Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Sunday, December 27, 2009

Kemalangan Maut

Semalam negara dikejutkan dengan nahas bas dua tingkat Sani Ekspres di KM272.8 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Ipoh. Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah. Dua pemandu bas itu dan 36 lagi penumpang selamat. Bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi(25 Dis) menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.
Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti.
Besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan. Semua yang terbunuh dan cedera adalah penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan manakala semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

Gambar daripada Berita Harian Online
( http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Mutakhir/20091226130659/Article/ )
Bila tengok gambar-gambar ni memang mengerikan dan menurut laporan berita, salah seorang mangsa yang terbunuh tu baru dapat result PMR, 6A3B. Ada 2 orang mangsa yang terputus kepalanya. Tak dapat dibayangkan macam mana suasana kat tempat kejadian masa waktu tu... Sape2 yang tak sempat tengok berita tu aku ada menyimpan rakaman berita daripada Buletin Utama TV3 tapi tak dapat nak di upload kat sini... so harap maaf ye...

Dan hari ini, satu lagi kemalangan berlaku di KM205.7 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Alor Gajah tapi cuma melibatkan kereta dan treler. Kereta itu merempuh bahagian belakang treler di depannya. Dua orang maut dan tak banyak maklumat pasal kemalangan ni...

Dan malam tadi, lebih kurang pukul 12.30 tengah malam, kitorang dalam perjalanan dari kampung nak balik ke Tangkak. Macam biasa kalau balik tengah malam, selain jalan Jasin, kitorang lalu Lebuh AMJ ke Parit Bunga dan belok ke Tangkak. Sampai kat satu kawasan lepas Parit Bunga (mybe dekat2 Parit Ponorogo... x perasan sangat sebab da tengah malam), tiba-tiba kenderaan depan bergerak perlahan dan ada lampu kelip2 kat depan, antara jam 12.30 tgh malam hingga 1.00 pagi la (tak tengok jam masa tu). Mula-mula aku sangkekan ada roadblock... pastu nampak lampu yang kelip-kelip tu warna merah ngan biru... sah la bukan polis tapi bomba... rupa-rupanya ade kemalangan. Aku ingatkan accident biasa... tapi orang kat situ ramai lain macam... aku pon terus on kamera dan...

(Klik pada gambar ini untuk melihat full size)

Inilah satu-satunye gambar yang sempat aku snap semasa melintasi tempat kejadian. Memang terkejut gile tengok keadaan van tu yang habis terbakar. Tak pasti macam mana kemalangan tu boleh berlaku. Dan yang sebelahnye yang bercahaya tu adelah trak polis dari IPD Ledang yang datang nak ambik mayat mangse kemalangan tu. Rupanya ada jugak yang terbunuh dalam accident nih. Serius... ini bukan main-main macam post aku sebelum nih- "Penceroboh Ditembak Mati" tu... aku memang terkejut gile tengok ada mayat yang dah dibungkus plastik hitam kat situ. Sebab biasanya aku cuma bertemu dengan kemalangan biasa-biasa je. Tak dapat dibayangkan macam mane perasaan orang2 kat situ yg tengok accident tu, apatah lagi yang mungkin terlibat sama. Disebabkan terkejut itu aku tak terfikir nak snap gambar polis tengah angkat mayat tu. Terasa juga meremang bulu tengkuk melihatkan situasi kat situ walaupun cuma sekali lalu. Tak pasti ada berapa mayat kat situ... aku nampak macam ada dua bungkusan mayat kat situ... tak pasti la pulak berapa bungkusan yang berisi... apa-apa hal nnti kuar berita aku tambah post lagi. Mybe dy takkan kuar berita hari ini(27 Dis) tapi kuar esok (28 Dis). So tunggu la ye.
Inilah kali kedua aku tengok ada mayat atas jalan raya... kali pertama kat Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara lepas susur keluar Seremban dalam lingkungan 2-3 taun lepas.

Bila dengar dan nampak kemalangan-kemalangan tersebut membuatkan aku bertambah ngeri dengan jalan raya dan membangkitkan ingatan aku pada peristiwa seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri 2009 baru-baru ini. Pada yang rapat dengan aku mesti tau kan yang aku juge ade mengalami kemalangan pade mase tu. Alhamdulillah panjang lagi umur ni walaupon kereta tersebut agak teruk kerosakannya. So bila bace kisah-kisah kemalangan macam ni membuatkan aku semakin tak senang bila mana aku berada atas jalan raya tak kisah la sama ada sebagai pemandu atau penumpang dan tak terkecuali, pejalan kaki. Kadang-kadang aku terfikir gak, kenapa setiap hari ade saje orang yang maut akibat daripada kemalangan ni sampaikan aku rase kematian akibat kemalangan ni dah jadi salah satu punca utama kematian. Kalau tak percaye kate-kateku ini, tengoklah berita esok atau lusa, pasti ade lagi berita kemalangan maut nih.

So, itu sajelah yang aku nak taip kali ini... kebetulan pula blog ini da lame tak di-update, so post inilah sebagai update-nya... kepada anda semua, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA... ok... sekian...

3 comments:

oh; aina said...

cian tol dak tuh kn..peh..
tkot aku nk nek bas..

Hazman Amini said...

Huhu~... nak buat mcm ne... dah ajal... aku juge bersimpati kepada keluarga mangse nahas tu...

Hazman Amini said...

Ko jangan takut nak naek bas plak... abeh tu ko nak naek pe... huhu~ =)