Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Saturday, April 10, 2010

Maulidur Rasul 1431H/2010M

Entri ini di"copy" dan di"paste" serta di"edit" daripada karangan tugasan Bahasa Melayu aku... jadi ayatnya agak formal ye...

**********************************************

Pada 9 April 2010, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul untuk tahun 1431H/2010M. Majlis ini telah disertai oleh semua pelajar dan pensyarah institut ini yang beragama Islam. Majlis sambutan Maulidur Rasul kali ini juga telah mencatat sejarah kerana menjadi majlis pertama yang dijalankan di dalam dewan yang baru diubahsuai dan dinaik taraf . Dewan tersebut baru dinaik taraf menjadi lebih cantik dan dilengkapkan dengan sistem pendingin hawa dan sistem audio yang baru dan seterusnya diberi nama Dewan Budiman.

Sambutan ini telah dimulakan pada kira-kira jam 8 pagi. Para pensyarah dan pelajar-pelajar telah berkumpul berhampiran pintu masuk institut seawal jam 7.50 pagi lagi untuk menjayakan sambutan tersebut. Mereka memakai baju melayu bagi lelaki dan baju kurung bagi perempuan. Suasana sangat meriah pada ketika itu dengan pakaian yang berwarna-warni. Sambutan Maulidur Rasul ini telah dimulakan dengan perarakan pensyarah dan pelajar daripada pintu masuk institut, melalui jalan mengelilingi maktab dan terus ke Dewan Budiman. Sepanjang perarakan, para pelajar dan pensyarah telah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dengan begitu bersemangat sekali. Walaupun matahari agak terik pada ketika itu namun itu tidak sedikit pun melemahkan semangat mereka untuk menjayakan sambutan yang mulia ini.

Selepas perarakan, semua pelajar dan pensyarah beragama Islam telah masuk ke dalam dewan. Para pensyarah duduk di atas kerusi yang disediakan manakala para pelajar duduk di atas tikar yang telah dibentangkan di atas lantai. Majlis di dalam dewan dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Selepas itu, telah diadakan bacaan berzanji oleh beberapa orang pensyarah dan diikuti dengan semua pelajar dan pensyarah berdiri untuk berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kemudian, kumpulan nasyid institut telah membuat sebuah persembahan nasyid.

Selepas persembahan nasyid, maka tibalah acara kemuncak iaitu ceramah Maulidur Rasul. Ceramah ini telah disampaikan oleh Pegawai Agama Daerah Batu Pahat yang telah dijemput khas untuk majlis ini.

Selepas selesai ceramah Maulidur Rasul tersebut, makanan telah diedarkan. Makanan berupa nasi minyak dan lauk itu telah diberikan kepada semua pelajar dan pensyarah IPG Kampus Tun Hussein Onn ini. Makanan tersebut telah dibungkus di dalam bekas polisterina untuk memudahkan pengagihan dan hanya ketua opsyen sahaja dipanggil untuk mengambil makanan bagi pihak pelajar kelasnya.

Sekian...

No comments: