Petang tadi pergi bazar Ramadhan.
Selalunya saya pergi bazar kat Taman Budaya (dekat dengan BP Mall)... tapi tadi entah kenapa tergerak hati nak pergi ke bazar kat Dataran Penggaram.
Lagipun dapat pinjam motor kawan. huhu~
Bazar Ramadhan Taman Budaya... (gambar hiasan)... :)
Laa,,, kecik je rupanya bazar kat Dataran Penggaram ni. Tapi berbaloi juga pergi. Sebab dapat beli rojak yang murah dan sangat3 sedap. Tak sia-sia saya tergoda dengan panggilan pakcik tu supaya beli rojak dia. Jgn risau pakcik, lain kali saya beli lagi... Kui3... :D
Selain tu ada jugak beli makanan-makanan lain...
Then pergi pulak bazar kat Pesta (dekat Masjid Batu Pahat). Beli la beberapa juadah lagi...
Oppsss... bukan semua saya punya ye. Ada jugak yang kawan-kawan kirim supaya belikan. huhu~
Yang bestnya, pergi satu gerai ni, dah nak tutup. Terpandanglah tinggal dua bungkus air tembikai bergolek atas meja. Saya memang nak cari air tembikai, so saya tanya pakcik tu, "satu berapa?" "RM1," jawabnya. Saya beli satu, tapi dia bungkus dua-dua sekali. "Tinggal satu je dik, kira sedekah je"... haha... thanks pakcik... (^^,)
Then kami pun bertolak pulang.
Kiranya, petang tadi belanja lebih kurang RM9 kut. Tapi yang masuk perut cuma RM8 je. Geram sungguh.... kenapa jadi mcm tu?
Tadi on the way balik, saya lalu kat depan Masjid Batu Pahat tu. Nak balik IPG kena belok kiri, so saya lalulah lorong kiri. Tapi tak boleh rapat ke kiri sebab jalan tak berapa rata, kenalah lalu tengah sikit.
Tiba-tiba ada kereta Toyota Vios ni, masuk dari lorong kanan, dengan tak de signalnya, terus belok ke kiri. Disebabkan terkejut, saya rapatlah ke kiri jalan. Tak perasan pulak ada lubang yang agak besar kat tepi tu (tak pakai spek punya pasal)... Maka terhenjut-henjutlah motor yang sedang bergerak pada kelajuan 60 kilometer sejam itu. Then, sedar-sedar, enjin dah berasap sebab disimbahi oleh air yang tumpah daripada plastik yang bocor itu.
Rugi je...
Mengidam nak minum air tembikai, saya singgah jugak kat bazar Taman Budaya tu, beli air tembikai baru... hua3... rugi lagi duit. =P
Kat bazar Pesta tadi, tetiba tergerak hati nak beli sebiji karipap gajah (kerana saiznya yang besar)... actually dah jumpa dari minggu lepas lagi... tapi tadi tetiba teringat kawan cerita pasal karipap ni, so nak gak try beli. RM1 sebiji. Inilah rupa karipap itu.
Sangat besar ye, saiznya sebesar tapak tangan. Kalau nak masuk terus dalam mulut tu memang tak muat la (kecuali la kalau mulut anda bersaiz gajah)... sedap... sebelum makan, buat bedah siasat dulu terhadap karipap gajah ini... saje je nak tengok apa intinya... huhu~
intinya ada daging ayam, kentang, telur dan rempah ratus. Nyum2... rasanya memang tak boleh nak cakap, pergi beli sendiri baru tahu... huhu~ (",)
Ok2... lapar sudah... taknak taip lagi... kui3... :D
No comments:
Post a Comment