Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Saturday, June 5, 2010

Konvokesyen IPG KTHO 2010...

Ini adalah entri pertama aku setelah berjaya buat networked blog... hehe~... agak gembira juga sebab berjaya buat tanpa bantuan sesiapa (walaupun awal2 rasa nak give up gak...)... Kiranya entri ni adalah percubaan pertama aku la ni... Kalau anda boleh baca entri ini di fb aku, maknanya da berjaya la tu... huhu~ :D

Ok2... kita tinggalkan bendealah itu... itu cuma selingan... sebenarnya aku nak cerita, pada hari Khamis (3 Jun 2010) yang lalu, IPG Kampus Tun Hussein Onn telah mengadakan majlis konvokesyen... ok... kali ni aku beritahu bahawa konvo kali ni adalah kali ke-17... bagi maktab la, tapi bagi aku, ni la kali pertama aku terlibat dalam persiapan konvokesyen... sangat busy ye sebab 3 hari sebelum konvo baru la start buat persiapan... tapi sebusy mana pun aku, aku tahu masih ada insan lain yang lebih busy daripada aku... cian diorang ye... huhu~ =)

Semasa konvo tu, aku dan rakan-rakan sekelas telah diberi tugas menjaga khemah jamuan untuk graduan dan ibu bapa... mula-mula rasa berat gak bila dapat tugas tu... manakan tidak, khemah jamuan terletak kat tengah2 tempat letak kereta, dengan cuaca yang panas... aiseyy... tapi bila aku tengok kelas lagi satu yang bertugas menjaga tempat makan VIP kat balsis, aku merasa lebih bersyukur... hua3... Balsis = balai siswa...


Sebahagian daripada budak2 kelas aku... sila bangga muka anda ada di sini ye... =)


Sebahagian mereka2 yang turut membantu... thanx2... :D

Nak tau kenapa? Sebab tugas kami kat khemah jamuan tersebut agak santai berbanding kat balsis tu... sebabnya, kami hanya perlu memakai baju batik (memang pakaian yg biasa aku pakai masa kuliah hari Khamis)... berbanding yg menghidang kat balsis, diorang kena pakai seragam... mungkin kelihatan lebih smart dan seragam berbanding kitorang, tapi aku agak kurang menggemarinya... huhu~...

Cikgu2 yang hensem... =P

Ramai juga ibu bapa dan ahli keluarga yang datang bersama graduan2... penat nak melayan diorang.... nasib baiklah kami ramai, so penatnya tu tak de la terasa sangat... dan buat kerja ramai2 lebih seronok... betul tak?

Lebih kurang jam 1 lebih, jamuan pun tamat... ibu bapa dan orang2 yang datang makan pun dah kurang... bila semua dah takde, maka kitorang pun mengambil kesempatan meneguk air2 yang ada dan melantak (bahasa kasar bagi makan) segala makanan yang ada... bukan setakat makan, malah siap tapau lagi... tapau = bungkus ye...

Sebelum balik bilik, sempat la jugak aku singgah dewan Budiman di mana konvo diadakan... serius aku terkejut beruk (terkejut badak pon buleh gak... :P)... hiasan pentas pada hari tu memang sangat cantik... tak penah aku tengok maktab ni hias pentas secantik tu... (rasa mcm nk puji, mcm nk perli pun ade)... haishhhh... sangat cantik ye... macam tak percaya ianya dibuat dalam tempoh kurang daripada 48 jam...

Dewan yang besar...

Aku bernasib baik sempat merakamkan gambar ini... kenapa?... sebab tak sampai 10 minit lepas aku rakam gambar2 tersebut, ada orang datang ambik bunga2 tu untuk dibawa balik (bunga sewa rupanya).... hahahaha.... kebanyakan barang untuk hiasan tersebut (selain daripada hak milik maktab dan yang disewa) dipinjam daripada Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP)....


Posing2 di dalam dewan yang cantik... (",)

OK... tamat sudah kisah konvo tahun ini... bye... =)

3 comments:

(",anahraF said...

aku tadew pom ?
tacink ~

Hazman Amini said...

Ala... jgn la tacing kalau gamba takde... aku mana la sempat nak check gamba tu satu2 nk bagi lengkap semua org ade... kn aku ade tlis "rakan-rakan sekelas" tu... kira semua ade le... huhu~ =)

(",anahraF said...

HAHA .
gurau jewp .
tkpe takesa pom .