Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Tuesday, March 23, 2010

Trip to Penang... (",)

Sepertimana yang dirancangkan, pada hari Jumaat 19 Mac 2010, aku dan keluarga bergerak ke Pulau Pinang. Wah... seronok sungguh jalan jauh. Dah lama tak pergi sana. Jadi aku ikut juga walaupun sebenarnya aku nak menghabiskan sisa-sisa cuti itu di rumah...

Pada petang Jumaat, kitorang bertolak dari rumah lebih kurang pukul 5.30 petang. Perjalanan memakan masa lebih kurang 9 jam melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Penat ye duduk lama-lama. Sakit pinggang dibuatnye... haha~...

Berhati-hati di lebuh raya...

Aku paling suka masa lalu kat Terowong Menora kat Ipoh-Kuala Kangsar tu... setiap kali lalu sini aku tak pernah tertidur... atau kalau da tidur sepanjang jalan, sampai sini aku mesti terbangun... heheee~... Sepanjang lebuh raya, aku rasa kat area sini je pemandangan dia lain sikit sebab menyusur lalu tebing bukit yang tinggi sebelum masuk ke terowong merentas bukit... of course telinga akan rasa sebu sebab kita akan lalu kat tempat tinggi... kat sini akan kelihatanlah treler-treler bergerak dengan amat perlahan sebab tak larat nak naik bukit yang curam tu... huhu~


Setelah perjalanan yang panjang, akhirnya sampai jugak kat Jawi. Keluar dari Plaza Tol Jawi, kitorang terus ke Rumah Rehat Jawi Inn sebab jam da pukul 1 lebih pagi. Aritu tak masuk ke Pulau sebab konvo along aku buat kat USM Trans-Kerian. Disebabkan aku tak tidur sepanjang 9 jam perjalanan tu, maka bila masuk je bilik sewa, terus aku terlelap... huhuhu~ :p

Pagi Sabtu aku bangun lambat sebab penat jalan jauh hari sebelumnya. So lepas ikut hantar along aku ke USM Trans-Kerian, aku balik bilik sewa semula nak siap2... hee~... konvo along aku abis lebih kurang jam 1 kut... aku pun x tau sangat ape yg terjadi sebab aku tak masuk dewan konvo tu...

Lepas konvo dan lepas check-out dari Jawi Inn, kitorang bergerak ke Pulau Pinang pulak... seronok sungguh...


Aku rase kali ni dah kali ke berapa entah aku pergi Pulau Pinang, aku pun tak ingat tapi kegembiraan bila nak pergi tu tak pernah hilang... Pulau Pinang sememangnye seronok ye untuk disinggahi... bak kata iklan Astro, macam-macam ada (walaupun rumah aku xde astro)... haha~...

Sampai kat pulau da agak petang, so tak banyak tempat yang disinggahi... cuma pergi kat Taman Botani je jalan-jalan kejap... kat Taman Botani ni ade satu tumbuhan pelik yang aku tak penah jumpe sebelum nih... tak tahu la pula sama ada kamu-kamu pernah jumpe atau tidak...

Inilah pokoknya...




Rupa buah pokok tersebut...

Lepas jalan-jalan kat taman botani tu, kitorang pun bergerak ke rumah along aku kat Gambier Height. Saje duduk-duduk kejap merehatkan diri... lebih kurang kul 9 malam aku jalan-jalan kejap pegi Chowrasta Bazaar... apekah itu?... Chowrasta tu tempat orang jual-jual segala macam jeruk dan buah pala serta salak... pergi sana naik motor je dengan adik aku... Georgetown walaupun malam tetap sibuk macam Kuala Lumpur... lepas tu aku balik ke rumah along semula... dan pada malam tu jugak, lebih kurang pukul 11 kitorang bergerak balik ke Tangkak, kecuali adik aku yang drive balik Arau esok paginya... kitorang sampai Tangkak lebih kurang jam 9 pagi Ahad... adeh... kejap sangat rasenya pergi sana... langsung tak puas... tapi nak buat mcm mana, cuti pun da habis... haha~... sekian... (",)

No comments: