Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Friday, January 1, 2010

01.01.2010

Hari ini dah masuk Tahun baru 2010 Masihi. Dan awal pagi pertama tahun baru ini juga telah berlaku satu fenomena yang jarang berlaku, iaitu gerhana bulan separa... separa je tau, bukan gerhana penuh... huhu~...

Awal pagi tadi aku juge mengambil kesempatan untuk menengok fenomena tu yang dijangka bermula jam 1.17 pagi waktu Malaysia dan berakhir jam 5.28 pagi... Oleh itu, jam 1.10 pagi, lepas layan Facebook, aku pon tercongok dekat luar umah aku di dalam malam yang gelap gulita... dan of course bersama teman kesayanganku iaitu kamera digital... hahaha~ Da le banyak nyamuk... seram + suram lak tu... huhu~...

Bulan malam tu agak terang menyebabkan aku semakin tak sabo nak tengok rupe gerhana tu... sebab kalau bulan terang maknenye lebih senang nak nampak bahagian yang bakal terlindung tu.. huhu~... bes..bes...






1.21 AM
Awan banyak tapi tak menutup bulan.










1.25 AM
Awan mula menutup bulan











1.42 AM
Hampir kene tutup...











1.45 AM
Da kene tutup... bosan giler... =(











2.45 AM
Bulan kuar balik.... =)







Pastu disebabkan da tengah malam... eh... dah pagi + gelap + seram + sejuk + banyak nyamuk = aku pon mengalah. Aku masuk umah dan tengok je Live Webcast kat internet...

Ini adalah siaran langsung dari Program Pencerapan Gerhana kat perkarangan Masjid Negara, K.Lumpur... tak dapat tengok dengan mata, tengok dalan internet jadik la... huhu~... boleh nampak bulan tu terlindung kat sebelah kiri tu... memang tak lindung abis... nama pun gerhana separa... huhu~...


Apepun, walaupon tak dapat tengok depan mata, tapi agak seronok la kerana menjadi salah seorang yang tengok secara live... huhu~... ok... sekian...

2 comments:

Tiara said...

aku tido jek mlm td,

Hazman Amini said...

huhu~... nyampah tunggu... bkan dpat tengok pon... huhu~ =)