Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Friday, November 20, 2009

Outing Last-ku mase Sem 1

Exam dah tamat... so petang tadi kitorang beramai-ramai gi BP Mall. Saje-saje je, outing akhir...huhu~...kebetulan duit pun ada balance skit, so aku pun ikut la. Kitorang gi naik bas je sebab tak jauh. Sesampai di Bp Mall, first sekali kitorang gi Pacific Bowl, men bowling la..

Ni la kali kedua aku main bowling dalam hidup ( kali pertama 15 Oktober 2009 - dalam page fs ada gambo). Segan gak r masa mula-mula nak main tu sebab aku bukan reti sangat nak main. Hentam je baling. Bila dah baling tu rasa seronok lak. Last-last rasa cam gian lak nak main. Kitorang main sorang 3 game. Agak sakit la gak jari-jemari ni ha..... pas 2 jam main bowling, kitorang gi kat karaoke box plak...eh, salah, gi semayang Asar dulu...pas tu baru gi sane, kitorang telah me'nyumbang'kan beberapa lagu...huhuhu~... cuba bayangkan satu kotak tu masuk sampai 12 orang... camne keadaannye....

Haaa...cam ni la keadaannye bila bilik karaoke terlebih kapasiti...huhuhu~...dah macam ikan sadin dlam tin. Berhimpit-himpit...bukan tak mampu nak ambik banyak-banyak bilik, mampu.... tp ramai-ramai camni lebih seronok...huhu...nasib baik tak roboh bilik tu...

Selesai karaoke, kitorang pun merayau-rayau la dalam mall tu sampai masuk waktu Maghrib. Pas sembahyang, kitorang gi melayan kerenah sang perut pulak jap kat Taman Budaya (maksudnye makan...huhu~).

Tiba masa untuk balik...rasa macam tak puas lak...huhu~...tak pe...sem depan leh jalan2 lagi...ok...sekian coretan untuk kali ini...hahaha~...

***kepada kawan2, gambo banyak sangat, tak leh taruk semua kat sini. Kalau nak nnti bagi r pendrive yep...huhu~

2 comments:

neechee said...

karok sampai 18 lagu ! gilak ar ! ahaha .

Hazman Amini said...

Eh...eh...camne ko tau kitorang karok 18 lagu??!!!
Ini di tahap membahayakan...ha ha ha~...