Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Saturday, September 11, 2010

Hari Raya Pertama 2010M/1431H

First sekali, nak ucapkan selamat menyambut Hari raya Aidilfitri kepada semua.

Semalam hari raya pertama. Pagi2 lagi sudah bangun dan bersiap2 untuk pergi solat sunat Aidilfitri kat surau taman sy. Lepas solat aidilfitri, kami lepak2 je kat rumah siap2 apa yang patut. Lepas solat Jumaat, kami bergambar beramai-ramai kat dalam rumah. Menimbun2 kamera nak ambik gamba. Mak sy punya dh 2, along sy, dan x terkecuali, saya punya kamera yang disayangi ni.

**Nak upload gamba keluarga tapi x jumpa**

Raya tahun ni, tak sepertimana tahun2 lepas... ada sedikit perubahan pulak pada jadual perjalanan (cewah)... sebab kebiasaannya, hari raya pertama, kami sekeluarga mesti pergi rumah sedara-mara kat Segamat. Tapi semalam, kami tak beraya ke Segamat. Sebabnya, lepas solat Jumaat baru bergerak nak pergi raya. Kalau pergi Segamat nanti tak sempat balik sebelum malam. Jalan Segamat-Tangkak tu sape yang pernah lalu, faham2 je la ye... dah le bengkang bengkok, kiri kanan ladang dan hutan, dan x banyak kampung. Sepanjang 45km tu ada la pekan2 kecik macam Sagil, Kebun Baru, Jementah, apa tah lagi... kampung pun dah kat area dekat2 Segamat baru ada. So kalau apa2 hal nnti susah pulak kn.

Jadinya, hari raya pertama tahun ni, kami beraya kat Panchor je. Panchor tu kalau nak tahu, terletak dekat Pagoh (xde la dekat sgt) kat daerah Muar(pergi search dalam wikimapia). Kat sini dah xde sape, cuma ada sepupu2 dan sedara2 ayah je. Ada la 4 ke 5 rumah yang kami pergi. Seronok... macam2 jumpa. Antara makanan yang jarang ditemui yang terdapat di sini ialah:


Ape ntah namanya makanan ni,,,, x ingat pulak. Huhu~... benda ni setiap kali hari raya sedara sy ni buat. Ia diperbuat daripada kacang soya. Tak tahu la pulak macam mana ia dimasak, sy tau makan je... hee~ (^^,)

Ini kacang parang. Actually, saya tak boleh makan benda ni sebab saya ada alahan G6PD. Tapi time raya tu, x perasan sudah makan setengah balang benda ni. Sangat sedap ye... Dan akibatnya sekarang sudah pening2 kepala. huu~ :P

Dan kat rumah nenek sedara sy, dia menghidangkan air minuman yang dah jarang ditemui. Sedap air ni. Ia adalah salah satu spesies air berkarbonat atau dikenali dengan nama "air gas". Yang uniknya, air ni dijual dalam botol kaca macam botol sos dan ditutup dengan ceper. Jarang dah jumpa air macam ni. Kalau nak bukak kena pakai pembuka ceper la macam botol kicap tu.


nenek sedara saya kata, sebotol air ni kalau tak silap, lebih kurang RM1.00 je kut. Gas nya tak kuat sangat, tak rendah sangat. Kiranya, sedap mata memandang, sedap lagi tekak menelan (peribahasa apa ni).

Tempe goreng, mcm mana ntah diorang buat... sedap... (",)

Petang, dah dekat nak Maghrib baru bertolak balik ke Tangkak. Singgah solat kejap kat Masjid Bukit Gambir. Sampai kat Tangkak, tak bukak pintu dulu. Pergi raya rumah jiran belakang sekejap. Nak raya rumah jiran tepi, tapi jiran tepi takde, so terus balik rumah tido.

Pagi ni, sedara mara dari Segamat datang (tatkala saya menaip entri ni). haha... rindu agaknya... semalam kami tak datang Segamat, so diorang pulak datang Tangkak. huhu~... hari ini jugak nak balik kampung sbelah mak kat Sebatu, Merlimau, Melaka. Pakcik (adik mak) yang kerja kat Indonesia tu ada balik beraya kat Sebatu, dan mungkin nak balik ke Perak pada hari esok (raya ketiga). Kiranya hari ni ada family gathering la kat Sebatu tu. Wahh... seronok2... insya-Allah, kami tidur kat sana, dan mungkin sy bwak lptop ni. hee~ :D

3 comments:

Cik P said...

Salam....
wah,,...!!! Meriahnye Man...huhuhu..ALHAMDULILLAH....

D BESUT AGRO SUPPLY said...

ko ni pandai makan je...lain kali tanya r org tua...Aku pun x tau sbb aku bkn org jawa...kih..kih..kih..

Irwan said...

Man.. tempe man.. tempe... huhu
bestnye raye ko..