Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Tuesday, June 29, 2010

ROBOCON...

Pernahkah anda mendengar mengenai pertandingan robot tahunan peringkat Malaysia yang dipanggil Robocon? Aku pasti ramai yang tak pernah dengar dan langsung tak tahu mengenainya. Begitu jugalah aku, langsung tak pernah dengar mengenai Robocon ini sehinggalah aku menyertainya pada tahun 2009. Pertandingan ini sememangnya jarang (atau langsung tidak) mendapat perhatian pihak media yang lebih cenderung menyiarkan rancangan realiti tv dan nyanyian berbanding menyiarkan Robocon ini (padahal nyanyi bukan sedap pun)... =P ... yang setia membuat liputan dan siaran untuk pertandingan ini pada setiap tahun hanyalah siaran TV1 milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) sahaja... RTM memang best... =)

Robocon adalah sebuah pertandingan robot tahunan di antara pelajar-pelajar universiti, kolej dan politeknik di dalam rantau Asia Pasifik. Pertandingan Robocon ini telah diadakan semenjak tahun 2002 lagi dan dianjurkan oleh Asia Pacific Broadcasting Union (ABU). Robocon diadakan mengikut tema yang dikeluarkan oleh tuan rumah. Contohnya, untuk Robocon 2010, tuan rumah adalah Mesir, dan tema pertandingannya ialah Robo-Pharaohs Build Pyramids.

Dalam merekabentuk dan membina robot, terdapat beberapa spesifikasi yang perlu diikuti oleh peserta. Antara syarat-syarat yang biasa ialah:

- Jumlah berat kesemua robot apabila dicampurkan mestilah kurang daripada 50 kilogram.
- Bekalan kuasa maksimum untuk robot adalah 24V.
- Robot dibina dengan bahan yang tidak membahayakan orang sekeliling.

Semasa pertandingan, robot akan beraksi di atas padang permainan atau game field tertentu. Game field ini berbeza pada setiap tahun mengikut tema yang dikeluarkan oleh tuan rumah. Untuk Robocon 2010, robot akan diminta untuk menyusun blok-blok yang diberikan untuk membentuk piramid.

Game field untuk Robocon Egypt 2010...

Para peserta telah diminta untuk menyediakan beberapa robot yang akan bertanding di dalam game field ini. Kebiasaannya, beberapa bulan sebelum pertandingan berlangsung, kesemua pasukan yang mengambil bahagian akan bertungkus lumus untuk merekacipta dan menyiapkan robot masing-masing. Pembinaan robot akan melibatkan kemahiran mekanikal (untuk casing atau body), elektrical design (untuk wiring dan sebagainya) dan microcontroller programming yang akan mengawal robot tersebut secara automatik. Garisan-garisan putih di atas game field itu sangat penting ye... ia merupakan panduan atau tracking kepada robot automatik untuk bergerak menuju ke tempatnya mengikut tugasan yang diberikan. Robot akan mengikut garisan tersebut dengan mengesannya menggunakan sensor yang dipasang pada robot.


Ini ialah game field untuk Robocon 2009 yang aku sertai. Pada tahun tersebut tuan rumah ialah Jepun dan temanya ialah Travel Together For The Victory Drums. Untuk itu, kami telah diminta menyediakan 3 buah robot, iaitu 2 robot automatik dan satu robot manual. Seperti mana robocon 2010. garisan putih di atas field tersebut juga berfungsi sebagai panduan untuk robot automatik bergerak. Kalau nak tahu mengenai Robocon 2009 ni, boleh la search kat encik Google ye sebab aku pun tak tahu nak terangkan macam mana. huhu~ =)


Berikut merupakan pemenang-pemenang Robocon peringkat Kebangsaan Malaysia.

2002
Host: Japan
Theme: Reach For The Top of Mount Fuji
Champion: Universiti Multimedia (MMU)

2003
Host: Thailand
Theme: Takraw Space Conquerer
Champion: Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

2004
Host:Korea
Theme: Reunion of Two Separated Lovers
Champion: Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

2005
Host: China
Theme: Climb The Great Wall, Light The Holy Fire
Champion: Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

2006
Host: Malaysia
Theme: Building The World Tallest Twin Tower
Champion: Universiti Multimedia (MMU)

2007
Host: Vietnam
Theme: Halong Bay Discovery
Champion: Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

2008
Host: India
Theme: Govinda
Champion: Universiti Multimedia (MMU)

2009
Host: Japan
Theme: Travel Together For The Victory Drums
Champion: Universiti Multimedia (MMU)

2010
Host: Mesir (Egypt)
Theme: Robo-Pharaohs Build Pyramids
Champion: Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Dan berikut ialah pemenang ABU Robocon:

2002 : Universiti Teknologi Bandar Raya Ho Chi Minh (Vietnam)
2003 : Institut Teknologi Raja Mongkut Bangkok Utara (Thailand)
2004 : Universiti Teknologi Bandar Raya Ho Chi Minh (Vietnam)
2005 : Universiti Tokyo (Jepun)
2006 : Universiti Teknologi Bandar Raya Ho Chi Minh (Vietnam)
2007 : Universiti Jiaotong Xian (China)
2008 : Universiti Jiaotong Xian(China)
2009 : Harbin Institute Of Technology (China)

Robocon 2010 akan diadakan di Mesir.

Logo Robocon 2006 Kuala Lumpur, Malaysia...

Robocon ni sebenarnya baik untuk disertai oleh para pelajar universiti, kolej dan politeknik. Pengalaman mencipta dan menghasilkan robot merupakan satu pengetahuan di luar batasan pembelajaran di dalam kelas. Semestinya ia akan melibatkan perbelanjaan yang agak tinggi. Kos untuk membuat sebuah robot sahaja tidak kurang daripada beberapa ratus ringgit dan kebiasaannya melibatkan pembuatan beberapa buah robot untuk satu pasukan. Walau bagaimanapun, pelajar dapat belajar mengenai sesuatu yang baru dan sememangnya ia merupakan pengalaman yang sangat sukar untuk diperolehi. Sayang sekali, Institut Pendidikan Guru tak terlibat dalam Robocon ni. Kalau tidak, pasti aku dah volunteer untuk menyertainya... hee~ =)

Rujukan:

No comments: