Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Sunday, August 29, 2010

Malam jamuan berbuka itu... =)

Siri entri yang tertangguh... actually benda ni saya nak publish semalam tapi sebab busy sangat dengan presentation KKE, maka entri ini ditangguhkan ke hari ini.

Jumaat malam Sabtu, 27 Ogos 2010. Kelas saya telah mengadakan jamuan berbuka puasa bersama tutor. Nama pun bersama tutor, so tutor kami mestilah ada sekali ye. Thanks to Encik Hussein sebab sudi datang. Walaupun ringkas dan kelam kabut, tapi ia tetap menjadi jamuan yang menarik ye. Terima kasih juga kepada kawan-kawan opsyen Sains yang sudi memberi pinjam kereta untuk digunakan ke lokasi.

Jam menunjukkan 7 petang. Kami bertolak ke lokasi dengan 3 buah kereta dan beberapa motosikal. Kereta first dipandu oleh dak Anas, kereta kedua oleh Shafinaz (Pinat) dan kereta ketiga oleh saya sendiri. Haha... berdebar jugak ye. Mana tidaknya, itu la first time saya drive kereta auto. Ingatkan susah sangat... rupanya ok je. Cuma agak tak biasa... selalunya kalau nak dekat traffic light tu, kalau kereta manual saya akan main clutch... tekan clutch sampai habis biar kereta gerak free je. Tapi bila bawak auto, tertekan brek pulak (sebab kaki kiri kat brek)... haha... then, bila dah biasa, rasa gian pulak nak bawak... kereta dak Sains tu best plak tu... huhu~

Lokasi : Kedai Nasi Briyani berhadapan kilang Sharp Sri Gading.

Menunggu waktu berbuka puasa.

Sampai kat sana, makanan belum siap lagi. Entah apa masalah, makanan agak lambat dihidangkan padahal dah order awal-awal. Mybe sebab diorang puasa kut, takut kalau masak awal-awal nanti tak sedap pulak sebab tak boleh nak rasa. Nasib baik air dah sedia. berbuka terus boleh minum. Dan kat situ ada tempat solat sekali, maka lagi mudah la urusan kami... huhu~...

Inilah tutor saya. (",)

Tutor kami, Encik Hussein bin Yaakob, datang bersama keluarga. Ni la kali pertama saya jumpa keluarga beliau.


Macam-macam ye juadah yang ada malam tu. Walaupun tak dapat makan nasi briyani seperti yang diinginkan, tapi kira ok la sebab memang kenyang sangat. Makanan yang ada ialah nasi goreng, sayur masak apa ntah, daging masak merah... yang paling saya suka, ada sotong goreng tepung. Wah... sangat sedap... rasa nak pergi je lagi sekali, nak makan lagi.


Tutor kami dan keluarganya.

Jamuan ni walaupun sekejap sahaja, tapi mampu mengeratkan lagi hubungan antara tutor dengan pelajar dan antara ahli kelas kami sendiri. Kalau tidak, ada je benda nak bertekak. Sekurang-kurangnya jamuan ni nanti akan jadi kenangan kepada kami bila grad dari IPG ni nanti.

Bergambar sebelum bersurai... (^^,)

Time nak balik, saya tukar kereta dengan Shafinaz sebab dak group kereta beliau, Noly nak ganti drive dan nak drive kereta auto. Saya tak kisah, lagipun saya suka kereta manual. Dan kami pun bertukar kunci.

Selesai bergambar sebentar, kami pun bertolak meninggalkan kedai makan itu. Ok... group yang naik kereta dengan saya (5 orang iaitu saya sebagai driver, haziq, akmal, hannan dan akma) merupakan group yang bertolak paling awal dari situ. Haha... saya driver, suka hati saya la nak gerak pukul berapa. kui3...

Dari warung, saya ambik pusingan U agak jauh dekat traffic light Sri Bengkal. Dari situ, terus menuju ke bandar Batu Pahat. Lalu depan IPG sambil melambai-lambai tangan (bajet macam dah taknak masuk lagi je)... haha... bandar agak busy malam tu, so saya takde mood nak turun tinjau-tinjau barang. Dari bandar, saya pusing lalu Tasik Y, pusing ke bandar semula (tapi jalan lain), lalu sebelah The Summit. Tetiba teringin nak merayau ke Hentian Mahkota Parit Simin. Jauh ye... dalam lingkungan 9 ke 10 kilometer dari bandar atau 20 minit naik kereta. Actually pada peringkat awal, saya cadangkan supaya buat jamuan berbuka kat sana tapi kawan-kawan kata waktu malam gelap la, takde orang la. So, bila teringat tu, tetiba rasa nak pergi survey sendiri tempatnya. Lagipun alang-alang dah ada kereta kan, kalau naik bas konfem tak sampai sana. Nasib korang la dapat driver yang suka pegi jalan-jalan. huhu~

Sampai kat situ, saya rasa suasana agak berbeza daripada yang saya bayangkan. Tempatnya elok, teratur, bersih dan kemas. Walaupun tak nampak laut sebab gelap malam, tapi tetap cantik dan nyaman. Ada angin laut, ada bot-bot nelayan yang berlabuh dan tertambat kat jeti di seberang sungai kecil itu, dan bulan yang terang menambah kecantikan suasana. Silap besar bila kad SD kamera digital saya tertinggal kat dalam laptop kat bilik. Tak dapat la nak rakam gambar banyak2...

Kat Hentian Mahkota.

Then kitorang pun pergi ke bandar semula. Tapi bukan kat pusat bandar. Kami pergi jalan-jalan kat area SquareOne pulak. Pusing punya pusing, tetiba keluar idea nak beli aiskrim McDonald. Saya pun parking la kat tepi McD tu. Pastu suruh diorang gi beli. Tak sampai berapa minit diorang keluar semula cakap kat dalam ramai orang. Malas nak tunggu punya pasal, saya pun drive masuk kat Drive Thru tu. Senang beli dari dalam kereta je. haha... first time masuk kat situ, menggelabah jugak. Mula-mula terlepas papan harga. undur balik (nasib baik belakang takde kereta)... pastu time nak order tu, ada skrin. Ingatkan kena tekan-tekan kat skrin tu. tapi belum sempat tekan dah dengar suara orang bercakap. Kelam kabut semua... rupa-rupanya cakap je kat situ nak order apa. haha... time nak bayar tu akak kaunter tu gelak je, mungkin dia nampak kut kitorang menggelabah masa nak order tu. ahaha~

Kaunter bayaran Drive Thru..

Lepas beli aiskrim tu, kami pun bertolak pulang. :)

No comments: