Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Wednesday, June 2, 2010

Dua hari asyik berjalan...

Minggu ini maktab sangat sibuk dengan persiapan untuk majlis konvokesyen yang entah kali ke berapa (sorry x ingat)... tapi setiap hari adalah hari gotong royong... walau bagaimanapun, itu tidak menghalang kami daripada berjalan-jalan@bersiar-siar...

Cuti Hari Wesak baru-baru ni, dak2 aras aku ramai yang pegi ke Mersing... hampir kesemua jugak la... yg tak pegi cuma yg macam aku, balik umah ujung minggu... tapi tak pergi sana tak bermaksud aku rugi ye... sebenarnya aku rasa bernasib baik kerana tak pergi... ada la sebab-sebabnya... lagipun bukannya aku tak diajak... ada yang mengajak, tapi aku tolak sebab aku rasa lagi penting untuk aku balik Tangkak yang tercinta tu... so tak payah la jumpa aku dan berkata, "rugi la ko tak pegi aritu... " atau yang sewaktu dengannya... huhu~

Hari Isnin, 31 Mei 2010, aku telah melalui satu perjalanan jauh yang langsung tidak dirancang... jam 2.15 petang, aku dikejutkan oleh kawanku, meminta aku memandu ke Tenang... dia nak ambik barang kat rumah... aku ni kalau bab2 memandu memang aku suka sebenarnya (walaupun agak cuak setelah peristiwa sem lepas)... so, aku terus bangun dan bersiap... lebih kurang jam 3.25, kitorang pun bertolak menaiki kereta yang disewa daripada senior... jauh gak perjalanan, dalam lingkungan 70 km lebih la... 3.45 kitorang da meninggalkan Batu Pahat, lalu Parit Yaani, Yong Peng, Labis dan sampai ke Tenang dalam pukul 5 petang... mak kawan aku tu terkejut sebab selalunya perjalanan ambik masa sejam lebih... aiseyyy... kantoi bawak seratus lebih... haha~ :p
Time balik, gerak lebih kurang pukul 6.15, tapi aku cuba jalan lain... sampai Yong Peng, aku terus menghala ke Ayer Hitam... dan aku telah melakukan satu perkara yang aku dah lama nak cuba lakukan... iaitu memandu di lebuhraya... oleh itu, aku telah masuk ke exit Yong Peng (S)... time ambik tiket transit tu rasa macam tak percaya je... ye la... tak pernah drive kat highway... teruja gak... best3... kat highway, driving agak santai sebab jalan lebar... huhu~... memandu lebih kurang 18 kilometer, aku keluar kat exit Ayer Hitam, kena bayar tol RM2.20... tak kisah la, yang penting dapat pengalaman... bukan senang nak dapatkan pengalaman tu, ye tak?... dah alang2 lalu Ayer Hitam tu, kitorang singgah la kat pekan tu, beli buah sikit2 dan keropok...

Pekan Ayer Hitam... banyak jual keropok, jajan, buah-buahan, sayur-sayuran, bantal-bantalan, bunga-bungaan, barangan tembikar, dan lain-lain lagi...

pastu kitorang teruskan perjalanan, singgah BP Mall jap, dan balik ke maktab... itulah pemanduan jarak jauh yang pertama bagi aku... =)

Semalam ada kawanku ajak gi KL (Kuala Lumpur)... entah nape tah, aku pun tak tahu... tapi last2 aku x jadi pegi sebab dia kata diorang nak balik keesokannya...

Malam tadi, kawan yang lain ajak pergi makan mi racun... (bukan dia ajak sebenarnya, aku yang nak menyelit dalam kereta dia... huhu~ )... :p

Pernahkah kamu makan mi racun?

Inilah mee racun... (",)

Mi ni sedap jugak... tapi disebabkan aku tak suka makan makanan yang panas, so aku makan agak lambat... dah makan mi racun, makan roti telur pulak... last2 perut ni seolah-olah nak meletup je... haha~... lepas makan, kitorang pegi Carrefour Batu Pahat... solat Isyak jap kat surau kat situ... dan masa ni la spek mata aku pecah lagi sebab terjatuh masa ambil wudhuk... aiseyyy.... dugaan2... =(

Lepas solat, kitorang naik ke Square One kat sebelah Carrefour tu... kalau pegi Square One ni, takde bende lain yang aku cari, memang nak karaoke je la kejenya.... seronok3... :D


Karaoke sangat seronok sampaikan kami tak perasan masa sudah pukul 10.30 malam... keluar dari karaoke tu, Square One da suram da (dah tutup la maksudnya)... yg masih beroperasi hanyalah pusat game, karaoke dan wayang MBO kat aras 3 je... so kena turun ikut tangga kecemasan yang tidak bergerak itu... huhu~... dan kawanku itu terpaksa memecut untuk mengejar masa memandangkan jam 11 malam, pagar maktab akan ditutup... hua3... nasib baik sempat...

No comments: