Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Tuesday, August 31, 2010

Sekitar Ambang Kemerdekaan IPG KTHO.

Hey...hey...

Sangat bosan hari ni... pagi-pagi bangun awal buat kerja, tapi sunyi sangat, otak takleh jalan... pastu gi merayau (ala-ala kutu rayau gitu)... dan balik asrama semula...

Malam tadi ada sambutan ambang kemerdekaan kat IPG ni. Majlisnya kecil2 je tapi boleh la, jangan takde je... huhu~...

Saye masuk dewan lambat, dalam lingkungan jam 10.55 malam... ingatkan dah lewat... rupanya apa pun tak start lagi.

Dari kiri: YDP JPP, Pn Hjh Mazni, dan KJ HEP...

Takde aktiviti menarik pun. Cuma ada tayangan filem Embun je, tu pun tak habis. Aishh... plot tergantung daa... haha... kiranya macam tengok dalam wayang la sebab ada skrin besar dan speaker besar. Dah la dewan air-cond... sejuk seyy... huhu~


Lebih kurang jam 11.40 malam, lepas tayangan filem dihentikan. Ada persembahan sajak dan kemudian nyanyian lagu-lagu patriotik pulak.


Pelajar yang datang sangat bersemangat ye, contohnya ini:

Bakal pemimpin negara... ahaksss... =P

Tepat jam 12 malam, laungan MERDEKA pun bergema diketuai oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, En. Rousliluddin.



Yang paling best ialah ada bunga api. Wah... IPG dah pandai bakar bunga api la... haha~... sambil bunga api dibakar, upacara menaikkan bendera Malaysia pun berlangsung dengan diiringi nyanyian lagu Negaraku (sila nyanyi beramai-ramai)... =)


Bunga api yang cantik... (^^,)

Majlis bersurai jam 12.15 malam.

No comments: