Sangat seronok ye...
Semalam, on the way balik ke Batu Pahat, saya berpeluang menaiki bas dua tingkat.
Siapa sangka ye, dapat jugak merasa naik bas ekspres dua tingkat walaupun jarak perjalanan tak jauh. Lebih kurang macam ni la rupa bas tu.
Actually tak sangka pun dapat naik bas tu. Sebab selalunya, saya naik bas henti-henti Mayang Sari untuk ke Batu Pahat. Tapi semalam, kebetulan mak saya nak ke Muar, nak beli tiket adik saya untuk perjalanan balik Arau lepas raya nanti. So, saya terus bayar tiket bas kat bus stand Bentayan (ekspres) tu. Macam biasa lah, tiket memang takde, kira macam tumpang bas yang lalu nak ke Batu Pahat je la. Dan nak ditakdirkan, dapatlah saya naik bas dua tingkat milik syarikat SKS-KL itu.
Dan seperti memahami saya, abang bas tu bagi saya seat kosong kat tingkat atas, seat paling depan sekali. Wah... sangat best. Dapat tengok pemandangan yang luas.
First time naik, rasa agak gayat ye. Sebab ketinggiannya lebih daripada bas biasa. Kiranya kalau nak dibandingkan, bila bas tu berhenti kat sebelah bas ekspres biasa, lantai tingkat atas bas dua tingkat tu separas dengan kepala orang yang duduk dalam bas biasa tu. Kiranya kepala diorang separas dengan kaki kita la... hahaha~
Sangat tinggi ye... (",)
Bila bas mula bergerak, gerun jugak rasa. Dah la tinggi, goyang-goyang pulak tu. Bila belok kat simpang atau selekoh tajam, rasa macam nak terbalik je. Lalu kat bawah jejantas, saya tak risau sebab saya tahu, jejantas atau jejambat kat jalan utama di Malaysia ni biasanya dibina dengan ketinggian tak kurang 4.75 meter (paling rendah la tu)... so memang lepas la... yang saya risau, bila nak lalu bawah wayar elektrik (bukan yang tiang pylon tu) atau wayar telefon yang terjuntai merintangi jalan. Macam nak tersangkut rasanya... aishh,,,
Kat lampu isyarat, bas tu berhenti kat belakang sebuah kereta. Kalau bas biasa, kita masih boleh nampak bumbung kereta tersebut. Tapi bila bas ni berhenti belakang kereta tu, macam kereta tu dah termasuk kat bawah bas. Haha... kelakar sungguh. Kena jenguk sikit ke depan baru nampak ada kereta kat bawah tu.
Actually depan ni ada kereta ye... huhu~
Dah sampai Batu Pahat... (^^,)
Pengalaman yang menarik ye bagi saya. Harap-harap lain kali ada peluang naik lagi. Yippiee~ :D
No comments:
Post a Comment