Sekejap je rasanya sebulan berlalu... dan hari ini, tibalah ke hari terakhir umat Islam berpuasa untuk tahun ni. Macam tak percaya kan, sekarang ni sudah sampai penghujung Ramadhan... dan tak sampai 24 jam lagi, pada esok pagi, umat Islam akan berduyun-duyun ke masjid2 dan surau2 berdekatan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Dari pagi tadi, selepas sahur, tak tahu apa nak buat. Maka saya pun cuba2 la menggodeh blog ni. Dan hasilnya sepertimana yang anda lihat inilah. Even x brapa gempak, tapi boleh tahanlah kan... macam tak percaya je saya yang design sendiri template ni. Selepas saya remove template lama, then start dari kosong. Puas jugak la main2 dengan Adobe Photoshop dan Blogger Template Designer, pastu kena check kat HTML Colour Code Chart untuk warna2 tulisan dan sebagainya. Dengan takde langsung pengalaman guna benda ni (xpenah guna langsung), main bukak bodo cmtu je. Pastu explore sorang2... bila dah tahu cara guna senang sikit. Entah berapa kali percubaan ntah baru la jadi mcm ni. So, kalau ada apa2 komen untuk template ini, silalah komen di sini ye... weee~ (^^,)
Esok sudah mahu raya... maksudnya, hari ni jugak saya dan adik-beradik saya kena siapkan apa yang patut. Sudah beberapa hari saya sangat sibuk mengecat rumah. Sampai hari ni pun masih belum siap lagi. Eh2... bukan kami yang kerja lambat... tapi nak mengecat tu yang perlukan banyak proses... ye la, dinding baru repair leceh sikit nak cat... nak kena undercoat dulu, pastu tunggu kering, then baru la boleh sapu cat warna sebenar... kalau tidak tak lekat lama cat tu nnti. Itu pun kena tunggu kering lagi, dan buat lagi selapis supaya nampak rata dan x bercapuk.
Hari ni semestinya sangat busy. Petang nanti mahu mengacau rendang daging. Oh2... sangat rindu mahu makan rendang dengan ketupat. Dan tahun ni ada ketupat daun kelapa walaupun tak banyak... selalunya asik ketupat segera je, kurang2 ada la kelainan sikit... huhu~... :D
p/s: malam tadi minum slurpee setelah "berpuasa" slurpee ini selama beberapa bulan... (",)
No comments:
Post a Comment