Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Thursday, September 16, 2010

Raya kedua dan ketiga

Ouh2... sangat banyak benda nak cerita... ni la jadinya bila entri2 yang ada tu ditangguh2...

Actually, bukan taknak update.. aritu memang sy bawak laptop balik kampung tapi faham2 je la kalau nama kampung kan... sy try connect Celcom Broadband yg sy bawa bersama, tapi Celcom x dapat langsung liputan. Then sy try Maxis Broadband, ok la... dapat 3G tapi slow sgt3... so x dpat la nak update blog ni.

Pagi raya kedua aritu pak long sebelah ayah dan keluarganya dari Segamat datang. Mybe sebab kami tak datang rumah mereka pada hari raya pertama (rujuk entri sebelum ni), so mereka pun datang la ke sini. Mereka on the way nak ke Panchor, alang2 lalu Tangkak, diorang singgah la kan.

Dah tengah hari, kami sekeluarga bersiap2 nak balik ke kampung Sebatu, Merlimau, Melaka.

Jalan sangat sibuk di musim perayaan ni... kat simpang tol Tangkak tu terpaksa polis trafik datang jaga lalulintas sebab terlalu sesak sangat.

Yang kat Sebatu ni kampung sebelah mak. Lebih kurang pukul 12 stengah, kami pun bertolak lalu jalan biasa, iaitu kampung Teluk Rimba. Best lalu sini... laluan ikut tengah sawah, ada sungai besar (Sungai Kesang - sempadan Melaka-Johor), tali air...

(Gambar ini bukan kampung sy ye... sy tumpang lalu je)...

Lebih kurang setengah jam, sampai kat kampung.

Sampai kat kampung, ramai dah ada... ada pak long, pak Zam, sape lagi ye... pastu, duduk2 kejap, pandak Jalil pun sampai. Pukul 3 petang, buat bacaan Yaasin dan tahlil ramai2. Inilah yang biasa bila berkumpul ramai2 macam ni. Dan tahun ni, pandak Jalil dengan Paklong akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Lepas bacaan yaasin, rumah dah penuh dengan sanak saudara. Meriah sungguh. Pastu macam biasa la... ambik gamba buat kenangan. Dan kemudian paklong berangkat balik ke Muar.

Oppsss... dalam gambar ini sebenarnya tak sampai separuh pun daripada keluarga ini yg ada ye... ini cuma lebih kurang 1/4 je daripada keseluruhan keluarga... ramai yang takde kat sini... kalau semua ada, konfem tak muat rumah ni nak menampungnya... kui3...

Petang tu, keluarga sy dan keluarga mak Ita berjalan2 ke rumah sedara kat Kampung Air Tawar, Merlimau. Kat sini sangat best sebab depan rumah ada tali air, ada jambatan kayu, ada kebun kelapa... keluar dari rumah tu, dah masuk waktu Maghrib. Kelihatan pemandangan yang sangat indah, maka sy pun snap lah gambarnya...

Klik gambar untuk lebih besar...
Bulan sabit dan sebutir bintang betul2 kat atas bulan sabit tu... nampak macam pemandangan dalam kad raya yang sy dapat dulu... menarik... huhu~ :)

Kami berhenti kat Masjid Air Tawar untuk solat Maghrib. Lepas Maghrib, kami ke rumah sedara kat depan petronas Merlimau tapi takde orang kat rumah. So, kami ke Jalan Parit Penghulu Salim, Batu Gajah, rumah sedara jugak. Padahal waktu siang tadi baru diorang datang Sebatu... huhu~... seronok duduk2... pastu kami balik ke Sebatu lebih kurang pukul 10.30 malam.

Balik kat Sebatu, melayan sedara2 yang kecik2 ni main mercun... opss... bukan sy yg main ye... sy tengok2 je... kui3...

Sambil layan2 diorang main mercun tu, sy try jugak connect2 broadband ni tapi x boleh... yg dapat pun Maxis, tu pun slow sangat3... sempat la jugak sy ajar2 mak sedara sy cara2 buat blog ni (blogger tegar la katakan)... :P

Pagi esoknya, kami sarapan ramai2... pakcik sy bawak sesuatu yang istimewa dari Indonesia... antaranya ialah ikan salai ini:

Rasanya sangat sedap... entah macam mana ikan ni boleh tahan lama walaupun tak dikeringkan... tulang banyak (sakit hati) tapi sangat sedap.... ada la rasa macam bakar tu...

Selain tu, kuih aiskrim ni pun pakzam beli kat sana jugak...

Part yang paling best, time bagi2 duit raya. Seronok ada, kelakar pun ada bila tengok gelagat sedara-mara nih. Bukan selalu ye dapat berkumpul ramai2 macam ni.

Masa untuk berpisah... keluarga sy dan keluarga pandak Jalil bertolak ke Melaka. Hajatnya nak ke rumah Pak Ngah kat Ayer Molek, Melaka. Kami pun lalu kat Lebuh AMJ sampai ke simpang Kandang, dan nak belok ke kanan ke Ayer Molek. Tengah tunggu traffic light hijau, nampak kereta pandak Jalil melintas dari kiri ke kanan kat simpang empat tu. Ooo... pandak lalu jalan lama rupanya. Sampai setengah jalan, pandak telefon, rupanya rumah pakngah xde orang. Kami pun melencong ke Bukit Baru. Ada 2 rumah kat Bukit Baru ni, satu yang memang selalu kami pergi, dan satu lagi rumah anaknya baru siap. Cantik rumahnya. Luas pulak tu... best... :)

Dari Bukit Baru, kami bertolak ke Jasin. Rumahnya kat Kampung Kelubi. Yang ni, serius sy tak pernah sampai dan tak pernah pergi pun. mak sy pun katanya kali terakhir pergi sana masa kecik2 dulu. Kiranya ni sedara yang dah lama terputus hubungan la.

Dari Jasin. kami bertolak ke Muar, rumah Paklong. Sekarang cuma tinggal paklong dengan Maklong je kat rumah tu. Lebih kurang pukul 6 petang, kami bertolak ke Semerah, rumah nek lang. Jalan sangat sibuk.... selalunya sy nak ke Semerah tu hanya lebih kurang setengah jam je... tapi hari tu, lepas Maghrib baru sampai. Sempat la singgah kejap kat Masjid Sri Menanti untuk solat maghrib.

Sampai kat Semerah, ramai ada kat sana. Ada makcik Limah dari Mersing, ada Kak Fit (anak paklong) dan suaminya, ramai lagi la... dan ada seorang sedara yang tinggal kat Taman Soga, Batu Pahat kat situ. Dulu sy pernah la datang rumah dy... tapi dah setahun lebih kat Batu Pahat ni, sekali pun x pernah sampai rumah beliau... heh. apa punya anak sedara laa... huhu~ :P

Sekali lagi ada bacaan Yaasin dan Tahlil.

Lepas bacaan Yaasin, kami makan ramai2... seronok sangat2... yang paling best ialah ada otak-otak bakar... bakar sendiri ye, bukan beli tepi jalan... keh3... :D

Lebih kurang pukul 11 malam, kami bertolak balik ke Tangkak... tamatlah perjalanan untuk hari itu.

1 comment:

ABU ABD RAHMAN said...

Pak cik pundari Sebatu. Rumah tak jauh dari Masjid Sebatu. Sebelum sampai ke Masjid dari Air Tawar ada sebuah sungai kecil. Ada satu jalan sebelah sungai sebelah kiri, ada satu rumah, itu lah rumah pak cik....