Kuliah sem ni telah bermula pada 28 Jun 2010. Jadual sem ni, kalau nak dibandingkan dengan sem lepas sama je, tetap padat. Dan sem ni, aku dapat ramai lecturer yang tak pernah ajar sebelum ni. Kebanyakannya ok la kut. huhu~. Sem ni terdapat beberapa subjek baru, dan yang paling best ialah sem ni ada subjek yang paling aku gemari, iaitu Lukisan Kejuruteraan atau dikenali sebagai LK. Dan laptop kesayangan aku ini juga akan diinstallkan dengan satu software baru iaitu AutoCAD. Yipppieee~..... sangat seronok. Semoga pointer aku sem ni akan meningkat tinggi. Amin... =)
Pada hari pertama kuliah itu juga, maktab aku telah menerima pelajar-pelajar baru untuk ambilan Julai 2010. Sangat ramai ye, 400 orang lebih kalau tak silap. Kesian juga tengok ada yang tak dapat bilik. Terpaksa tidur kat bilik rekreasi kat aras bawah yang takde apa-apa tu. Tak pe la... dapat jugak korang tengok tv ye kat situ. huhu~
Minggu pertama kuliah itu sudah ada kelas. Dah le spek mata aku kehilangan semasa cuti itu. Seminggu kuliah tanpa spek mata sangat sukar ye. Susah betul aku nak baca tulisan pada whiteboard ataupun yang dipaparkan menggunakan projektor LCD. Kabur je. Lalu pada hujung minggu lalu aku telah membuat spek yang baru supaya mudah untuk belajar. Aishh~... kena gak RM200 lebih... =(
Sem ni aku menanamkan niat untuk berusaha dengan lebih gigih untuk dapat keputusan yang lebih baik. Takde la sampai tahap tak tido nak mengadap buku je. Sekurang-kurangnya sem ni aku nak buat assignment dengan lebih teratur dan lebih baik, tak de la macam sem lepas di mana awal-awal, aku hanya kumpul2 bahan dan last minute baru nak taip dan print. Ish3... satu kaedah yang sangat buruk ye... =P
Sekian sahaja ye coretan kali ini. Caiyuk2 untuk sem 3... weee~ :D
No comments:
Post a Comment