Dua, tiga minggu kebelakangan ini, mood saye sangat2 tak stabil. Entah kenapa la, kejap o.k, kejap k.o... bila buat sesuatu ade je yang tak kena. Antara peristiwa yang berlaku akibat daripada itu ialah laptop tiba-tiba terlepas dari tangan dan jatuh ke lantai, air yang telah dipanaskan untuk memasak maggi tertumpah ke atas kaki (sakit woo~), bertambah kerap tertinggal barang (terutamanya kunci bilik yang semakin kerap melepak di bilik air), dan lain-lain lagi. Dan pastinya semua itu membuatkan saye sangat2 tertekan... itu yang rasa macam nak marah-marah je... sorry sgt2 kepada dak2 kelas saya kerana saya terlalu emosi semasa debat dalam kuliah Pn Ong pada hari Rabu 14 Julai 2010... seriously mood saye sangat teruk pada masa tu, then kamu-kamu buat perangai macam tu pulak... hambik korang kena maki dengan aku... sorry ye... =)
Dan secara tiba-tiba juga, dua minggu kebelakangan ini, saye tak dapat connect kepada line wireless iptho-jtp2 yang sering saye gunakan apabila turun ke balsis ini. Line iptho-jtp2 ni sangat istimewa di sini sebab ia agak laju dan yang paling best, x ada blocking. Maksudnya laman web yang sering saya layari seperti Youtube (untuk tengok dan download video), 4shared (untuk download lagu), Scribd (untuk download bahan bg assignment dan presentation) dan lain-lain dapat dilayari di sini. Dan line wireless ini jugalah yang menarik saye untuk turun ke balsis ini pada setiap hari sebab ia laju. Dan kini ia tak dapat diconnect lagi... maka terpaksalah saye menggunakan line WLAN-Staff yang agak (atau memang) lembab dan asik memblock laman web yang saye mahu layari, termasuklah Scribd itu. :(
kadang-kadang terasa jeles melihat kawan-kawan menggunakan broadband dan P1 Wimax. Bukan taknak beli, tapi line WiMax dah nak sampai Tangkak... so better saye tunggu dulu... nanti dah sampai Tangkak, confirm saye terus beli... hee~
No comments:
Post a Comment