Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Friday, July 9, 2010

Soalan daripada classmate. =)

Pagi ini kurasakan lebih baik berbanding hari sebelumnya. Entah kenapa sejak beberapa hari ni, aku rasa mood aku teruk sangat2... ada la sebab-sebabnya ye. Pagi ini juga kelas Encik Shukor Taiken agak OK berbanding sebelum ni, bagi aku la... sebabnya? Hari ni dia tak de marah-marah pun menyebabkan aku suka untuk menjawab soalan-soalan dia walaupun banyak jawab tak betul. Dan dia juga tak marah walaupun aku gelak time kelas dia, padahal sebelum ni kalau senyum pun dia dah bising. Dan kelas Cik Aliza serta Encik Sidek juga agak santai menyebabkan aku dapat melupakan serba sedikit kesedihan yang menyelubungi sejak beberapa hari lepas sekaligus mengembalikan mood aku untuk bersama dengan kawan-kawan. Kalau la tiap-tiap Jumaat macam ni kan bagus. =)

Semalam aku mendapat satu soalan daripada classmate aku. Dia tanya lebih kurang macam ni soalan dia...

"Tak berat ke bawak laptop gi kelas hari-hari?"...

Haaa... apa pendapat kamu? Pada kamu la, adakah laptop itu berat? Terpulang la nak fikir macam mana sebab berat bagi setiap laptop tu berlainan. Tengok la daripada bahan apa ia dibuat. Kalau daripada plastik, alhamdulillah ringan sikit. Tapi kalau laptop anda tu dibuat daripada besi (ada ke?), mungkin berat sampai berkilo-kilo. huhu~ =P

Laptop kesayanganku, dah macam awek dah... =P

Pada aku, ia bukan satu masalah untuk membawanya ke kelas setiap hari. Senang nanti kalau tiba-tiba nak guna untuk presentation dan sebagainya. Lagipun laptop ni la teman setia aku semenjak ia dibeli.... tempat aku bergembira bersama game, teman di kala aku kesedihan melayan lagu2, dan juga teman untuk aku melepaskan geram melalui blog atau dengan menepuk2 ke atas keyboardnya... (cewah... =P). Di dalam laptop ini tersimpan banyak kenangan-kenangan dan rahsia-rahsia yang selama ni aku pendam sendiri je. Beratnya pun cuma sekilo lebih je, tak berat pun. Dan apabila dah tiap-tiap hari bawak laptop tu, dah tak terasa beratnya, bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa. Jangan tak percaya, dah 2 kali laptop aku ni tersungkur menyembah lantai (terjatuh) daripada ketinggian melebihi 40 cm dari lantai, tetapi ia masih setia menjadi temanku sehingga kini... =)

Kadang-kadang ada jugak yang perli aku sebab ke hulu ke hilir dengan laptop je. Sampaikan kalau aku tak bawak ia ke kelas tu seolah-olah menjadi sesuatu yang agak pelik ye. Entah la. Pedulik la apa orang nak cakap. Dah ada laptop, bawak je la. Kalau beli laptop setakat nak buat letak terperap dalam bilik, lebih baik beli desktop, ye tak?... harga lagi murah, processor desktop lagi kuat, dan boleh upgrade lagi. Tak kisah la tu. Itu terpulang pada diri masing-masing. Mungkin hati mereka tiada pada laptop itu... huhuhu~... :D

Sebenarnya yang aku nak cerita adalah bab yang bawah ni.

Aku sangat benci bila orang bising-bising kat aku sebab menghadap laptop petang-petang sampaikan tak turun ke padang. Kalau cakap tu elok-elok takpe lagi, aku boleh terima. Ini siap nak kutuk-kutuk lagi. Hei... aku tak pernah paksa korang untuk ikut aku pergi balsis ke, hapa ke... so sapa korang yang suka sangat nak kutuk-kutuk aku kalau tak ikut korang pergi padang?... ok, kalau itu satu program maktab dan aku tak pergi, maybe korang boleh kutuk aku... masalahnya, wajib ke turun padang tiap-tiap petang tu?...

Mungkin korang anggap aku ni tak sihat sebab tak gi padang. Tapi hampir setiap malam aku mengeluarkan peluh menuruni blok 4 tingkat ini dan melalui koridor berbukit-bukit untuk ke balsis. Keluar peluh jugak kn? Korang ada turun balsis selalu macam aku?

Dan setiap hari aku mengusung laptop dan begnya serta peralatan lain yang beratnya lebih 2 kilogram tu ke kelas, yang kadang-kadang jalan kaki jauh sampai ke kompleks KH sana. Korang ada ke? Bawak beg pun tak sampai sekilo, yang tak bawak langsung pun ada, pastu naik moto pulak tu gi blok KH. Lagi la tak keluar peluh.

Dan lagi satu, setiap hujung minggu aku membawa laptop ni dan barang-barang lain yang agak berat, menempuhi perjalanan sejauh lebih 70 kilometer untuk balik ke kampung yang tercinta di Tangkak, naik bas je tau. Bas awam pulak tu, konfem la berpeluh gila2. Korang ada ke? Nak gi bandar Batu Pahat yang cuma 7 kilometer je tu pun nak kena tunggu ada moto, baru nak pegi... haishhh...

Sorry ye kalau ada yang terasa... sangat geram bila berdepan keadaan macam ni...

Sebenarnya semua tu terserah pada hati masing-masing. Mybe diorang tak mempunyai minat macam aku, so diorang tak de la gila laptop macam aku. Dan aku pulak tak minat sangat kepada sukan, so aku tak tertarik la untuk join korang main hari-hari kat padang tu. Aku tak pernah paksa korang pegi balsis macam aku, so korang jangan nak paksa-paksa aku ikut korang pegi padang macam korang ye... =)

4 comments:

(",anahraF said...

tanpe lappy abgman susa laa kte na wt presentation .
thankyou abgman .



betol-betol . skong sgt .
ari-ari g clas bwk moto mcm laa sehat sgt .

Hazman Amini said...

Hahaha... welcome2... =)

Bab moto tu sape terasa sorry sgt3 ye... xde niat nk kaitkan sapa2... hee~ =P

sab said...

haha. pedas jugak ayt mu! huahua. :)
and lebih kurang la kite!
mmg suke ngadap lap top jep!
pape pun,org nak kate. abaikan jek!

Hazman Amini said...

Eh... pedas ke... aishhh... sori2... time menaip ni serius mood x brapa nak baik. huhu~

Suka ngadap laptop gak ke? yesss!!! akhirnya jumpa gak org yg begini... mari kita tubuhkan group pencinta laptop... hoyeh2... :D