Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Monday, June 21, 2010

Aku dan dia...

First of all, alhamdulillah, just nak beritahu, problem yg aku hadapi minggu lepas dah selesai... actually, antara aku dengan dia tak ada sebarang masalah... masalah tu cuma pada aku je... aku yang fikir bukan2 pasal dia (ada la sebab2 kenapa aku salah anggap) sedangkan sebenarnya dia takde niat pun nak buat mcmtu... dan sebenarnya aku tahu dia bukanlah orang yang macam tu... nasib baik la aku ni bukan seorang yang suka cakap secara terus terang, makanya tiadalah terjadi sebarang pertengkaran atau perselisihan faham antara kami, dan dia tak tahu pun bahawa aku telah bersangka buruk kepadanya... maafkan aku ye sebab telah sangka buruk pada kamu... dan yang paling meninggalkan kesan kepada diri aku sehingga hari ini ialah, sebenarnya dia tak pernah marah aku mengenai entri tersebut, malahan dia tak pernah baca pun entri tersebut...
**Sia-sia je aku delete entri tu... bukan senang aku nak buat luahan jujur macam tu... :(

Sangat pedih + sedih ye hati ini tatkala melalui saat2 macam tu... kadang2 rasa sedih pun ada, rasa geram pun ada... memang terkilan sangat2 masa tu sampaikan aku hilang mood nak bukak facebook dan blog nih... lalu terbengkalailah facebook dan blog aku ini selama beberapa hari... dan apabila aku dapat tahu hal sebenar, tetiba ada rasa bersalah dalam diri even dia tak tahu pun yang aku fikir dia mcm tu... tak kisahlah... yang penting kisah pahit itu sudah berlalu... dan sesungguhnya kejadian tersebut telah mengajarkan aku sesuatu yang sangat bererti bagiku, iaitu jangan suka buat andaian mengenai seseorang itu sewenang-wenangnya... weeee~....

Di kala ramai kawan-kawanku menyatakan kebosanan di kala cuti ini, aku pula merasakan kegembiraan yang tak terhingga... mungkin disebabkan beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang cuti ini yang telah meninggalkan kesan yang mendalam pada aku... dan cuti ini telah membantu mengeratkan hubungan antara aku dan dia... di kala cuti ini aku telah berpeluang untuk berada dekat dengannya, berbual-bual... amat jarang sekali untuk aku mendapat peluang sebegitu... sungguhpun begitu, aku masih belum punya keberanian untuk memberitahunya perasaan aku yang sebenar... bukan tidak mahu, tapi aku masih belum mampu untuk melakukan itu...


Kadangkala, timbul juga rasa cemburu dalam hati aku (atau dalam erti kata lain, jealous) apabila melihat kawan-kawanku yang lain berbahagia bersama pasangan masing-masing... aku cemburu sebab mereka berani untuk meluahkan perasaan sebenar mereka kepada pasangan masing2... sedangkan aku?... terus hidup sendiri, terus memendam perasaan sendiri terhadap dia... sangat sakit ye menjadi seorang yang memendam rasa... hanya Tuhan yang tahu apa yang aku rasakan sekarang... dan kerana itulah aku kini menjadi seorang yang sensitif apabila ada kawan-kawan yang sibuk dengan pasangan sehingga kurang bersama rakan... dan aku juga kurang berminat apabila diajak berbicara tentang isu pasangan atau seumpamanya... apatah lagi kalau yang sengaja tayang2 kebahagiaan mereka kat depan aku... tak... aku tak marah dan aku takkan marah... cuma aku terasa je la kat dalam hati n then jgn risau, aku just pendam sendiri je... =)

Ada kawanku yang berkata, aku ni terlalu memilih... sedangkan bukan takde orang lain yang nak kat aku... ade je yg nak... =P

Yes... aku akui itu... memang aku terlalu memilih, dan aku terlalu mengharap kepada dia seorang... tapi dalam keadaan tertentu, kita memang perlu menjadi seorang yang memilih... kerana apa? kerana apabila dia telah menjadi pasangan hidup kita nanti, kita bukan hidup dengannya untuk sehari dua dan kemudian dilepaskan... seboleh-bolehnya kita mahu hubungan yang telah dibina itu supaya berkekalan hingga ke akhir hayat... aku pernah cuba pergi pada insan yang lain... kata orang, patah tumbuh, hilang berganti... tapi yang tumbuh baru itu takkan sama dengan yang asal yang telah patah, dan yang baru itu takkan sama dengan yang asal yang telah hilang itu... kita mungkin boleh tipu orang, tapi kita tak boleh tipu diri kita sendiri... pada aku, takde sesiapa dalam dunia ni yang dapat menggantikan kehadiran dia... so, akhirnya aku lepaskan insan tersebut begitu je, lagipun insan tu sendiri yang menjarakkan dirinya drpd aku... huhu~... *bling*

Ah... sudahhh... nape tetiba entri ni jadi sayu pulak... haishhh... ni la akibat terlalu feeling semasa menaip entri... wekkkk~ :P

Saje je nak cerita, baru2 ni aku cuba ceritakan masalah aku ni pada sebuah blog pakar... berikut adalah apa yang aku taip...


Dan berikut pula merupakan balasan yang aku terima daripada seorang pembaca yang prihatin... thanks kepada beliau even aku tak kenal sapekah beliau sebenarnya... =)

Dan sekarang ini aku sedang mencari kekuatan untuk meluahkan hal sebenar yang dah lama bersarang dalam fikiran aku ni... aku tak tahu bila dan bagaimana, yang penting, dah tak tahan rasanya aku nak simpan lama-lama... semoga dia sudi menerima aku walau macam mana pun aku pada mata dia... weeee~~~~ :D

No comments: