Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Saturday, June 12, 2010

Jaga jarak kenderaan yang selamat... (",)

Arini dah ari Sabtu... maksudnya dah seminggu lebih cuti berlalu... ape je yang aku buat seminggu kat rumah?... jgn tanya... aku sangat bosan di sini... kawan2 yang masuk universiti semua dah abis cuti... nak jumpe tak leh... haiii... ape le nasib budak maktab...

Saje je nak cerita, tadi petang aku gi Jasin... saje je jalan2 tengok tempat SUKMA 2010... kat Dewan Alamanda Jasin ada acara tinju... tahu tak kat mana dewan Alamanda tu?... dewannya terletak kat sebelah Stadium Jasin, kat jalan ke Kelubi... pegi la tengok kalau rajin... kui3... =)

Selamat Datang ke Sukma Malaysia XIII Melaka 2010...
Lokasi : Lebuh AMJ, berhampiran Parit Putat, Sg Rambai...

Jagalah jarak kenderaan yang selamat semasa memandu/menunggang...

Tadi aku gi Jasin, ikut belakang sebuah kereta... masa nak menghampiri satu lampu isyarat kat Sekolah Tun Perak, Jasin, dari jauh nampak lampu tu menyala hijau... maka kereta depan aku ni maintain je speed beliau... begitu juga aku dan seorang penunggang motosikal sebelah aku... tapi bila dah dekat, rupanya yang hijau tu lampu belok... lampu untuk terus tu merah (lampu ini terlindung daun pokok)... tetiba je kereta depan tu brek... time tu aku tak terfikir nak mengelak ke, ape ke... yang aku terfikir cuma brek kuat2 je.... maka terseretlah tayar belakang motoku... nasib baik aku mengamalkan jarak kenderaan yang selamat, maka terselamatlah aku daripada merempuh bontot kereta itu... cewah... bila tengok balik, lagi beberapa cm (sentimeter) je nak hentam kereta tu... ah, sangat3 beruntung... alhamdulillah setinggi2 syukur... tetibe je terbayang accident yang aku alami tahun lepas... =(

Adeh... terkendon aku... menggeletar jap badan aku... cuak giler...
Terkendon = tergamam...

Aku toleh belakang, kat atas jalan, berbekas kesan brek sejauh lebih kurang beberapa meter... mana tidaknya, speed time tu lebih kurang 60 km/j kut... huu... tapi bukan itu yang menyebabkan aku cuak@terkendon... aku cuak sebab rupanya ade polis trafik kat belakang aku masa aku brek emergency tu... ah... sudah... polis tu berenti kat sebelah aku, dy tegur aku...

"Kuat brek bang"... katanya...
"Terkejut, x perasan tadi tu hijau belok"... aku jawab...
"Nasib baik tak hentam kereta depan tu"... dia cakap kat aku...
Aku gelak je time tu... hu3... leh gelak lagi kan... nasib baik tak kena saman... =P

hahaha... maka, moral of the story is, jagalah jarak kenderaan yang selamat ye... ingatlah orang yang tersayang... =)

Aku sebenarnya sangat3 bengang dengan orang yang renovate umah aku nih... dah dekat sebulan sejak kerja2 pembinaan bermula, tapi tak siap2... dan tiba2 aku tengok aritu, pekerja dia datang ambik barang2 spt bekas bancuh simen, gerudi dan segala barang2 diorang... macam dah taknak sambung kerja lagi je... maka yang tinggal hanyalah barang2 seperti simen berkampit2, sisa2 dinding dan garaj depan yang telah dipecahkan, mozek yang belum dipasang, serta kayu kayan projek... entah bila diorang nak sambung kerja, aku pun x tau... semasa entri ni ditaip, dah 3 hari diorang tak datang kerja... padahal banyak kerja yang boleh dibuat... cthnya lepa pagar depan ke, dll... aish... dan ini telah menyebabkan aku sangat3 bosan semasa cuti panjang begini... ye la... selalunya time2 cuti ni ade je tempat mak ayah aku ajak gi mana2... tapi sekarang, dengan tembok pagar yang belum siap, pintu pagar pun belum pasang, atap pun berlubang... kalau tinggal rumah macam ni, senang2 je orang nak masuk... dah la rumah semak gila dengan sisa bahan binaan, bilik air belakang pun tak siap lagi... ah... takkan cuti aku habis macam ni je... OIII!!! CEPAT LA SIAPKAN RUMAH AKUU!!!!!!!!!!! (T.T)

1 comment:

Asip said...

slase or rabu t pg sukma la wey
kt pdg poli merlimau
ade ragbi
jom la wey
aq nk g dgn mmbe aq
g skali jom