Mungkin bagi kebanyakan orang lain, menunggang motosikal klac ini sangat mudah. Justeru itu, bila saye post entri ini, mesti ada yang akan menggelakkan dan mengutuk saye, sekurang-kurangnya di dalam hati. Pedulik lah mereka itu... ini blog saye, suka hati sayelah nak post apa. Asalkan tak menyusahkan orang sudahlah.
Sememangnya pengalaman kali pertama ini sangat memalukan + menakutkan... pada awalnya saye takut jugak nak bawak, tapi kawan-kawan kata, caranya sama je dengan kereta manual, cuma klacnya dikawal dengan tangan... itulah yang memberanikan saye untuk mencubanya...
Tetapi, melakukan sesuatu itu lebih sukar ye daripada berbicara mengenainya. Serius, saye tiada masalah jika diminta untuk memandu kereta manual... sangat mudah untuk mengawal klacnya. Sepanjang saye memandu kereta, saye rasa saye boleh kira berapa kali enjin kereta yang saya pandu itu mati akibat gagal mengawal klac, itu pun sebab terkejut atau gelabah. Tapi kali pertama saye bawak motor klac ni... x payah kira jauh2 la, baru nak keluar pintu pagar IPG je dah beberapa kali mati enjinnye.... sampai kena gelak dengan dak2 kat ctu... aishhh... segan seyhhh... :(
Untuk memastikan pengalaman kali pertama saye itu tidak membahayakan nyawa saye dan kawan saye, dan untuk memastikan juga supaya ia tidak mengganggu kelancaran trafik, saye telah mengambil beberapa safety precautions iaitu antaranya:
1: Sentiasa menunggang di kiri jalan, selagi boleh ke kiri.
2: Menunggang dengan kelajuan 60 km/j... rasa agak janggal di situ sebab dah biasa pecut sampai 90 km/j...
3: Kalau nak belok ke kanan (terutamanya di persimpangan lampu isyarat), saye akan berhenti serapat mungkin ke divider supaya kalau enjin mati pun, kereta lain masih boleh memotong...
4: Kurangkan lalu jalan utama yang banyak kereta... nasib baik saye tahu banyak jalan lalu taman perumahan...
Sepanjang mengendalikan motor itu, rasa sangat menakutkan + cuak giler... manakan tidak, dah la kali pertama bawak, then tanpa sebarang latihan, tiba-tiba saye lalu di jalan Kluang yang terkenal dengan kadar kemalangan yang tinggi itu... dan kali pertama bawak, sudah membawa pembonceng. Cuak gile... ye la, dengan adanya pembonceng itu sudah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan dia selamat. Dan alhamdulillah, semuanya selamat walaupun asik mati enjin je... huhu~
Actually saye langsung tak terfikir nak menunggang motosikal tersebut. Semuanya berlaku secara kebetulan. Sebabnya... petang semalam, saya berasa sangat3 bosan di asrama. Ye la, selalunya pada petang Jumaat seperti itu, saya sudah berada di rumah di Tangkak tercinta ini... tetapi tiba-tiba ada kelas ganti pada hari Sabtu, maka memang sangat bosan la petang tersebut. Then, saye jumpa kawan saye ini, Mohamad Shafeeq namanya... di hostel, beliau menjalankan bisnes tambah nilai prabayar atau lebih dikenali sebagai top-up... dan petang itu, beliau perlu ke Maybank untuk mendepositkan duit untuk bisnesnya itu. Dan saye secara tanpa segan silunya menawarkan diri untuk menjadi pemandunya. Dia pun pergilah mencari motor-motor yang boleh digunakan, dan, nak ditakdirkan, itulah satu-satunya motor yang dapat dipinjam... so, redha je la... hee~ =)
No comments:
Post a Comment