Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Saturday, May 29, 2010

Resepi hari ini... (",)

Pernahkah kamu mendengar D.A.D.I.H ?

Pernahkah kamu membeli D.A.D.I.H ?

Pernahkah kamu makan D.A.D.I.H ? (Bukan dadah ye)... ;)

Saje je nak cerita, tadi aku makan dadih... S.E.D.A.P... huhu~... tahukah anda apa itu dadih? Dadih tu adalah sejenis makanan yang seakan-akan jeli dan mempunyai pelbagai perisa... rupa dia lebih kurang macam ni...

Dadih homemade... dibuat di rumah aku... huhu~

Pada yang tak biasa makan atau yang pertama kali makan, mungkin akan merasa geli nak makan bendalah ni sebab kelembikan dan keadaan dadih ni... tapi percayalah, dadih ini memang sedap... makan sekali nak lagi... haha~ :D

Susah ke buat dadih ni?... haa... entahlah... kalau buat ikut cara tradisional mungkin agak sukar kut... kalau nak senang, buatlah dadih anda menggunakan bahan ini...

Serbuk dadih buah-buahan... yg ni perisa coklat ye... =)

Dalam benda ni dah siap dengan perisa dan segala2 ye... so tak payah la susah2 lagi nak buat itu ini...

Oh... tidak... ade yang sudah mula merasa geli... ok2... kita tinggalkan isu dadih itu ye... =)

Tadi aku telah belajar membuat begedil yang sedap... even agak kurang menjadi sebab first time buat, tapi ia tetap sedap... setelah berhempas pulas, maka hasilnya adalah begini...

Nyum2... sedap... ;)

Tahukah kamu apakah bahan2 yang diperlukan untuk membuat begedil yg sedap ini?

Bahan-bahannya ialah:
- Kentang
- Daging yg dicincang (nak lagi senang, beli je daging kisar jenama Ramly kat pasaraya)...
- Serbuk ketumbar
- Serbuk lada sulah (jgn letak banyak2 ye)...
- Telur... jangan lupa asingkan putih dan kuningnya ye...
- Daun bawang...
- Sedikit tepung gandum...
- Sedikit garam...

Inilah daging kisar Ramly.... boleh didapati di pasaraya2... :)

Cara membuat (kalau ikut cara aku la... )... :p

1: Rebuskan kentang hingga lembut...

2: Masukkan daging kisar ke dalam periuk kentang tadi dan rebus lagi sampai daging lembut...

3: Sementara daging dan kentang direbus, masukkan serbuk ketumbar, serbuk lada sulah dan sedikit garam ke dalam sebuah mangkuk dan gaulkan...

4: Masukkan kuning telur ke dalam mangkuk itu dan gaulkan lagi sehingga sebati...

5: Toskan kentang dan daging yang direbus itu... masukkan ke dalam mangkuk tadi dan gaul lagi...

Tos = tapis... =)

Yang sebelah kiri itu bukan minyak masak ye... itu adalah putih telur... (",)

6: Kalau rasa2 bancuhan tersebut agak lembik bolehlah letakkan sedikit tepung ye... (jangan banyak sangat, nanti jadi jemput2 pulak... hee~ )... :p

7: Bentukkan bulat2 atau bentuk2 yang anda rasa mudah...

8: Celupkan ke dalam putih telur dan goreng...

9: M.A.K.A.N... :D

Mintak maaf ye... sukatan bahan2 tak dapat ditulis kerana aku pun main hentam je buat... x yah sukat2 nih... huu~... kalau nk tau lebih lanjut, silalah search kat encik Google ye... =)

3 comments:

(",anahraF said...

waa abgman daa pandai masak laa .
yeay !

Khai said...

man..resepi len xde kew??..
haha..kek coklat kew??..XP

Hazman Amini said...

Ana - takde la pandai sangat... bru nk blaja nih... huhu~ =)

Kerol - kek coklat? alamak... kek coklat pun aku pakai tepung kek je... siap semua dalam pek tu... aisehh... *malu*... huu~ :p