pun nak singgah kat sini... hee~:P

Sekarang ni sy tengah berkira-kira... sama ada nak cat dinding ruang tamu ni sekarang atau biar je orang yang datang beraya esok tengok dinding yang buruk setakat diselimuti cat undercoat putih itu. Adehh... takkanlah nak biar macam tu je... buruk gile... lagipun cat ni dah beli, tersadai je kat luar tu... kesian mak penat gi beli...

Dinding yang berbelang2 warna...

Entah la... tengok je la esok apa jadi... cat ke tak cat agaknye ye?... harap2 badan ni masih larat lagi la... huhu~~ (^^,)

No comments: