Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Monday, August 30, 2010

Malam Sabtu itu... (^^,)


Saat bosan macam ni, tiba-tiba rasa macam nak balik je (padahal baru malam tadi jejak kat asrama ni)...

Tambahan pulak esok, cuti Hari kebangsaan...

Tiba-tiba :

1: Rasa nak balik ke rumah di Tangkak sekarang.

2: Rasa rindu kat kawan-kawan lama (especially dak2 Tun Mamat) yang dah lama tak jumpa.

3: Rasa menyesal sebab tak pergi beli tiket bas ekspres ke Tangkak pukul 3.30 tadi.

Rasa sangat rindu nak menjalani bulan Ramadhan yang mulia ini di rumah. Dan juga saya sangat rindukan suasana ini:



Ok.... gambar itu ialah gambar semasa majlis Khatam Al-Quran kat taman saya iaitu Taman Tangkak Jaya, Tangkak, Johor pada hari Sabtu, 28 Ogos 2010 tempoh hari. Tapi saya lepas Maghrib baru datang, dan terus menyambung sampai la habis terawih. Majlis ni tiap-tiap tahun ada. Seronok ye duk rewang ramai-ramai macam ni:


Haha... sangat seronok.

Saya baru sampai kat Tangkak jam 6 stengah petang naik bas ekspres Cepat... saya merupakan antara penumpang setia bas ni di hujung minggu... huhu~

Bas ini belum keluar dari bandar Batu Pahat apabila kami terkandas di sebatang jalan yang sempit kerana kemalangan ini:



Kereta ini terlanggar bahagian tepi sebuah Mercedes Benz yang tak berhenti masa nak keluar simpang lalu berpusing dan terbalik sebegini. Kesian driver kereta ini. Dah ikut peraturan pun terlibat dalam kemalangan pula. Dan kerosakan kereta beliau lagi teruk daripada kerosakan kereta Mercedes itu. huhu~...

Ok... sekarang nak pergi majlis berbuka puasa bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah di Masjid At-Tarbiyah IPG KTHO ni... hee~ :)

No comments: