Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Monday, July 26, 2010

Isnin 26 Julai...

Waktu yang sangat tak sesuai untuk blogging... kalau diikutkan, saya tak sepatutnye berada di blogger pada waktu ini, sebab ade kerja yang perlu diselesaikan dan submit pada esok pagi... tapi disebabkan rasa tension yang mendalam, so saye datang jugak ke mari...

Takde ape pun nak cerita... cuma dari pagi tadi, rasa macam ade yang tak kena je... buat Lukisan Kejuruteraan (LK) asik salah lukis padahal bukan susah sangat sebenarnya... pastu barang asik jatuh je kerjanya... kejap set square jatuh, henset jatuh, pen jatuh, pastu MP3 jatuh (kes dengar MP3 dalam kelas la ni)... pendek kata, semua barang yang ade atas meja tu nak jatuh ke lantai... nasib baik laptop tak jatuh... :P...

Lukisan saye yang hampir siap... =)

Time makan tengah hari, ade orang call... time dy call tu, nama x keluar sebab nombor tu saye tak de save... bila jawab call tu, tetiba orang di sana bertanya, "Ni Hazman kn?"... aishh... sape pulak ni... saye pun jawab "ye"... then dy tanya, "Awak kat mana sekarang?"... Tanpa fikir panjang saye jawab, "Kat Batu Pahat"... mungkin tu sedara-mara nak datang jumpa ke... tetiba je orang di sana gelak kuat gila, rupanya yang call tu lecturer... serius saye tak pernah dengar beliau gelak macam tu... huhu~... rupanya dy nak jumpa saye kat bilik pensyarah... hahaha~... malu gile... (-.- !)

Then, saye gi jumpa dy, maka dapatlah satu tugas yang agak sukar juge, iaitu tolong edit video... x susah sangat sebenarnya, cuma saye tak biasa, jadi agak pening2 jugak la... nak crop video tu x susah, yang jadi pening tu sebab nak cari software untuk convert format dy tu je... dan semasa entri ini ditaip pada jam 10.50 ini, ia masih belum selesai, sedangkan esok pagi perlu hantar... aishhh... pening2....

Yeah2.... hilang sikit tension bila dapat menaip di sini... sekarang nak sambung kerja... caiyuk2... wee~ :D

1 comment:

ahmad aizat said...

haha...aku ade kat bilik pensyarah mase lecturer tu call ko...

aku pon x penah tengok die gelak camtu...haha