Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Friday, April 2, 2010

PROBAG Mac 2010...

Maaf jika entri ini terlalu panjang... harap sudi baca ye... (",)


Baru-baru ini IPG Kampus Tun Hussein Onn telah mengadakan program PROBAG. PROBAG adalah singkatan daripada Program Bakti Guru. Program ni sebenarnya adalah program tahunan untuk IPG Kampus Tun Hussein Onn ni... ianya lebih kurang sama je dengan program anak angkat yang selalu dijalankan oleh IPT lain (atau mungkin memang sama kut...)...


Program kali ni dikatakan agak lain daripada tahun-tahun sebelumnya sebab ia melibatkan beberapa buah kampung iaitu Kampung Serom 1, Serom 3 dan Bukit Kangkarberbanding sebelum ni yang hanya melibatkan satu kampung je... dan untuk PROBAG 2010 ni, aku telah berkesempatan untuk menyertainya... seronok3!!!... huhu~ (",) ... berikut merupakan perjalanan program yang aku ikuti tu...

**************************************
SABTU 27 MAC 2010

Seawal jam 7.30 pagi lagi kitorang dah berkumpul dekat tempat parking bas maktab. Bila semua dah sedia, kitorang pun bergerak dengan dua bas maktab. Perjalanan lalu ikut jalan Kangkar Senagar, terus ke Pagoh dan singgah makan kat warung kat situ kejap. Da siap makan, perjalanan diteruskan lalu Panchor, Bukit Gambir dan sampailah ke Serom lebih kurang pukul 11. Destinasi pertama ialah SK Serom 3... kat sinilah majlis perasmian dan penyerahan anak angkat dijalankan. Sampai je kat situ, kitorang terus sediakan pameran. Sebelah petang majlis penyerahan dijalankan. YB Hamim, Ahli Parlimen Ledang pun datang waktu majlis ni. Aku dan roomate aku, Irwan dapat jadi anak angkat En. Ahmad bin Guna'at dari Kampung Serom 1. Lepas majlis penyerahan kami terus bergerak ke rumah.

Inilah rumahnya... (",)

Petang tu aku cuma duduk berbual-bual dengan nenek ngan atuk je. Seronok jugak borak dengan mereka. Banyak benda yg mereka cerita. Tapi tak dapat duduk lama-lama. Lepas maghrib, aku ngan Irwan kena pergi masjid Serom 3 sebab ada ceramah. Lepas ceramah dan solat Isyak, kitorang terus pergi sekolah Serom 3 kat sebelah masjid tu sebab ade program untuk malam pulak. Malam tu ade program Bakat Desa je iaitu pertandingan Karaoke. Kalau bukan sebab aku datang pakai baju melayu malam tu mesti aku dah masuk... kah3... :D .. tapi aku tak lepak sana lama-lama. Dalam pukul 10 pakcik Azam ajak pergi Sungai Mati makan mee bandung Muar yg famous tu... dan lepas tu balik rumah semula. Malam tu memang sangat3 penat... oleh itu lebih kurang pukul 12 lebih aku dah tertidur.

**************************************
AHAD 28 MAC 2010

Hari ni hari kedua PROBAG. Dan hari ni juga adalah hari yg istimewa bagi aku... nak tau kenapa? Cuba tengok tarikh tu betul2... ya... tarikh lahir aku... pertama kali jatuh pada hari Ahad atau hari cuti setelah 5 tahun (atau mungkin lebih)...

Hari ini ade program Juara Rakyat kat Kampung Serom 3. Juara Rakyat ni program gotong royong je sebenarnya.

Dalam buku program tu tertulis program ni diadakan kat padang rakyat Serom 3. Disebabkan x tahu, aku dan Irwan dan pakcik Azam pergi kat padang sebelah sekolah Serom 3 tu. Tapi lengang semacam. Rupanya tempat majlis tu jauh ke dalam Kampung Serom 3 tu. Dan bukan padang, cuma satu kawasan yang baru dibersihkan untuk dibina taman permainan. Jadi, kiranya peserta PROBAG ni datang cuma untuk membantu membersihkan je... haha~...

Sebelah petangnya, kitorang kena alihkan barang pameran ke SMK Tengku Mahmud Iskandar, Sg Mati sebab pameran pada hari ketiga dan terakhir akan diadakan kat sana. Ikut perancangan, pukul 1 kena berkumpul kat SK Serom 3. Jadinya, seawal itu kitorang dah tercongok kat situ. Tapi tunggu punya tunggu, sampai satu setengah takde sorang pon datang. Yang ada cuma aku, Irwan dengan sorang lagi (nama tak ingat... sori yep...)... sampai tertidur aku kat dalam kelas kat situ... ish2... kul 2 lebih barulah nampak batang idung masing2... sepanjang petang tu aku berada kat SMKTMI untuk sediakan tempat pameran bersama-sama mereka yang lain walaupun ade sukaneka kat SK Serom 3. Petang tu Encik Azam balik ke rumah dia kat Melaka.

Malam tu lepas maghrib ada penduduk buat tahlil. Aku pergi dengan Irwan. Sepatutnya ada peringkat akhir Bakat Desa kat SK Serom 3 tapi aku tak pergi sebab takde transport. Jadinya aku duduk2 je kat rumah sambil borak2 dengan keluarga angkat aku... dan malam tu aku aku sempat jugak bukak facebook dengan laptop yang aku bawa sentiasa nih... dan nasib baik juga Irwan bawak broadband dia sekali... penuh facebook aku dengan ucapan hari jadi... huhu~... thanks ye kepada yang menghantar ucapan... (",)

**************************************
ISNIN 29 MAC 2010

Hari ketiga PROBAG. Pagi ni sepatutnya ada pameran kat SMKTMI. Irwan demam. Jadi dia tak pergi. Encik Azam pun takde. Nasib baik ada rumah ketua kampung selang beberapa rumah dari situ. Ketua kampung tu pun ambik anak angkat gak iaitu Rafi, Aizzat, Labu (nama betul x igt) ngan lagi sorang (nama x ingat gak)... diorang gi naik kereta. Pagi tu aku yg drive ke sana. Sampai kat sekolah lebih kurang pukul 8 pagi. Daripada parking ke tempat pameran agak jauh. Segan jugak la menghadap murid-murid yang ramai tu... bukan apa... tak biasa... selalunya aku masuk ke sekolah sebagai murid atau pelajar je... tapi kali ni rasa lain macam plak, macam dah jadik cikgu sebenar... hua3... Pameran berlangsung sampai pukul 2 petang... seronok jugak melayan kerenah anak-anak murid nih... cewah... haha... :p ...
Buat begini dan begitu... huhu~ :D

Disebabkan pameran habis agak lewat, makanya semua terpaksa ikut untuk lawatan ke Bukit Kepong. Lawatan tu sebenarnya untuk penduduk kampung tapi ramai yang daftarkan anak-anak je... nanti takde sape pulak nak jaga anak-anak tu...

Makanya dalam pukul 2.30 petang kitorang pun bertolaklah untuk lawatan tersebut. Ramai gak penduduk yang ikut, kebanyakannya budak-budak. Pada mulanya bas tu bawak pergi kat Makam Sultan Alauddin Riayat Shah je kat Pagoh sebab kitorang kene pergi gotong royong maulidurrasul petang tu. Takut tak sempat balik pulak.


Tapi last2 jadik jugak pegi Bukit Kepong. Takde ape pun nak cari kat sana. Cuma pergi melawat Balai Polis Bersejarah tu je. Pastu lepak2 tepi Sungai Muar sebelum kembali ke Serom lebih kurang pukul 4 lebih.


Dan kesudahannya kitorang tak pergi pun gotong-royong petang tu sebab masing-masing sudah kepenatan.

Sebelah malam ade ceramah Maulidur Rasul kat Masjid Serom 3. Ceramah start jam 9 malam dan tamat lebih kurang kul 12. Masa aku smpai kat rumah tu, semua dah tidur, nasib baik Irwan tak gi... leh la dy bukakkan pintu rumah malam tu... huhu~ :D

**************************************
SELASA 30 MAC 2010

Hari ni hari last pameran dan hari last PROBAG. Aku gerak ke SMKTMI jam 8 pagi. Irwan tak pergi lagi sebab dia masih demam. Pameran masih lagi meriah walaupun dah hari kedua diadakan. Dan hari ini juga Pengarah IPG Kampus Tun Hussein Onn datang melawat pameran. Pameran ditutup dan siap kemas waktu tengah hari lebih kurang pukul 1. Pastu kitorang pun balik rumah masing-masing.

Sampai kat rumah, Encik Azam dah sampai dari Melaka. Dia balik untuk majlis penyerahan semula anak angkat. Majlis penyerahan ni diadakan kat SMKTMI juga. Tengah hari tu sempat la juga aku makan kat rumah tu dan berbual-bual lagi.

Sebelum bertolak ke SMKTMI, sempat juga aku ajak mereka bergambar. Saje je buat kenangan. Dan yang terkejutnya Encik Azam siap belikan hadiah lagi untuk kitorang. Thanks Encik Azam. Aisehmen... rindu la pulak... huhu~ (",)

Inilah keluarga angkat aku... (",)

Majlis penyerahan berlangsung lebih kurang jam 3 lepas siap kemas semua barang naik atas lori. Lepas majlis tu, kitorang bersalam-salam dengan Encik Azam sebelum kitorang naik bas untuk balik maktab.
Hadiah yang Encik Azam bagi... thanks... (",)


Naik bas untuk balik maktab...

**************************************

Dan dengan itu tamatlah Program Bakti Guru 2010 ni... dan ia sememangnya satu pengalaman yang amat berharga bagi aku walaupun tak balik ujung minggu tu... dan semestinya aku akan ikut program-program seumpama ini pada masa akan datang jika berkesempatan... hoyeh2... (",)

2 comments:

neechee said...

yelaa . orang pergi probag kann ..

Hazman Amini said...

Napekah? Jeles ke? hee~... lek r... lain kali leh ikut skali... :D