Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Thursday, July 8, 2010

Wireless yang curang... =P

Masuk malam ni, maksudnya dah 4 malam berturut-turut aku datang ke balsis ni. Entah kenapa, rasa macam ada ketenangan yang membawa aku ke mari. Dan kemungkinan akan beginilah aku selagi tidak menerima assignment dan selagi tidak terdapat tugasan yang perlu diselesaikan.

Sejak akhir-akhir ni, entah apa sebabnya, wireless WLAN-Staff yang membolehkan aku online 24 jam setiap hari kat asrama itu seolah-olah gagal untuk berfungsi seperti biasa. Sangat-sangat perlahan speednya sehingga menyebabkan aku mengambil masa yang lama untuk loading page facebook atau untuk login blogger. Dan seringkali, secara tiba-tiba statusnya akan bertukar daripada "Local and Internet" kepada "Local Only" dan ada kalanya terus terputus. Faham tak? "Local and Internet" tu maksudnya ada akses kepada internet, manakala "Local Only" pula hanya membolehkan connection antara komputer... Sangat sakit hati ini apabila menghadapi keadaan sedemikian. Oleh kerana itulah, aku menjadi seorang yang sangat rajin untuk turun ke balsis dan melayari internet dengan line Iptho-jtp yang lebih laju dan tanpa blocking ni. Boleh la bukak Yahoo Messenger (YM), Youtube dan lain2... :D

** Bila la WiMax nak sampai Tangkak. Tak saba nak beli nih... =P

No comments: