Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Tuesday, September 7, 2010

Saya juga tak ingat apa yg berlaku...

Dah setahun berlalu.... tapi sampai sekarang, still masih ada orang tanya mengenai peristiwa itu...

Dan tiap2 kali orang tanya macam2 pasal tu, sy sendiri pun tak tahu apa nak jawab...

Sebabnya, sy sendiri pun tak tahu macam mana ia berlaku... dan cuma sedar bila dah berlaku...

Sampai sekarang masih merasa bersalah kepada ayah sy, keluarga sy, dan kepada kereta ini:

Kereta yg remuk teruk akibat kemalangan itu... :(

Yang masih sy ingat, sy baru tiba dari Batu Pahat petang tu, dan terus guna kereta nak ke bazar ramadhan kat Jalan Naib Long...

Dan semasa lalu kat jalan masuk ke taman perumahan sy ni, tiba2 satu motosikal masuk ke laluan sy dari kiri... tanpa signal dan tanpa isyarat, tiba2 beliau berada di depan kereta...

Sy x tahu kenapa sy x tekan brek...
Sy x tahu bila kereta tu terbabas ke lorong sebelah...

Mungkin sebab terkejut (first time driving sorang2), sedar2 je, kereta dh bertembung... ngeri ye... nasib baik x tersepit dalam tu... dan Alhamdulillah xde pape kecederaan yang serius...

Peristiwa seminggu sebelum Hari Raya 2009 itu akan sentiasa ada dalam ingatan ni sepertimana kekalnya parut2 luka akibat kemalangan itu...

PESANAN: Berhati-hatilah semasa memandu ye (ingatan untuk diri sendiri dan orang lain juga)...

SEKIAN... (-.- )*

No comments: