Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Tuesday, April 10, 2012

Arau, Perlis | Bahagian 2



Entri ini adalah sambungan daripada entri sebelum ini: Arau | Bahagian 1.

Jumaat - 16 Mac 2012

Kerana kepenatan kesan daripada perjalanan jauh pada hari sebelumnya, hari kedua saya di Perlis bermula pada tengah hari.

Hari ini ialah hari Jumaat. Jadi kaum lelaki ni diwajibkan menunaikan solat Jumaat. Walaupun saya sebenarnya ada title musafir, tapi tak pa la. Dapat juga menjenguk kawasan Arau ni.

Kami solat Jumaat di masjid Kolej Matrikulasi Perlis. Kolej matrikulasi ni letaknya betul-betul di tepi jalan masuk ke taman tempat tinggal adik saya. Setiap hari kami lalu di depan pagar utamanya.
Masjid Kolej Matrikulasi Perlis
Dalam masjid.
Pintu utama Kolej Matrikulasi Perlis.
Makan tengah hari di warung pangkin.
Sebelah petangnya, adik saya dan kawannya pergi belajar di dalam universiti. Dapatlah saya merasa melawat bangunan akademik universiti ni.
Kat bawah blok,
Pemandangan dalam kelas.
Sementara mereka belajar, saya merayau di kawasan sekitar. Tapi tak jauh pun. Bangunannya banyak, risau pulak kalau tersesat. Kat bangunan yang kami duduk ni ada banyak makmal sains.
Mungkin dulu kalau saya terima tawaran belajar di sini, inilah bangunan yang saya datang tiap-tiap hari. Sebab makmal kimianya terletak di sini.
Pemandangan luar.
Peraturan makmal.
Sedang duduk dalam kelas, terdengar bunyi kuat dari bawah blok. Rupanya pengawal datang nak kunci kenderaan yang parking di tempat yang salah.

Penguatkuasaan di sini agak tegas. Salah parking, terus kena kunci. Kemudian kena bayar saman RM50 untuk bukak kunci tu.
Seorang pelajar sedang membayar saman.
Selesai belajar. Kira-kira jam 5.50 petang, kami bergerak menuju ke Chuping, Perlis.
Perjalanan ke Chuping mengambil masa kira-kira 25 minit dari Arau. Bila perhatikan persekitaran, baru tersedar, kalau kita jalan-jalan di Perlis ni, sepanjang jalannya banyak ditanam dengan pokok jati. Tak pasti apa tujuannya. Mungkin atas faktor nilai komersil kayu tu bila besar nanti kut.
Pokok jati di sepanjang jalan.
Kalau anda ke Chuping dari arah selatan, biasanya terlebih dahulu anda akan jumpa bulatan yang terdapat papan tanda ini.
Chuping terletak di sebelah timur negeri Perlis, bersempadan dengan Thailand di timurnya. Tapi di sini tiada checkpoint untuk menyeberang sempadan secara sah. Checkpoint terdekat ialah di Padang Besar. Seperti yang tertulis pada papan tanda tu, Chuping pernah mencatatkan suhu tertinggi di Malaysia iaitu 40.1 darjah celcius pada tahun 1998. Selain itu, di Chuping ini juga terletaknya kawasan ladang tebu yang terbesar di Malaysia.
Ya.. memang kawasan tebu yang terbesar di Malaysia. Tapi dekat sekitar papan tanda tu dah tak ada tanaman tebu. Kawasan ladang tebunya terletak jauh sedikit ke utara dari papan tanda tadi.
Jalan ke ladang tebu Chuping dan Padang Besar
Ladang tebu Chuping ni ialah antara tempat yang mesti dilawati sekiranya anda berkunjung ke Perlis. Pemandangan di sini sangat cantik. Di kiri kanan jalan terbentang hamparan pokok tebu yang menghijau. Sangat luas sampaikan tak nampak hujungnya di mana.
Bulatan ke Kilang Gula Chuping.
Di Chuping ni juga terletak sebuah kilang gula. Letaknya di tengah-tegah ladang tebu Chuping ini.
Kilang Gula Chuping dilihat dari jauh.
=)
Sepanjang perjalanan sejauh kira-kira 12 kilometer, bermula dari bulatan kilang gula, di kiri kanan jalan ialah ladang tebu yang luas saujana mata memandang.

Dan jika anda menyusuri jalan sepanjang ladang tebu ini, anda akan melalui pos kawalan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) ini.
Di sini, kenderaan yang dicurigai akan diperiksa kalau-kalau ada membawa barangan yang tak dibenarkan.

Perhentian pertama kami ialah di sebuah pelantar pemandangan di pinggir ladang tebu.
Jika anda dari arah selatan, pelantar ini terletak di sebelah kanan jalan, kira-kira 3 kilometer selepas pos pemeriksaan UPP tadi.
Pemandangan di atas pelantar.
Tasik di tengah ladang tebu.
=)
Pandangan dari hadapan.
Masih tak berpuas hati menikmati pemandangan di sini. Kami ke sebuah lagi menara, kali ini menara kayu. Tak tahu apa tujuan dibina. Tapi pemandangan di sini lebih cantik.
Pemandangan dari menara kayu.
Pemandangan arah utara.
Terlalu leka menikmati pemandangan yang indah sehingga tak sedar masa berlalu dengan pantas. Matahari mula melabuhkan tirai dan kami perlu memulakan perjalanan pulang ke Arau.
Dalam perjalanan pulang kami melalui stesen kereta api Bukit Ketri. Buat sementara ini, di sinilah kereta api berselisih kerana stesen Arau tiada loop line untuk tren kedua.
Stesen kereta api Bukit Ketri, Perlis.
Kilang simen Perlis.
Sebelah malam di Arau, kami duduk di atas jejantas kereta api dekat stesen Arau. Menantikan ketibaan kereta api malam. Kereta api inilah yang saya akan naik untuk perjalanan pulang esoknya.
Tren yang tiba lewat hampir sejam.
Kami makan malam bersama 2 orang kawan serumah di gerai dekat jalan masuk ke Taman Sri Wang. Menu istimewa, char kuey tiow. Sedap betul.

Sebelah malamnya, waktu untuk mereka belajar.

Ke U-Station jam 2 pagi.


AHAD - 18 Mac 2012

Hari ini adalah hari terakhir saya di Arau.

Sebelah paginya, saya ke stesen kereta api Arau. Baca semula pada awal post Arau Bahagian 1. Tiket saya untuk perjalanan balik hanya untuk tempat duduk kelas dua. Tak sanggup rasanya duduk menempuh perjalanan 12 jam. Alhamdulillah. Ada gerabak tambahan untuk katil kelas dua (ADNS). Kali ni saya beli tiket untuk katil bawah.

Dari stesen kereta api, kami ke rumah kawan di Padang Nyu. Dalam perjalanan tu, sempat juga berhenti mengambil gambar di depan kandang rusa UiTM di tepi jalan masuk utamanya.
Kandang rusa UiTM Perlis.
Rumah rusa.
Sebahagian rusa yang dipelihara di sini.
Banyak jugak rusa yang dipelihara di sini. Selain rusa, katanya ada jugak haiwan-haiwan lain seperti burung unta dan lain-lain. Tapi tak dan la nak merayau tengok semua tu.
Rumah kawan di Padang Nyu.
Kemudian kami beramai-ramai makan tengah hari di gerai dekat dengan pintu masuk A UiTM tu. Tak tahu apa namanya. Tapi saya masih ingat, masa kami hantar adik saya tu mendaftar di UiTM 2 tahun lalu, di situlah kami sarapan pagi sebelum masuk ke U.
Makan. =)
Dalam perjalanan.
Selepas makan, kamai duduk di Padang Nyu sebentar sebelum balik ke rumah.

Sebelah petang, kami ke Arau sebab saya nak cucuk duit di BSN. Kemudian, dari Arau, kami terus merayau ke arah Kangar.
Jalan ke Kangar
Perlis Maju 2015.
Sempat juga kami singgah di pasar malam Jejawi. Letaknya di depan Jabatan Pengangkutan Jalan Perlis.
Pasar malam Jejawi.
Hidupan laut di sini murah dan segar. Sotong segar sekilo baru lebih kurang RM10. Kalau kat Johor tak tahulah entah berapa belas ringgit bagi sekilo sotong. Udang besar pulak lebih kurang RM7 sekilo.
Gerai udang segar.
Dalam perjalanan ke Kangar, kami lalu di depan Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis. Kampusnya kat tengah sawah. Cantik pemandangannya. Tak seperti kampus kami di tengah kawasan perumahan dan kilang serta dipenuhi warga asing.
Jalan masuk ke IPG Perlis.
Kami berpusing-pusing sebentar sekitar bandar Kangar.
Pintu gerbang lagi.
Selepas berpusing-pusing sekitar Kangar, kami ke Denai Larian Sungai Perlis.
Denai larian ni ialah sebuah tempat riadah untuk orang sekitar Kangar. Di sini ada pelbagai kemudahan seperti pentas persembahan di tebing sungai, denai larian atau trek jogging di sepanjang sungai, ada galeri informasi dan lain-lain. Pemandangan di sini cantik. Masa kami tiba di sini, ada pasangan pengantin sedang buat photoshoot.
Trek ni sepanjang 3 km.
Pentas persembahan di tebing sungai.
Ada galeri informasi.
Persekitaran kawasan.
Paling menarik di sini ada sebuah jambatan gantung.
Jambatan gantung.
Jambatan gantung ni agak panjang menyeberangi Sungai Perlis. Ngeri jugak bila berdiri di tengah-tengah jambatan tu.
Panjang..
Di bawah itu ialah Sungai Perlis.
Peraturan jambatan.
Bukan setakat jambatan gantung. Tangganya pun tergantung jugak. Cuak betul masa nak naik tangga tu sebab berayun-ayun.
Perhatikan pengantin yang sedang photoshoot di sana. =p
Leka berjalan-jalan di Kangar, tak sedar jam dah menginjak ke jam 6.25 petang. Tren saya akan bertolak dalam tempoh sejam lagi. Bergegas kami pulang ke Arau.
Lebuhraya Changlun - Kuala Perlis.
C-Mart Arau.
Tiba di rumah sewa jam 7.00 petang. Yang ada cuma 2 orang, Alang dan Irfan (maaf kalau salah nama). So dapat bergambar dengan mereka ni je lah.
Jam 7.15 petang, kami bertolak ke Stesen Kereta Api Arau. Hujan mengiringi pemergian ke stesen. Sedih ouh.
Stesen Keretapi Sementara Arau.
Laluan ke platform.
Tren ke Kuala Lumpur tiba pada jam 7.30 petang.


Tren Ekspres Senandung Langkawi
Arau - KL Sentral
Kelas Superior Malam ADNS (Katil kelas dua) - Koc L2x Katil 18
Tambang: RM41.00 (tambang katil bawah dengan diskaun kad pelajar).

Tren bertolak kira-kira jam 7.40 malam. Katil bawah memang senang, tak perlu panjat tangga. Tapi tingkapnya agak besar berbanding tingkap katil atas. Kalau kereta api lalu di tengah bandar, memang silau la dengan lampu jalan.
Katil bawah.
Tiba di KL Sentral pada jam 6.30 pagi keesokannya. Lewat sejam daripada jadual.

Selamat tinggal Arau. InsyaAllah lain kali saya ke sana lagi. Terima kasih juga kepada tuan rumah tempat saya menumpang buat semalam dua. =)


9 comments:

Ujie Othman said...

nampaknya banyak lagi tempat kat Perlis yg saya belum jelajah. nampak negeri tu kecik, tapi byk jugak yang menarik.

Anonymous said...

singgah sini layan cite dan gambar perlis...

abs said...

ada plan juga nk lawat perlis... entri ni amat mmbntu..tq

Hazman Amini said...

Terima kasih. Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Perlis, contohnya Wang Kelian, Gua Kelam dan lain-lain. Kalau ada kesempatan bolehlah melawat semua tarikan tu.

Harap entri ini bermanfaat buat semua. =)

Unknown said...

Assalamualaikum...

Nak tanya, tak pergi Padang Besar ke? Bagi saya, tak best pergi ke Perlis kalau tak pergi ke situ. Boleh beli barang-barang kat situ. Malah, ada juga barangan buatan Thailand.

Hazman Amini said...

@Muhammad Ammar Anuar:

Waalaikumussalam.

Betul. Tak lengkap ke Perlis kalau tak ke Padang Besar. Cuma pada perjalanan yang ini, saya tak berkesempatan ke sana. :)

Sebenarnya saya agak biasa ke Perlis, dan dah beberapa kali ke Padang Besar tu. Memang tak mengecewakan, macam-macam ada. Kalau saya pergi sana, mesti borong sakan. Sebab barang kat sana murah-murah dan banyak barang yang tak ada jual kat tempat lain atau kalau ada pun, harganya mahal. :)

a said...

hai. saya sedang belajar di arau ni

a said...

hai. saya sedang belajar di arau ni

Hazman Amini said...

@Muhbammad Yazed:

Hai. Belajar di uitm ye? :)