Time entri ini ditulis, sebenarnya saya baru lepas menjalani latihan kebakaran atau dikenali sebagai firedrill... yup, sekarang ni jam menunjukkan 4.06 pagi dan saya baru melabuhkan diri saya ke atas katil ini semula sambil menghadap laptop.
OK... Ini kali kedua saya melalui firedrill sejak saya mendaftarkan diri di IPG ini setahun lalu. Kali pertama semasa saya masih dalam PPISMP semester 1 pada tahun lalu. Ia diadakan oleh pihak IPG untuk memberi latihan kepada para guru pelatih mengenai tindakan yang perlu diambil apabila kebakaran berlaku. Latihan ini turut mendapat kerjasama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Loceng kecemasan dibunyikan lebih kurang jam 2.30 pagi tadi. Saya tengah tidur, so saya terbangun terus bersiap, capai apa yang patut (cthnya: handphone, MP3, kamera digital), dan terus lari-lari anak menuju ke tempat perhimpunan.
Sedang menuju tapak perhimpunan..
Sampai kat tempat perhimpunan, baru saya perasan bahawa lampu bilik masih menyala (sebab bilik menghadap tempat perhimpunan tu). Dah mamai-mamai tadi, lupa pulak nak padamkan. Then ketua blok datang jumpa saya, dia suruh tutup lampu tu. Ok, saya pun lari naik ke blok itu ikut jalan melalui lereng bukit yang terdekat... sampai jatuh2, nak patah jari ni sebab sokong badan time nak terjatuh tu. Bayangkan blok sebesar itu, saya seorang je kat atas. Dah la gelap sebab semua lampu dipadamkan. Jujur, memang saya perasan jugak ada "benda" lalu-lalu dekat dengan saya masa saya naik tadi... tapi nak cepat punya pasal, lantak pi lah...
Turun semula ke tapak perhimpunan, tiba-tiba kena panggil dengan warden ni. Dia tanya kenapa lambat. Saya pun cakap la saya naik semula tadi. Then ketua blok pun jelaskan hal sebenar, baru dia bagi lepas. haha~... thanks ye ketua blok... klau tidak, mati den tadi... kui3...
Tapi time nak duduk dalam barisan tu, ada la MAKHLUK2 gila ni yang entah apa sebab, saje je nak cari gaduh kut... suka-suka je nak ejek-ejek, kutuk2 kat blakang tu... dan ade jugak setan yang suka-suka nak baling batu kat saya. Ye, memang silap saya sebab tak tutup lampu bilik masa nak turun untuk berhimpun tadi... tapi ada ke kesilapan saya tu menyusahkan diorang? Takde kan... yang kena naik semula tadi, saya... yang kena panggil dengan warden pun saya juga... so apa yang effect kat diorang sampai suka-suka nak baling-baling batu kepada saya?.. suka-suka je nak kutuk-kutuk saya?... Entahlah... harap-harap suatu hari nanti Allah akan balas pada mereka supaya mereka rasa apa yang mereka buat kat saya tu.
Bomba sedang menyalakan api untuk demonstrasi...
Ok... sambung cerita... lepas check kehadiran, pegawai bomba tu pun bagi sedikit taklimat. Entah apa yang dia cakapkan, saya pun x berapa dengar sebab tengah mamai time tu. Pastu, ada demonstrasi memadam kebakaran jenis cecair. Lebih kurang macam demonstrasi kat sekolah la tu kiranya, padamkan api guna pemadam api. Then, ada pelajar yang mencuba memadamkan api diikuti seorang warden yang turut mengambil bahagian.
Cabut safety pin dulu ye...
Wakil pelajar lelaki sedang memadamkan api...
Pelajar perempuan pun try juga...
Warden sedang bersedia untuk memadamkan api...
Setelah sejam lebih, maka tamatlah firedrill tersebut. Dan kembalilah para guru pelatih ke bilik masing-masing. :)
No comments:
Post a Comment