Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Thursday, December 10, 2009

Penceroboh ditembak mati (9 Dis 09)

Kawan2...

Hari ini aku ade satu cerita yang agak menarik dan pelik untuk dimuatkan di sini...

Menarik ke?...

Kalu rase2 tak menarik tak payah bace...

Semalam aku berjalan-jalan ke Muar...

Muar?

Kalau tak tahu jugak, pegi masuk sekolah balik amek Geografi lagi sekali...

Hahaha...

Jalan punye jalan, da masuk waktu Asar...
Lalu kitorang pon pegi ke Masjid Sultan Ibrahim, Muar...(betul tak nama ni?)

Untuk pengetahuan mereka2 yg tak penah sampai, di kawasan masjid itu ada sebuah bangunan yang dibina di atas tiang (macam umah kampung le tu tapi batu)...

Sampai kat masjid tu, aku nampak ade seorang lelaki sedang memegang senapang...
Beberape orang laki-laki lain pula sedang mengejar sesuatu di bawah bangunan itu...

Mereka membaling-baling batu, penyodok, besi dan ape tah lagi...

Rupe-rupenye ade penceroboh di bawah bangunan itu...

Mereka tak boleh masuk ke bawah bangunan tu sebab takut diserang oleh penceroboh tersebut...

Entah berapa lame diorang mengejar penceroboh tu tapi ia tak mahu keluar dari situ...

Tiba-tiba semua orang-orang tersebut berlari ke arah belakang bangunan...

Aku pun cepat-cepat mengikut mereka bersama kameraku(wajib bawe)...

Belum sempat aku sampai, terdengar bunyi sedas tembakan dilepaskan...

Bila aku sampai, penceroboh tersebut telah pun ditembak mati...

Ade satu jip datang mengambil mayat penceroboh itu...

Aku cuma tengok dan ambik gamba dari jauh saje sebab orang ramai...

Orang ramai berkumpul melihat mayat penceroboh yang telah ditembak mati

Yang musykilnye, (menurut orang2 yang ditemuramah di situ) penceroboh itu bukanlah manusia...

Ataupun anjing liar...

Tetapi beliau adalah seekor BABI!!!

Hahaha~...

Mane datang lak babi tengah2 bando nih...

Mungkinkah beliau berenang dari hutan bakau di seberang Sungai Muar itu?

Atau terlepas daripada restoran ###?

Mungkinkah yang datang itu seorang pengusaha restoran?...

Hahaha...

Tu yang kita nak tau.....

5 comments:

Asip said...

man sengal

Hazman Amini said...

Hahaha... pelik tak? Tapi ia benar2 berlaku... Pelik Tapi Benar... huhu~

neechee said...

haha . memang pelik ponn

(",anahraF said...

ala abg man cte na gempak,
huh,
=P

Hazman Amini said...

Haha... baru bes bace... kalu tak straight je... tak syok ar... huhuhu~ :D