Agak terlewat ye aku menaip entri ini. Entri ini agak panjang, harap sudi baca la ye... sekadar perkongsian pengalaman je... hee~ =)
Baru-baru ini, telah berlangsung pertandingan Robocon peringkat Kebangsaan. Apakah itu robocon? Kalau nak tahu, sila rujuk entri sebelum ini bertajuk ROBOCON... (klik sini)...
Pertandingan Robocon untuk kali ini telah diadakan pada 22 hingga 27 Jun 2010. Ia diadakan bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor. Memang kebiasaannya ia diadakan di situ kecuali tahun 2009 yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam.
Pandangan luar DECTAR UKM...
Untuk tahun 2010 ini, sebanyak 55 pasukan daripada beberapa buah universiti, politeknik dan kolej telah turut serta. Banyak institut/universiti yang menghantar lebih daripada satu pasukan.
Tahun ni aku tak turut serta pun, tapi disebabkan minat yang mendalam, aku telah pergi sendiri ke UKM Bangi untuk menyaksikan pertandingan tersebut pada 25 dan 26 Jun 2010. Sememangnya tahun ni lebih senang nak pergi berbanding tahun lepas sebab diadakan kat UKM. UKM memang lebih mudah dihubungi dengan pengangkutan awam berbanding kalau diadakan kat Stadium Melawati macam tahun lepas tu. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku pergi ke UKM, cuma kali terakhir aku pergi ke sana adalah lebih kurang 12 tahun lalu. Tapi inilah kali pertama aku pergi ke sana menaiki pengangkutan awam, makanya agak blur jugak la kepala ye. Yang aku tahu cuma naik LRT dan Komuter je. Nasib baik la ade jiranku yang belajar di situ, dapat la sedikit sebanyak panduan untuk sampai ke Dectar tu... thanx sgt3 kepada beliau... :D
So, here is the story...
************************************************
Jumaat - 25 Jun 2010
Jam 9.30 pagi, aku sudah bergerak dari Tangkak. Aku pergi berdua dengan adik kembarku. Dari Tangkak, terus ke Segamat untuk menaiki tren Ekspres Rakyat jam 1138 pagi ke KL Sentral. Sebenarnya, lagi senang kalau aku naik bas ekspres je dari Tangkak direct ke Kuala Lumpur... tapi sekali sekala cari pengalaman apa salahnya kn? :D
Ni la tiket kereta api KTM...
Sampai kat Segamat lebih kurang jam 11, kitorang terus ke Stesen Kereta Api Segamat untuk menunggu. Tunggu punya tunggu, ada pengumuman tren akan sampai lewat. Ada la dalam 2 ke 3 kali pengumuman tu.
Kereta api sudah sampai... (",)
Akhirnya tren yang dinantikan pun tiba lebih kurang 1.15 tengah hari. Tren yang aku naik ni untuk perjalanan dari Singapura - Johor Bahru ke Butterworth. Tak de la panjang sangat, dan ia tidak menarik gerabak kantin. Seat yang aku pilih adalah second class, tapi second class pun dah cukup sangat selesa dah.
Tren tersebut berhenti sekejap je, dan terus bergerak. Aku memilih seat kat tepi tingkap, dapat tengok pemandangan. Adik aku tak kisah sebab dia memang dah selalu naik kereta api, dan dia sebenarnya baru naik tren dari Arau ke KL dua hari sebelum tu. Aku je yang jarang naik, kali terakhir naik adalah semasa ambik result SPM kat SMT Johor Bahru tahun lepas. Tren itu bergerak dengan agak laju sebab nak kejar masa. Entah berapa kali aku bangun dari seat dan berjalan-jalan sepanjang gerabak tu. Kereta api ni dia ada tandas dan lengkap dengan paip air ye, so senang la kalau nak buang air.
Jangan tiru aksi ini... =P
Setelah perjalanan yang panjang itu, sampailah aku ke negeri Selangor. Actually tiket aku sampai ke KL Sentral ye, tapi disebabkan masa tu dah pukul 4 lebih, maka aku terpaksa ambil keputusan turun di Stesen Kajang. Di Stesen Kajang, keluar dan beli tiket Komuter ke Stesen UKM pula, RM1 je.
Dah sampai Kajang...
Komuter agak sesak ye even x sesak macam bas awam yang aku naik kat Batu Pahat... Dari Kajang ke UKM dekat je, lebih kurang 10 minit je naik komuter tu. Turun kat Stesen UKM, cari-cari tempat nak tunggu bas tapi tak kelihatan. Orang lain yg turun kat stesen tu semua masuk satu kawasan berpagar. Kat dalam kawasan tu ada bas warna putih ada lambang UKM. Aku nak ikut tapi ade satu papan tanda yang menyebabkan aku tak jadi...
Haaa,,, tu la papan tanda yang dimaksudkan. Cuak gak nak masuk. Then, aku try tanye kat abang yang jual air kat situ. Dia tunjuk arah yang sama jugak. Rupanya, boleh main redah masuk je... hahaha~... tunggu bas Rapid untuk ke UKM, memang sangat lama. Rasanya kalau jalan kaki pun dah sampai dah ke Dectar tu. Lebih kurang sejam, bas Rapid KL pun sampai dan aku pun naik bersama 3-4 orang penumpang yang lain. Tambangnya RM1 je (x sangka RM1 boleh naik bas kat KL, kalau kat Batu Pahat, jangan harap.) =P...
Yang paling aku tak sangka, time naik tu, driver tu tanya "nak pergi mana"... aku pun jawab la "Dectar", then driver tu tanya balik, "kat dalam UKM ke?" Aku jawab je la "ye". Aku memang tahu peta kawasan tu sebab dah tengok melalui peta satelit sebelum pergi tu. Haha... sah2 la driver tu x tahu Dectar tu apa. Pastu aku tanya, "bang, nanti sampai Dectar beritahu boleh tak?" Driver tu dengan blurnye tanya balik kat sorang akak dalam bas tu. Dapat la jugak pusing2 dalam UKM tu kejap. Last2 akak tu ajak turun kat Kolej Dato' Onn (kalau x silap la)... pastu aku kena jalan kaki ikut tepi kolej tu dan lepas tu menuruni tangga yang tinggi, terus sampai kat belakang Dectar tu. Tapi seperti yang dijangkakan, Robocon untuk hari tersebut telah tamat memandangkan masa aku sampai tu dah jam 5 lebih petang. Dan selepas merakamkan beberapa gambar kenangan, kitorang terus patah balik ke Stesen Komuter. :(
Sampai Stesen Komuter, jam dah 6 lebih. Aku beli tiket komuter ke KL Sentral sebab nak jalan-jalan dulu sebelum ke Bandar Tun Razak, Cheras di mana terletaknya rumah Pak Ngah-ku yang akan aku tumpang menginap pada malam tersebut. Kebetulan, masuk je kat platform tu, tak sampai sepuluh minit dah ada tren komuter sampai. Aku terus naik. Agak jauh juga dari stesen UKM ke KL Sentral. Ada la dalam setengah jam perjalanannya. Rasanya terlalu awal untuk pergi rumah pak ngah aku tu. So kitorang pun beli tiket RapidKL Kelana Jaya (dulu Putra-LRT) ke Wangsa Maju. Dulu aku selalu naik dari Wangsa Maju ke KL ni. Dan aku takde masalah kalau nak jalan-jalan naik LRT sebab stesen pertukaran dan destinasi tren tu semua aku dah biasa. Sangat seronok. Banyak yang dah berubah setelah lebih 5 tahun aku tak naik LRT ni.
Kalau nak tahu, Putra-LRT ni merupakan satu-satunya sistem transit automatik di negara kita. Ia automatik ye, maksudnya ia tiada pemandu dan dikawal oleh komputer. Dan ia juga satu-satunya sistem transit yang mempunyai stesen bawah tanah di Malaysia. Ia merangkumi jarak sejauh 29 km dari Kelana Jaya ke Terminal Gombak. Aku sangat suka naik tren ini. Ia tiada pemandu, maka kita dapat melihat melalui cermin depan semasa ia bergerak. Dapat la melihat tatkala ia menyusuri terowong bawah tanah yang panjang.
Dapat tengok depan ye...
Masa aku masuk ke platform kat KL Sentral, satu tren baru bertolak. Tiba-tiba ada lagi satu tren datang masuk ke stesen. Agak terasa kurang senang juga dengan keadaan itu. Ye la, kalau kali terakhir dulu aku naik, kekerapannya pada waktu puncak sebegitu adalah 5 minit sekali, tapi ini tak sampai 3 minit dah datang. Dah la komputer yang kawal, risau jugak mana la tau komputer tu rosak ke, x perasan ade tren lagi satu kat depan. Then baru aku perasan dia tulis kat digital board tu, kekerapan tren adalah 2 minit. Hahaha... sangat singkat masa menunggunya. Tren yang aku naik itu juga agak lengang. Masa aku turun kat Wangsa Maju, hampir semua penumpang turun. Tinggal la 2 ke 3 orang dalam tren itu.
Kat Wangsa Maju takde apa-apa pun nak cari sebenarnya. Saje je nak jalan-jalan naik LRT tu Lagipun murah, RM2.30 je sehala. huhu~. Turun dari stesen tu, pegi makan kejap kat kedai makan bersebelahan stesen. Dan lepas makan tu, lebih kurang pukul 8, naik semula LRT tersebut ke KL Sentral. Dan sekali lagi aku terkejut, rupanya LRT ni dah ada yang sampai 4 gerabak. Kalau dulu2 aku naik paling panjang pun 2 gerabak je. Tren balik ke KL Sentral sangat kosong ye sampaikan aku yang berdiri di hadapan sekali boleh nampak cermin hujung gerabak keempat LRT tersebut. Dan sebenarnya boleh dibilang orang dalam tu, ada la lebih kurang 10 orang je. hahaha~...
Pertama kali naik LRT lengang macam ni...
Kitorang sampai semula ke KL Sentral dalam lingkungan 8.45 malam. KL Sentral sangat sibuk dengan orang ramai masa tu. Masih awal untuk ke rumah pak ngah ku itu. So, kitorang pun pergi ke stesen KL Monorail KL Sentral. Nama je stesen KL Sentral, tapi kedudukannya agak jauh dari KL Sentral ye. Lebih kurang 200 meter kut berjalan kaki menyusuri jalan raya. Dari stesen permulaan, Stesen KL Sentral tu, aku beli tiket ke stesen paling hujung iaitu Stesen Titiwangsa. Saje je naik ke Titiwangsa, sebab kat sana ade pertukaran ke RapidKL Ampang (dulu STAR-LRT). Aku baru beberapa kali je naik Monorel ni, ada la sekali ke dua kali kut. Ni kira kali ketiga la kalau tak silap... hahaha... sangat gayat ye, lagi-lagi semasa monorel tersebut bergerak senget semasa mengambil selekoh. Rasa macam nak terbalik pulak. Dan ketika itu, aku berdiri betul-betul atas jalan raya (monorel ini landasannya kurus sahaja ye)... tinggi pulak tu... ah... sangat ngeri. =P
Sampai kat stesen Titiwangsa, kitorang pun turun dari tren. Bila sampai hujung tu, landasannya tinggal satu je, so kedua-dua belah pintu tren itu akan dibuka sebab kiri kanan ada platform. Kat sini la aku silap, sebab turun ke platform sebelah kiri. Sepatutnya turun ikut sebelah kanan kalau nak terus ke Stesen STAR-LRT Titiwangsa. Dah jadi macam tu, aku jadi blur sebab dah tak tahu macam mana nak ke stesen STAR-LRT tu sebab platform yang aku turun ni tak bersambung dengan platform sebelah lagi. Then tanye sorang akak ni. Dia pun beritahu la aku dah silap turun. Dia pun tunjukkan la. Bayangkan kena turun tangga setinggi bangunan 3 tingkat, then naik semula jejantas lain untuk ke stesen tu. Hanya kerana salah turun platform. kalau aku turun sebelah kanan, ade jejantas terus ke STAR-LRT tu. Haishh... sangat penat. Nasib baik ade eskalator. =)
Dari Stesen Titiwangsa, terus beli tiket ke Stesen Bandar Tun Razak. Untuk ke bandar Tun Razak, kena naik tren ke Sri Petaling. Kat sini kalau tak biasa dan tak tengok betul-betul, memang akan salah naik ke Ampang ye. Tapi ia bukanlah masalah bagi aku sebab aku dah naik benda ni banyak kali... huhu~ :D
LRT ini agak kosong ye, mungkin sebab dah malam. Lebih kurang pukul 10, aku dan adikku dah sampai kat Stesen Bandar Tun Razak. Then pakngah dan makngah aku jemput kitorang kat situ. Malam tu borak2 kejap, cerita-cerita pasal siangnya. Pak Ngah aku tu kerja kat Universiti Kebangsaan Malaysia tapi kat kampus Bandar KL. Rupanya dia kata boleh naik je bas UKM warna putih yang aku cerita tadi tu. Pastu aku tidur jam 12 lebih. maka tamatlah cerita untuk satu hari. =)
Tidur di rumah Pak Ngah... teka la mana satu... =P
************************************************
Sabtu - 26 Jun 2010
Pagi itu aku bangun sangat lambat. Kalau ikut perancangan nak gerak pukul 9, tapi 8.30 baru aku terbangun. Itu pun pakngah aku kejutkan. huhu~. Lepas siap-siap, pakngah dan makngah aku bawak pergi sarapan kat satu kedai (aku pun x pasti area apa). Pastu, terus diorang hantar ke Stesen Komuter Salak Selatan.
Stesen ni sangat pelik. Aku tak tahu kenapa, seorang staff pun takde kat stesen tu. Kiranya kalau orang naik takde tiket pun boleh lepas tau. Semua urusan pembelian tiket hanya melalui dua mesin yang diletakkan kat situ. Nasib baik la pakngah aku ada bagi duit syiling. Aishhh... sangat pelik ye.
Tunggu komuter pada pagi itu sangat lama. Mungkin sebab hari itu hari Sabtu, tak ramai orang nak pergi kerja agaknya. Setengah jam aku tunggu, barulah komuter sampai. Ah... ramai pulak orang dalam tu. Naik je la. Nasib baik dapat berdiri dekat tingkap, x de la rasa sesak sangat.
Kawasan menunggu untuk koc wanita...
Sampai kat Komuter UKM, ramai gak yang turun kat situ. Aku pun menyusur laluan yang aku lalui petang sebelumnya, tapi masih tak naik bas putih atau namanya "Bas Catar UKM" tu. Segan ah, aku bukan student situ... huhu~. Pastu, aku naik je bas mini pegi ke UKM. Bas ni tak masuk merayau dalam UKM seperti mana bas Rapid yang aku naik petang sebelumnya. Dia just turunkan orang kat tepi jalan ke Bandar Baru Bangi je, pastu pandai-pandai la melintas sendiri ke UKM tu. Tak kisah la, asalkan sampai. hee~ :D
Masuk je dalam DECTAR tu, perlawanan antara Universiti Sains Malaysia (USM) Team B melawan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Batu Pahat sedang berlangsung. Ada la beberapa match aku sempat tengok. Aku juga sempat tengok dua team tuan rumah, iaitu UKM B dan UKM C beraksi. Walaupun tak menang tapi kesungguhan tu ada. huhu~. Ye la, mana tak nya, tahun lepas hantar dua team x menang, tapi tahun ni hantar 3 pulak... haha... bgus2... =)
Selain dapat tengok match, aku juga dapat jumpa 2 orang dak team aku masa masuk Robocon 2009 untuk Institut Perindustrian Ledang (ILP) tahun lepas. Actually ada beberapa orang yg join Robocon kali ni tapi time aku sampai tu, ada yang pegi Kuala Langat untuk test robot. So dapat la jumpa 2 orang je iaitu Sheafie (Sakaw) dan Farid. Tahniah la korang ye dapat gak pegi Robocon Peringkat Kebangsaan tu. Walaupun tak menang, jangan sedih ye sebab pengalaman yang diperoleh tu sangat2 berharga. =)
Inilah mereka...
Aku tak dapat duduk lama-lama kat UKM tu sebab tengah hari nak bertolak balik ke Tangkak. So, final memang tak sempat tengok la sebab finalnya hari Ahad (27 Jun 2010) jam 2 petang. Dalam lingkungan jam 1 lebih tengah hari, aku dan adik aku dah pergi ke komuter semula. Time ni baru aku naik Bas Catar UKM tu, itu pun sebab kebetulan dia berhenti kat bus stop depan UKM tu. Naik komuter ke Bandar Tasik Selatan, dan tukar ke STAR-LRT ke Bukit Jalil. Pastu naik bas ekspres balik ke Tangkak. huhu~... rase mcm tak puas je... :)
Naik bas catar UKM nk gi Komuter...
Dalam LRT...
Perjalanan yang singkat... tak sampai dua hari tapi sangat gembira. Rasa sayang pulak nak balik time tu tapi apakan daya, cuti dah abis. Huk3. Apa pun pengalaman ni memang tak boleh dilupakan ye. Dan baru-baru ni aku dapat tahu, pasukan UTM menang tempat pertama Robocon 2010 dan akan mewakili Malaysia ke ABU Robocon 2010 di Kaherah, Mesir. Tahniah2...
Sekian saje coretan kali ni ye... rasanya dah panjang sangat ni... bye3... =)
No comments:
Post a Comment