Semalam, pinjam motor kawan pegi ke bandar. Takde apa pun nak cari sebenarnya. Cuma nak beli tiket untuk pulang ke Tangkak yang tercinta ini. Lagipun kawan saya nak hantar laptop untuk dibaiki.
Actually saya selalu pergi satu kedai komputer kat The Summit ni, tapi orang tu pernah kata mereka tak buat repair kat situ. Kalau nak repair kena pergi cawangan dia kat Jalan Rahmat.
Jalan Rahmat tu panjang ye. Cari punya cari tak jumpa pun kedainya. Lagipun papan tanda kedai-kedai kat situ dah dilindungi oleh atap-atap kanopi yang dipasang untuk bazar raya kat sepanjang BP Walk tu. 2 kali saya pusing-pusing kat situ, tak jumpa jugak. Tetiba teringat kat sebelah bus stand ada satu kedai Acer. Ok... pergi situ sahaja. haha...
Nak dijadikan cerita, time belok ke satu simpang nak menuju ke bus stand tu, tiba-tiba rasa motor tersebut berat dan macam tak seimbang (ayat paling tepat untuk menggambarkan situasi time tu)...aisehh... tayar pancit.... huhu~... jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Alamak... macam mana ni. Kedai komputer dah tak jauh. Kedai motor entah kat mana.
Fikir punya fikir, then kitorang decide... tinggalkan je motor tu kat situ dulu. haha... so kitorang lock motor tu, terus jalan kaki ke kedai komputer yang dah tak sampai 200 meter je lagi.
Apa masalah laptop itu? Ok... sangat mengejutkan. Skrin laptop beliau pecah. Sebab tu skrin dia merah je. Puncanya? Tak payah tanya la... budak tadika pun buleh jawab. Sama ada laptop itu pernah terjatuh atau beliau ada meletakkan benda-benda berat di atas laptop itu, so skrin itu rosak lah. Kalau nak ganti skrin LCD Acer yang ori, mau dekat RM900 lebih, kalau local punya pun dah RM500 lebih. Dia call mak beliau, dan decide tak mahu repair dahulu. huhu~
Ok... selesai hal laptop (pada saya la).... sekarang motor pulak. Tak tahu apa nak buat, saya call seorang kawan kat IPG tanya kedai motor kat mana. Dia pun beritahu la arahnya. Nasib baik tak jauh... ganti tiub RM12, tapi saya tak claim pun kat tuan motor tu sebab saya memang selalu sangat3 guna motor beliau, so tak payah la berkira sangat kan. hee~ :)
Nasib baik sempat balik sebelum jamuan berbuka puasa start. Sempat singgah beli air tebu lagi kat bazar pesta... huhu~ (^^,)
2 comments:
salam man, kedai kat jalan rhmat tu tempat akak ojt...dtg la..yg korang pergi tuu cawangan dia...
jalan rahmat kat area bank OCBC
OCBC? mcm x prasan je... xpe2... nnti man gi tengok lg skali... huhu~ :)
Post a Comment