Kenang nasib diri di rantauan...
(ceh, bajet macam duk jauh je...)... huhu~ =P
Haha... terlayan feeling pulak. Semuanya gara-gara sahur dalam suasana yang sangat sunyi. Ramai dak2 asrama ni yang dah balik, so keadaan asrama sejak petang semalam agak senyap dan sunyi.
Takde pun orang gelak kuat2 macam biasa...
Takde pun orang jerit2 macam biasa...
Takde pun orang berlari2 depan bilik macam biasa...
Sunyi sampaikan saya tertidur dari pukul 8 sampai pukul 12.30 malam. Then terbangun, terus tak tidur sampai pagi.
Dan sahur tadi, ramai yang tak bangun... rasa sangat sunyi + bosan... tu yang sampai layan feeling tu... lagi-lagi pulak saat2 semua dah tak sabar nak tamatkan kuliah hari ni untuk balik bercuti... best pulak layan lagu raya sedih2 nih... hua3...
Gi kuliah tadi pun serupa macam xde kuliah je. Dah le ramai tak datang kelas. Pegi kelas pulak duduk2 je setakat sembang2 dengan lecturer... sembang pasal raya la, pasal bas la, pasal open house la... sampaikan lecturer yang agak strict hari ni pun (nama dirahsiakan atas sebab tertentu) tak de mood nak mengajar... x tau la sebab budak tak ramai ke atau sebab dia pun dah tak sabar nak cuti raya... tapi best gak sebab tak de la terasa sangat masa tu lambat gerak (walaupun menjadikan diri semakin tak sabar nak balik)... =P
Ok... sekarang sudah tak sabar nak balik rumah. Tapi hari ni, saya merelakan diri ini balik menaiki bas awam SORANG2 (macam tak biasa balik sorang pulak)... sengaja tak beli tiket sebab kesian kat orang yang nak balik ke Muadzam atau Kuantan tu... dah le nak balik jauh, nanti terpaksa berebut nak beli tiket pulak dengan saya yang balik setakat 78 km ni. xpe la... lagipun dah biasa kan... huhu~ :D
No comments:
Post a Comment