Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Monday, January 4, 2010

Akhirnye bermula semester dua...

Setelah cuti yang dikatekan amat panjang bagi sesetengah pihak, akhirnye ia pun tamat. Aduhhh... kembali semula aku ke maktab tersebut dalam keadaan yang kurang semangat dan kurang bersedia (sebab tak puas cuti lagi...huhu~)... dan berakhirlah juge kecemburuan mereka-mereka yang cemburu (sebab tak dapat cuti sepanjang ini)...

Hari pertama kuliah dimulai dengan perhimpunan... ala-ala sekolah la tu... dah lame tak pegi perhimpunan... dan ia diadakan dalam dewan yang baru "siap" direnovate (tak siap lagi sebenarnye)... pastu lantik KO pulak... perlantikan yang menggunakan care yang tidak pernah terlintas di benak sanubariku ini (cewah... haha~)... gunekan cabut undi sape yang kene... dan akhirnye segale debaran di dalam hati terubat bila Haziq terkena... kah kah kah... jangan marah ye Haziq... kaulah KO terbaik setakat nih... (KO tu adelah singkatan bagi Ketua Opsyen)...

First dapat jadual, ape yang pertama sekali terlintas di dalam hati ini adelah...

Adehhhh...

Kelas padat la...

Bayangkan mula kuliah pukul 8, straight sampai pukul 1.00, pastu kol 2.30 sampai 5.30 ptg... dan kebanyakan subjek diambil oleh pensyarah lain yang aku sndiri baru kenal (maklum la... pensyarah bukan sikit kat sini...) haha~... apepun itu telah tertulis dan terpakse diikuti dengan patuh dan berdedikasi... huhu~

Hari ini, result untuk final exam semester lepas lom kuar... penat kaki ini melangkah ke tingkap UPP kat Admin... jawapannye... esok ye... ade masalah teknikal sikit... aduhh... berdebar lagi hati ini buat satu malam lagi... (UPP bukan Unit Pencegah Penyeludupan... ia adelah Unit Peperiksaan dan Penilaian)..huhu~

Dan sem baru ini juge seperti sem lepas... aku seperti biase menjejakkan kaki bersame laptopku ke balsis pade setiap malam untuk ber'online' disebabkan kegagalan wireless asrama untuk menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab... huhu~

Ok la... ape-ape hal pon tunggu saje keputusan exam esok ye... gud luck kepade kawan2 sekalian sebab pade waktu ini dah kedengaran beberape orang dari opsyen aku yang tak lepas exam... oh tuhan... adekah aku salah seorang daripadenye?? mintak2 dijauhkan...

No comments: