Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Friday, January 13, 2012

Permulaan : Gunung Ledang

Benda ni dah seminggu tapi baru nak post hari ni.

Rombongan ke Gunung Ledang untuk meminang Puteri Gunung Ledang bagi pihak aku. *perasan.

Tarikh : 8 Januari 2012

Aku memang suka jalan-jalan dan suka orang ajak aku jalan-jalan. Siap la siapa jadi isteri aku nanti, memang berjalan je la kerjanya.
On the way ke Gunung. Ayi n Ayub.
Zaim. *Sempat lagi posing atas moto.
Dah sampai Gunung Ledang.
Aku duduk Tangkak, tapi tak pernah buat review pasal Gunung Ledang ni. Mungkin sebab aku rasa Gunung Ledang ni dah tersangat famous kut. Tak pe lah.. ni ada sikit info yang mungkin berguna.

Bayaran masuk:
Dewasa : RM1.00 setiap orang.
Kanak-kanak : RM0.50 setiap orang.

Kereta : RM2.00 setiap kereta.
Motosikal : RM1.00 setiap motosikal.

*Teringat masa kecik-kecik dulu, selalu dapat masuk free sebab ada pakcik taman saya yang kerja kat sini.

Untuk pengetahuan, kadang-kadang penduduk sekitar Tangkak dan Muar akan menyebut nama Hutan Lipur Gunung Ledang, Sagil ini sebagai Air Panas. 

Contohnya: Kalau mereka sebut, "jom pergi air panas".. maksudnya, "jom pergi air terjun Gunung Ledang".

Nak tahu kenapa? Sebab nama sungai tempat orang mandi manda ni ialah Sungai Ayer Panas. 

Air Terjun Puteri
Tangga bersebelahan Air Terjun Puteri menuju ke Kolam Puteri.
*Tak larat.. panjat separuh je.
Air Terjun Puteri ni ialah air terjun paling tinggi kat kawasan Gunung Ledang Resort ni. Kat atas sana ada satu kolam, namanya Kolam Puteri. Kolam ni ialah maximum limit yang boleh dikunjungi oleh pengunjung Gunung Ledang Resort ni. Kawasan selepas daripada Kolam Puteri ni ialah kawasan Taman Negara, kena ada kebenaran kalau nak masuk.
Muka-muka gembira.

Isi minyak dulu ye.

Tamat. =)



p/s : Kalau ada kawan2, especially member2 IPTHO yang nak datang sini, jangan lupa ajak aku ye.



1 comment:

Ajim said...

bro, lu mmg kaki travel ke? i loikeee