Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Monday, November 7, 2011

Keropok Udang Rota - Disahkan Halal. =)

Salam. Kali ni saya nak cerita sikit pasal keropok Rota ni.
Siapa yang tak kenal keropok udang ROTA ni kan? Keropok ni dah wujud sejak zaman kanak-kanak saya lagi. Masih sama dari segi produknya dan juga cara pembungkusannya.

Keropok Rota? Babi? Oh.. tidak!!.. berita yang pasti mengecewakan penggemar keropok udang ini mahupun mereka yang pernah mengambil keropok ini.
Memang, kalau kita pergi ke Portal Halal Jakim (halal.gov.my) dan search produk Rota ni, keputusan cariannya menunjukkan tiada rekod ditemui. Maksudnya keropok udang Rota ni tak ada sijil halal daripada JAKIM.

KENAPA KEROPOK UDANG ROTA NI TIADA DALAM SENARAI PRODUK HALAL JAKIM?

Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, walaupun produk yang anda cari tu takde dalam senarai kat halal.gov.my ni, tak semestinya produk tu haram. Produk yang ada dalam halal.gov tu cuma produk yang didaftarkan dengan Jakim je. Selain daripada Jakim, ada juga produk yang didaftarkan kepada Jabatan Agama Islam negeri tempat produk itu dikeluarkan. Produk yang mendapat pengesahan halal daripada Majlis Agama Islam Negeri tak tersenarai dalam direktori halal JAKIM ni.

Untuk pengetahuan lagi, keropok udang Rota ni dikeluarkan oleh Oriental Food Industries Sdn Bhd yang beralamat di Kawasan Perindustrian Ayer Keroh, Melaka. Produk ini telah didaftarkan dan menerima sijil pengesahan Halal daripada Majlis Agama Islam Melaka.


Sebelum ni, bila orang tulis atau share post2 pasal Rota yang dikatakan haram ni, saya senyap je sebab takde point untuk membangkang post tu. Awal-awal lagi saya memang tak yakin dengan berita tu sebab ada certain2 point yang menimbulkan keraguan. Akhirnya pada 8 Oktober 2011, saya ambik keputusan mengajukan pertanyaan --- secara terus kepada Majlis Agama Islam Melaka. Respon yang diberikan positif, dan akhirnya pada 3 November 2011, saya mendapat jawapan kepada persoalan ni: KEROPOK UDANG ROTA NI HALAL DIMAKAN. Tak percaya?.. rujuk imej surat di bawah. Surat ni dihantar dalam format PDF, terus kepada inbox e-mel saya.
Klik untuk tumbesaran.
Moral of the story (once again), rujuk la sumber yang boleh dipercayai sebelum menyebarkan sesuatu berita yang tak dapat dipastikan tu.

So lepas ni, sesiapa yang pernah menyebarkan berita Keropok Udang Rota ada khinzir ni, kena la buat entri baru untuk jelaskan keadaan sebenar ye.

Ni point2 dalam post Rota tu yang menimbulkan keraguan saya.
Emulsifier E110? Lemak babi?
Mulsifier ke Emulsifier? *Note that the "E" is missing.*

Dalam Islam ni, selain ilmu akhirat, kita juga dituntut untuk mempelajari ilmu dunia. Contohnya macam kes ni la.. disebabkan takde pengetahuan am (sorry ayat kasar), senang2 je umat Islam kena tipu. Pastu senang-senang je umat Islam maki-maki pemilik kilang tu. Senang-senang je umat Islam pandang serong kat orang bukan islam. Pastu senang-senang je umat Islam dah TERbuat fitnah kat pemilik kilang tu. Pastu senang-senang je umat Islam sebarkan.. Pastu senang-senang je orang bukan Islam pandang serong pada umat Islam ni.

Sorry.. bukan nak membangga diri. Terus terang cakap, saya memang tak pakar bab-bab ni sebab semua ni bukan bidang saya. Tapi at least kita kena ada pengetahuan am dalam bab-bab macam ni.

APA ITU KOD E?

Kod E ialah tu ialah kod nombor bagi bahan tambah (additives) yang telah diuji penggunaannya di Kesatuan Eropah (European Union).

Untuk pengetahuan, kod E tidak semestinya emulsifier. Kod E tu merujuk kepada keseluruhan additif yang ditambah ke dalam bahan makanan untuk pelbagai tujuan. Setiap kod E tu diikuti dengan nombor yang menentukan kelompoknya masing-masing. Contoh paling jelas ialah E1XX yang mewakili pewarna makanan. Dalam kes Rota ni, E110 ialah pewarna sintetik Sunset Yellow yang diperolehi daripada proses kimia.

Bahan additives ber-kod E ni boleh datang dari pelbagai sumber. Ada yang memang terhasil secara semula jadi, contohnya E100 iaitu pewarna kuning asli daripada kunyit. Selain tu, Vitamin C pun ada kod E yang tersendiri (E300 kalau tak silap). Namun kebanyakan bahan aditif ni terhasil daripada tindakbalas kimia.

Ni list yang disertakan dalam post berkenaan Rota tu, tapi macam tak betul je. Semua benda dikelaskan sebagai emulsifier.
Sedikit ilmu nak dikongsikan di sini. Saya tak pasti kalau saya pernah tulis mengenai ni. Seperti yang dinyatakan di atas tadi, setiap kod E tu ada mempunyai kelas masing-masing seperti berikut:

E100 - E199 : Pewarna makanan (colouring)
E200 - E299 : Pengawet makanan (preservatives)
E300 - E399 : Antioksidan, Pengawal keasidan (antioxidant, acidity regulator)
E400 - E499 : Pemekat (Thickener), Penstabil (Stabilizers), Pengemulsi (Emulsifier)
E500 - E599 : Pengawal keasidan, anti-caking
E600 - E699 : Penambah perasa (flavour enchancers)
E700 - E799 : Antibiotik
E900 - E999 : Lain-lain
E1000 - E1599 : Bahan kimia tambahan.

Biasanya yang menjadi keraguan umat Islam ialah pada bahagian E400 hingga E499 tu je. Kod yang biasanya dielakkan oleh umat Islam ialah kod E471.

E471 ialah asid lemak (fatty acid) yang dihasilkan daripada glycerol dan asid lemak semulajadi -- kebiasannya dari sumber tumbuhan (tapi ada jugak daripada sumber haiwan). Nak tahu lebih lanjut pergi rujuk pada mereka yang dalam bidang yang berkenaan.

Untuk pengetahuan (again, takde idea dah).. bagi produk yang telah mendapat pensijilan halal yang sah daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam negeri, semua bahan dan kaedah pembuatan produk tersebut telah dipantau dan disemak. Bukan setakat bahan yang tiba di kilang, malah JAKIM telah mengenalpasti sumber bahan-bahan yang digunakan. Maka tak ada isu la makanan ni haram, makanan tu haram. Apa-apa hal pun rujuk pada mereka yang berpengetahuan dulu (semestinya bukan saya orangnya.. hehe..).. =)

So, E110 tu??.. tentunya bukan emulsifier!

Terpulang pada diri masing-masing untuk menilai. =)

6 comments:

Tigrrr said...

I'm glad there are educated people like you around. Seeing all this fitnah being spread and blaming non-Muslims for their own weaknesses is just scary. It saddens me to know that there are friends who are educated, but don't take that extra bit of time to research. How to progress as a nation like this, kan?

Hazman Amini said...

@Tigrrr

Thanks for reading this article.. =)

I also sad after reading those fitnah.. Know what, I always buy and eat this product (Rota) since I am a kid.. but then nowadays my friends keep saying it is haram.. I'm sad to hear that.

Luckily I've read a lot about those E code.. I wonder what is their aim of spreading those fitnah.. Yup,, this nation will not progress if people keep their mind like that.. Hope they stop spreading those fitnah soon. =)

Share this if you think it's useful. Again- thanks for reading. =)

Megat said...

Salam..!
Terima kasih atas penerangan..
TAPI.. mengapa JAKIM tak buat penerangan spt ini dalam WEB nya..! Kan ker senang.. semua boleh dapatkan dari situ..!

Hazman Amini said...

@Megat.

Salam. Terima kasih juga kerana sudi membaca. =)

Saya pun tak pasti kenapa, tapi itulah hakikatnya. Kadang-kadang pengeluar produk lebih senang memohon sijil halal daripada majlis agama Islam negeri (mungkin sebab kos kut). Banyak produk yang cuma mendapat sijil halal majlis agama Islam negeri. Itu yang bila orang search kat direktori halal JAKIM, jawapannya - tiada rekod ditemui. Pastu orang pun cakap, oh,, produk itu haram.. produk ini haram..

Mungkin lepas ni, JAKIM dan Majlis Agama Islam setiap negeri kena selaraskan dan gabungkan pensijilan halal ni supaya senang masyarakat nak merujuk. =)

Anonymous said...

hello hazman =) terima kasih atas usaha untuk mencari kebenaran dengan bukti- buktinya sekali. saya sangat sangat menghargai usaha memang sedih bila orang- orang sekeliling buat tuduhan terhadap makanan2 yang ada di pasaran tentang kesahihan halal, hanya bila mereka dengar khabar angin yang belum pasti lagi kebenarannya. contohnya, baru- baru ini, bila baskin robbins menawarkan aiskrim percuma (atas kemenangan datuk lee chong wei) dan banyak orang berbaris untuk mendapatkan aiskrim, ada yang menyatakan (kawan saya) bahawa baskin robbins tidak disenaraikan dalam list Halal dan hairan kenapa banyak orang Islam yang berbaris untuk mendapatkan aiskrim.. sama ada aiskrim baskin robbins tu halal atau haram, saya rasa dia sendiri pun tidak tau..
-ST

Anonymous said...

ada dah dalam portal halal jakim..dekat produk rota prawn cracker..disahkan halal hingga 2014