Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Tuesday, August 17, 2010

SAYA YANG MENURUT PERINTAH... =P

Huh...

AMARAN:
ENTRI INI MENYENTUH SENSITIVITI SESETENGAH PIHAK DAN MENYEBABKAN SESETENGAH ORANG TERASA.

Sorry, aku taknak taip entri ni sebenarnya... tapi apabila susu dibalas tuba, maka aku taip jugak... sorry la sape2 yg terasa ye... saje je aku nak menerangkan keadaan sebenar...

Aku AJK Fotostat kelas. Kiranya kalau ada nak fotostat nota or apa2 untuk kelas tu, aku la yang bertugas.

Dah nama pun AJK FOTOSTAT UNTUK KELAS, so apa-apa nota atau bahan yang difotostat untuk kelas tu tentulah aku kena claim daripada duit kelas. Oleh kerana itu, aku akan fotostat mengikut arahan daripada pemegang duit kelas atau bendahari.

"SAYA YANG MENURUT PERINTAH"

Cikgu2 selalu berpegang kepada ayat tersebut...

Aku juga bakal cikgu, so aku juga pegang ayat tu. Kalau dah Bendahari arahkan fotostat 20 salinan, takkan aku nak fotostat 21 salinan. Betul x?

Ok2... maybe korang tak faham apa masalah sebenarnya kan? xpe... aku cerita kat sini... lagipun aku dah puas jaga hati orang ni, tapi orang pulak pijak kepala aku balik... nanti korang judge la semula ye sape yang salah, sama ada aku atau pihak satu lagi.

Masalahnya begini:

Minggu lepas, aku dapat arahan untuk fotostat kertas soalan untuk subjek Lukisan Kejuruteraan (LK)... bukan sikit ye, banyak gile... seorang akan dapat 27 helai... dan menggunakan kertas bersaiz A3 (2 kali ganda lagi besar daripada kertas A4 yg selalu korang guna tu)...

Untuk fotostat sehelai bahan bersaiz A3 itu, memerlukan kos 30 sen...
Jadinya,
RM0.30 X 27 helai
=RM8.10 (tetiba jadik cikgu Matematik pulak)... =P

Maksudnya, untuk fotostat bahan2 tersebut untuk seorang sahaja sudah memerlukan RM8.10...

Kalau untuk 1 kelas? darab la sendiri...
RM8.10 X 21 orang
=RM170.10
Jumlahnya SERATUS TUJUH PULUH RINGGIT DAN SEPULUH SEN

bukannya TUJUH BELAS RINGGIT DAN SEPULUH SEN ye...

So, lepas deal2 dengan abang pusat fotostat tu, lalu dapatlah diskaun, 20 sen sehelai...
Jadinya,
RM0.20 X 27 helai
=RM5.40

Maksudnya seorang memerlukan RM5.40 untuk nota tu...
Untuk sekelas?
RM5.40 X 21 orang
=RM113.40
Jumlahnya SERATUS TIGA BELAS RINGGIT DAN EMPAT PULUH SEN...

Tapi aku dapat arahan untuk fotostat untuk 20 orang je... so, pengiraannya:
RM0.20 X 20 orang
=RM108.00
Jumlahnya SERATUS LAPAN RINGGIT, tunai...

Kenapa 20? Sebabnya, ada seorang ahli kelas kami yang bernama N ni x bayar duit kelas... nak pergi fotostat sendiri katanya... aku ok je la, sebab sebelum ni pun dia selalu fotostat sendiri nota2 kuliah untuk diri dia...

Ok la... fine for her, fine for me also... ringan sikit tugas aku...

Hambik ko... RM108.00... itu tak kira lagi kos aku mengangkat benda ni ke hulu ke hilir, pastu upah aku asingkan untuk laki dan perempuan... dan untuk dak2 laki, siap aku buatkan sorang satu set tau... membazir je masa aku selama 3 jam... kalau aku jahat la kan, aku dah claim dah upah ni semua... tak pun aku campak je kertas tu kat kelas, pandai2 ambik sendiri...

Beberapa hari lepas tu, si N ni datang jumpa aku... nak suruh aku tolong fotostat LK tu untuk dia... aku ok je, tapi aku cakap kat dia, kalau fotostat sorang punya kena harga asal RM8.10 (tanpa diskaun sebab fotostat sikit je)... dia cakap ok je... aku cakap ok la, nanti aku cari masa gi antar kertas tu kat pusat fotostat...

Ingatkan masalah dah selesai... rupanya belum...

Entah kenapa, semalam si N ni boleh pulak mengadu pada lecturer yang dia tak dapat kertas LK tu... Yang geramnya, dia seolah-olah nak menyalahkan aku sebab fotostat tak cukup. Dan lecturer tu pulak, dah tentu la salahkan aku sebab tak fotostatkan untuk si N ni sekali... pastu mula la lecturer tu ceramah pasal elaun la, apa la...

Memang la tak dapat, dah ko tak bayar macam mana nak dapat... nasib baik mood aku baik time tu... kalau tidak, memang aku dah malukan ko depan lecturer tu...

Sebelum ni setakat fotostat kertas A4, ada la jugak aku support skit2 sebab kertas A4 murah, setakat beberapa sen je... takkan kali ni fotostat kertas A3 sampai RM5.40 pun nak suruh aku support jugak... elaun kita semua sama, RM430... takdenya aku dapat lebih daripada kau... orang lain pun elaun RM430 jugak, boleh je bayar fotostat tu... mana pergi elaun kau?... elaun tu untuk benda2 pelajaran macam ni, bukan untuk joli... x dinafikan, aku pun ada jugak guna duit elaun tu untuk benda2 selain pelajaran, tapi takde la sampai takde duit nak bayar benda2 penting macam ni...

Dah takde mood nak tolong dia fotostat...

Ok la... dah berlalu hari semalam, so aku pun dah lupakan la... malas nak fikir lama2, buat sakit kepala je...

Tiba-tiba ada classmate aku tadi, namanya H datang jumpa aku... lebih kurang macam ni la dialog antara aku dan H ni...

H: Kenapa ko fotostat LK 20 salinan je? Kelas kita kan 21 orang?
Aku: Fotostat tu x kira dak N sebab dy tak bayar duit kelas... dia kata nak fotostat sendiri...
H: Apsal ko tak fotostat je untuk dia?
Aku: Dah tu kalau aku fotostat 21 salinan nanti, sapa nak bayar untuk lagi satu salinan tu?
H: Laa... fotostat je la... ko anto fotostat dulu ke bayar dulu?
Aku: Anta fotostat dulu la, nak ambik nnti bru bayar...
H: Haa... dah tu fotostat je la 21... nanti nak ambik baru la bayar...

Yang last tu aku tak sempat jawab... ok la, aku jawab kat sini je la ye sebab kalau aku jawab depan dia pun bukan dia nak dengar...

1: Aku boleh je hantar fotostat 21 salinan... tapi nanti masa nak ambik siapa yang nak support yang lagi satu salinan tu? Dah si N tak bayar duit kelas, konfem la takleh claim untuk lagi satu salinan tu... RM5.40 woo, x sanggup aku nak support... aku ada komitmen lain jugak untuk duit aku tujui...

2: Takkan time nak ambik tu aku nak kena pergi jumpa dak N ni dulu, mintak duit dia, then baru pergi ambik kertas kat pusat fotostat tu... dah tambah kerja aku lagi... itu kalau jumpa dak N ni... kalau x jumpa? Alamatnya terperap la kertas soalan tu kat situ...

3: Kalau dah fotostat 21 salinan pastu si N tetiba taknak bayar, si H ni nak support ke kertas si N ni? Duit kelas memang konfem takleh claim... kalau si H ni konfem nak support untuk si N, ok, aku akan buat 21 salinan...

Actually aku taknak tulis benda ni kat sini sebab akan ada yang terasa... dan sebenarnya aku nak lupakan je hal tu semalam... tapi bila si H ni tetiba datang jumpa aku dan seolah-olah nak menyalahkan aku, aku jadi geram la... aku pun tak tahu la sama ada si H ni saje nak tolong si N atau si N ni yang hantar si H supaya tanya macam tu kat aku...

Kepada si H, daripada ko salahkan aku sebab tak fotostat 21 salinan, baik ko keluarkan duit ko tu dan bayarkan untuk si N ni... ko datang jumpa aku pun tak guna, bukan aku boleh bayarkan untuk si N tu pun... aku pun ada anak bini untuk ditanggung... hahaha~

Kesimpulannya, jangan nak menyalahkan orang lain je kalau dah terang2 benda tu salah ko... dan yang lain tu, tak payah la menyokong pihak yang salah, sebab dah terang-terangan pihak tu bersalah...

2 comments:

(",anahraF said...

berani kerana benar yea man .
takpela man .
hidup ni memang salu tak adil .

Hazman Amini said...

hahaha... no hal lah... =)