Semalam kawan saya tanya, kenapa tak update blog dengan entri baru? Eh...eh... bukan taknak update. Sepatutnya semalam dan kelmarin saye mahu postkan entri ini. Tapi entah apa silapnya, saye cuma taip je, then saye save as draft. Oleh yang demikian, saye gabungkan je entri-entri tersebut ke dalam tajuk ini ye... =)
Hari Rabu, 21 Julai 2010, kelas saye terpilih untuk pergi ke seminar Anti Dadah peringkat IPT Zon Selatan. Seminar ini diadakan kat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat, Johor. Seminar bermula pada jam 8 pagi dan tamat lebih kurang jam 1 petang. Yang turut menyertai adalah dak2 kelas saye, dan 6 orang opsyen Math serta 4 orang pelajar cina. Selain itu, ada juga pelajar daripada Adtec Batu Pahat, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, dan beberapa kolej lain. Apa yang bestnya pergi seminar ni? Haha... semestinya sebab, kelas untuk hari tersebut batal... (tapi kena ganti kut... haishhh... :[ ...) ... selain itu, dapat jalan-jalan tempat orang dan dapat makan free... hee~ =P
Jam 7.50 pagi, saye sudah terpacak kat parking bas maktab sebab kalau ikut jadual, bas nak gerak jam 8 pagi. Pastu, jam 8 lebih, kami pun bertolak. jarak antara UTHM dengan IPG ini tak jauh pun, ade la dalam 20 minit perjalanan kalau tak sesak.
Dalam bas...
Sampai kat sana, tunggu kejap kat bus stop dalam UTHM tu. Apa ntah yang ditunggu, agak lama jugak. Lebih kurang setengah jam kami di situ. After that, kami dibawa ke dewan kuliah di mana seminar itu diadakan. Besar jugak dan cantik. Baru duduk dah dapat kuih. Nyum2... sangat sedap... hoho~.
Entah kenapa saye dapat tag ini... hee~ =D
Lepas perasmian, ade slot pertama. Slot ni cuma ceramah pengerusi Pengasih Johor. Best gak ceramah dia. Haha... pastu ada rehat dan diikuti dengan slot kedua iaitu forum. Lama gak, lebih kurang 2 jam. Pastu bersurai. Ada la makan tengah hari disediakan.
Dalam dewan kuliah tempat seminar diadakan...
Ambik gamba dalam dewan...
Lepas makan, saye dan kawan-kawan iaitu Haziq, Akmal dan Noly pergi bersiar-siar mengambil angin (cewah... =P) di sekitar UTHM. Besar jugak kawasannya. Tiba-tiba rasa teringin nak pergi tengok library-nya yang dikatakan sangat cantik itu. Library-nya ada tujuh tingkat kalau tak silap, maka ia dapat dilihat dari kejauhan.
Kelihatan library itu dari jauh...
Lalu kami pun berjalan kaki menyusuri bangunan-bangunan yang ada menuju ke library tersebut. Tapi malangnya, sampai kat satu bangunan yang ada Bank Muamalat, tetiba jalan mati pulak kat situ... haishhh... penat je jalan jauh2, last2 jalan mati.
Macam mana nak sampai sane ye? :(
Tak kesampaianlah hajat nak pergi ke library itu. Dan kami pun merakamkan gambar sebagai kenangan sebelum pulang ke IPG pada jam 2.30 petang... huhu~
Hari Khamis, 22 Julai 2010, tak ada apa pun yang menarik. Cuma nak cerita je setelah masuk semester ke-3 saye berada di IPG ini, hari inilah kali pertama saye menjejakkan kaki ke sebuah taman rekreasi di bandar Batu Pahat ni. Siapa tahu Tasik Y? Kalau tanya dak2 Batu Pahat, confirm mereka tahu. huhu~. Actually saye tak terfikir pun nak pergi ke sana. Itu pun sebab Mail, iaitu dak opsyen saye yg ajak. Haha. Ingatkan besar sangat tasiknya sampai dapat gelaran "tasik" tu. Rupa-rupanya tak de la besar mana pun Tasik Y tu. Nak panggil tasik pun tak sampai hati apabila melihatkan saiznya yang sedemikian rupa. Dan tak dapat dipastikan mana datang nama Tasik Y tu sebab kalau tengok bentuknya lebih kepada huruf V atau U besar. hoho~... lantaklah mereka nak letak nama apa, janji tak menyusahkan orang. hee~ :D
Ni la Tasik Y...
Petang tu, sekali lagi saye pergi ke sana. tapi kali ini bukan Mail tu yang ajak, tapi classmate dy iaitu Izzudin. Saje je nak gi test kamera DSLR dia kat sana. Dia dengan DSLR D3000 dia, dan saye pula setia dengan kamera digital Panasonic DMC-FS42 kesayangan saye ini yang sentiasa saye bawa ke mana saje walaupun hanya pergi ke pasar malam.
Dua ekor dinasour di Tasik Y...
Jangan risau. Dinasour-dinasour tersebut tak hidup ye... kalau hidup, mesti tiada entri pada hari ini... hee~ =P. Kami menghabiskan lebih satu jam kat sana, berjalan-jalan sambil merakamkan gambar. Puas la jugak bergambar sakan kat sana. hehe~...
Izzudin dan DSLR-nya... huhu~ =)
Alang-alang dah bercerita mengenai jalan-jalan ni, saye nak ceritakan satu lagi tempat yang pertama kali saya sampai setelah setahun di IPG ini iaitu Hutan Lipur Soga Perdana. Sebenarnya benda ni dah lapuk sebab dah 2 minggu lalu saye ke sana. Tapi saye saja-saja nak ceritakan mengenai hutan lipur ni.
Sekali pandang, Bukit Soga ni kelihatan macam bukit biasa je. Dan pandang dari bawah tak de la tinggi sangat. Lebih kurang 1/10 je daripada ketinggian Gunung Ledang tu kut. Tapi bila panjat terasa tinggi even takde la tinggi manapun sebenarnya. Semuanya gara-gara tangganya yang sangat curam. Ada laluan pejalan kaki dan tangga simen disediakan untuk sampai ke puncak bukit ini. Kalau kat Gunung Ledang, untuk sampai ke puncak, kita kena mendaki trek tanah dan denai hutan. tak pun, kalau nak lagi senang, bawak je 4-wheel drive lalu jalan raya sampai ke Ibusawat TELEKOM kat puncak tu. Tapi kat Bukit Soga ni, hanya trek simen disediakan. Peringkat awal trek ini sudah sangat memenatkan kerana trek yang dibina sangat curam dan berbelok-belok. Ada air terjun kecil kat sebelah trek ini.
Air terjun kecil di tepi trek...
Tangga yang sangat curam...
Sampai setengah jalan, air terjun tiada lagi tetapi trek masih curam. Sampai lebih kurang tiga suku perjalanan, tiada lagi besi penghadang di tepi trek seperti pada awalnya walaupun menyusuri tebing yang tinggi dan dalam. Kecuraman trek juga sudah berkurang, hanya ada beberapa tangga yang tinggi sahaja. Dan semakin menghampiri puncak, trek tidak curam lagi. Trek hanya seolah-olah beralun, sekejap naik sikit, sekejap turun seperti jalan raya.
Macam kat Cameron Highland pulak... =P
Sampai kat penamat, ada sebuah menara pemandangan. Bukan menara sebenarnya, ia lebih menyerupai sebuah pelantar atau platform kayu.
Platform kayu di puncak bukit.
Dari situ, kelihatanlah bandar Batu Pahat sehingga ke Minyak Beku. Sangat luas pemandangan. Dan kelihatan juga kapal-kapal sedang belayar di Selat Melaka.
Puas hati jugak dapat sampai kat atas tu sebab dari sem lepas nak naik tapi asik tak jadi. Saye mengambil masa hampir satu jam nak mendakinya sebab saye jalan biasa je. Itu pun dah semput macam nak mati. Hahaha... kalau hari-hari panjat bukit tu, mesti boleh kurus saye. =P
2 comments:
ko bleh kurus keee
Eh2... lain mcm je ayat ko tu Haziq... aishhh... ;[
Post a Comment