Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Saturday, January 14, 2012

Lebuhraya Tangkak - Segamat

Dulu kalau cakap nak pergi Segamat, pasti akan terbayang jalan yang sempit dan bengkang bengkok.
Selekoh tajam Kebun Bahru. Kalau naik moto boleh layan lap.
Jarak antara Tangkak ke Segamat cuma lebih kurang 40 - 50 kilometer je, tapi boleh makan masa sampai sejam.
Papantanda seperti ni adalah pemandangan biasa.
Jalan ni memang sempit. Kadang-kadang nak memotong motor pun kena tunggu jalan depan clear sebab nak makan lorong sikit.
Kadang2 lori terpaksa makan jalan sebelah macam ni.

Tadi pagi saya pergi Segamat. Guess what?.. Projek Lebuhraya Tangkak - Segamat dah pun dimulakan. Kalau ikut perancangan, jalan ni akan dinaiktaraf daripada 2 lorong kepada 4 lorong. Kira macam taraf highway la tu. Cuma takde access control je.
Papan tanda projek.
Pembinaan dimulakan dari arah Segamat. Menurut direktori CIDB, kontraktor ni juga terlibat dalam pembinaan Persimpangan bertingkat dan Plaza Tol Bukit Gambir, Projek Lebuhraya Utara Selatan.
Jajaran jalan Tangkak - Segamat.
Kawasan merah tu ialah kawasan yang dah mula pembinaan.
Berdasarkan info daripada media, projek ni bernilai RM750 juta hingga RM770 juta. Fasa yang tengah berjalan sekarang ni bernilai kira-kira RM150 juta (kalau tak silap la).

Masa lalu tadi, kerja-kerja tanah tengah rancak dijalankan kat jajaran antara Gemereh dengan Simpang UiTM Johor/Batu Anam.
Tanah dah dilapangkan.
Kerja penambakan tanah.
Banyak rumah yang diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek jalan raya ni.

Jambatan Sungai Muar
Laluannya kalau tak silap, ikut jajaran lama. Mungkin bila siap boleh jadi macam ni:
Gambar hiasan.
*Siapa boleh teka kat mana gambar hiasan ni dirakam, akan dapat air batu campur bernilai RM1.00. =P

7 comments:

Unknown said...

gambar hiasa tu dekat lebuh amj, melaka

Hazman Amini said...

@Unknown:

Melaka tu btul, tapi bukan kat AMJ. Gambar tu kat highway Paya Rumput-Ayer Keroh.. =)

Unknown said...

ni dekat SPA (sg udang - paya rumput - ayer keroh)

cikguz said...

Nak tau apa status projek jalan ni...skrg dah siao ke belum

Hazman Amini said...

@Cikguz:
Berdasarkan tinjauan terakhir saya pada 28 Februari tempoh hari, kerja pembinaan sedang rancak dijalankan di jajaran antara Segamat hingga ke Jementah. Setakat ni keseluruhannya masih dalam proses pembinaan lagi. InsyaAllah kalau ada kesempatan, dalam masa terdekat saya akan update lagi. :)

Anonymous said...

dah siap dah pun..>.<

Hazman Amini said...

Dah siap sepenuhnya bagi Pakej 1B dan 2 dari KEMAS Segamat hingga Jementah.. kualiti jalan pun setakat ni baik dan memuaskan..

Pakej 3 pun dah mula antara Jementah ke Ayer Panas, Sagil. :)