Assalamualaikum... tetiba rasa rindu yang teramat sangat kepada blogku yang telah bersawang ini... cuti ini sangat busy ye even tak banyak berjalan... mak aku kata, nak berjalan, pergi sendiri (means duit pun sndirik la... huk2...)... nasib baik ade gaji bulanan sebanyak RM430 yang berkenaan, dapat la jugak menyara kehidupan untuk berjalan2... weee~... =P
Siapa kata cuti itu membosankan, sila angkat tangan sekarang (masa ini aku rasa nak letak tangan jauh2 di bawah lantai...)... kepada pihak yang mengeluarkan statement sedemikian sila tarik ia kembali ye... hua3... =)
ok2... aku tak mahu melawan pendapat mereka... itu adalah pendapat peribadi masing-masing... mungkin cuti mereka sangat suram dan membosankan... apa pun, cuti merupakan sesuatu yang sangat dinanti-nantikan oleh semua pelajar dan para pekerja di Malaysia dan di seluruh dunia... tak percaya?... silalah anda merayau dari rumah ke rumah dan dari sekolah ke sekolah untuk membuat bancian, siapa yang suka cuti... pastinya lebih 99% responden, tak kira la sama ada murid tadika, pelajar sekolah, student universiti mahupun pekerja awam dan swasta, akan menjawab mereka suka cuti dan kalau boleh nak hari-hari merupakan hari cuti (melampau la tu)... =P...
Ahh... itu sudah menyimpang jauh ke tempat lain... hu3...
Yup... pada peringkat awal cuti memang diakui terasa sedikit kebosanan... mungkin kerana kat maktab, kami sudah biasa menghadapi cara hidup yang busy, maka apabila tiba-tiba terperap tanpa kerja di rumah, agak bosan la... dan apabila sudah beberapa hari cuti, maka perasaan bosan itu hilang dengan sendirinya... even tanpa internet wireless yang selaju line IPTHO-JTP aku masih boleh hidup, dan even duduk di bandar yang tanpa shopping mall besar2 seperti BP Mall dan SquareOne, tetapi cuti di Tangkak ini tetap menggembirakan... dan dalam cuti ni, antara percaya dan tidak, aku telah berjaya untuk tidak online dan tidak menghadap laptop kesayanganku ini selama beberapa hari lantaran kesibukan dengan kenduri kahwin jiranku pada hari Sabtu lepas...
15 Jun 2010, iaitu minggu lepas, aku telah mengikut adik dan akak aku ke Melaka... adik aku tu nak sangat tengok Sukma... kitorang pegi dengan 2 motor, akak aku bawak adik aku manakala aku seorang saja... jalan-jalan saje... first2 kitorang pegi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kat Ayer Keroh, Melaka... actually aku hanya bertindak sebagai penunjuk jalan je... kat UTeM ni ada dua (kalau x silap) acara dijalankan. Aku pegi tengok acara memanah je... at least merasa la jugak masuk kat UTeM tu... yuhuu...
Then kitorang pegi MITC, adik aku nak tengok tennis, tapi time sampai kat sane, acara dah tamat, lalu kami pun menyimpang ke Mydin Melaka untuk makan dan solat Zuhur...
Dari situ, kitorang pegi ke Giant, beli barang jap... pastu pegi tengok acara olahraga kat Stadium Hang Jebat... ni la kali pertama aku masuk stadium ni... sangat besar ye...
Daripada stadium, kami pergi ke pusat akuatik untuk tengok renang... ni pun kali pertama jugak aku masuk pusat akuatik (menyedihkan tul idup aku nih... semuanya pertama kali... huk3...) T.T
kitorang kat situ tak lama sebab dah petang... then kitorang pun bertolak balik... akak aku gerak dulu sebab aku pusing2 kat Ayer Keroh kejap nak cari minyak RON97... then sedar2 dan 6.30 petang... makanya sebab nak cepat, aku balik ikut Lebuhraya Utara Selatan je (cuak gak lalu highway naik moto)...
Dan hujung minggu, dah busy dengan kenduri kahwin rumah jiran aku... walaupun sangat penat tapi juga sangat gembira ye... dan selepas kenduri tu, rumah aku dibanjiri dengan limpahan makanan yang banyak (belen daripada kerja kahwin)... hahaha~... makan2... makan lagi... sangat mengenyangkan ye... weeeee~~~ :D
Dah2... makin lama kat sini makin mengarut aku nnti... bye2... =)
No comments:
Post a Comment