Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Saturday, July 31, 2010

Mat Motor kerek... =P

Hari ini saye nak kongsi satu cerita... bila ingat2 balik peristiwa ni, rasa nak gelak ada, rasa geram ada... macam-macam rasa adalah... huhu~...

Petang tadi, saya menunggang motosikal sendirian ke Bandaraya Tangkak yang tercinta ini. Hajat hati cuma satu, nak beli DVD dan saje2 jalan-jalan sementara menunggu orang kedai buku siap memfotostat kertas-kertas emak saya sebanyak 400 helai itu. Ok... kita straight to the point ye... sampai di satu persimpangan lampu isyarat, timer menunjukkan 40 saat lagi untuk lampu bertukar hijau. Saya pun berhenti dekat garisan berhenti tu. Tiba-tiba entah dari mana, datanglah dua mat motor ni berhenti kat sebelah saya. Timer ada lagi 25 saat nak hijau, tapi mat motor ni sibuk pulas2 throttle (pulas minyak) motor mereka... nak tayang hebat la tu lagaknya. Ye la... diorang naik motor LC yang selalu orang bangga-bangga tu, kira macam nak tayang hebat la. Pastu bila saya toleh, diorang pandang saya dengan pandangan semacam... ooo... sungguh kerek ye korang pandang aku... mentang2 korang naik LC, aku bawak Suzuki je, korang nak pandang aku gitu ye... haishhh...

Nak dijadikan cerita, lampu tu hijau je, saye terus pulas minyak motor saya, dan nak tahu apa terjadi?... haha... mat2 motor dengan motor LC mereka yang mahal dan hebat itu tertinggal jauh beberapa tiang (bahasa mat rempit) di belakang motor Suzuki saye... haha... tu la... lain kali jangan pandang orang sebelah mata... kan dah kalah LC korang. xpe2... jgn sedih2, esok pagi korang gi humban LC korang tu dalam gaung ye... huhu~ =P

No comments: