Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Wednesday, February 2, 2011

Jalan Panchor banjir

Alhamdulillah.. dah 2 hari tak hujan. Mungkin air kat atas sana dah habis kut sebab turun tak berhenti-henti beberapa hari lepas.. ha3.. pagi tadi tak hujan, so sy dan family bergerak nak ke kebun kat Panchor. Macam biasa, kitorang lalu jalan Bukit Gambir. Untuk pengetahuan, jalan utama ke Panchor, sama ada melalui Gersik mahupun Pagoh, telah ditutup akibat banjir. Malas nak cerita panjang, so sy letak gambar je lah.

Sebuah lori terbalik, mungkin mengelakkan sesuatu kut. Muatan lori tu memang takde atau dah diangkat. Tapi selekoh ni memang sangat tajam.
Lokasi : Selekoh tajam Kampung Solok, Tangkak.


Sampai kat jambatan Sungai Muar kat Gersik, kelihatan jalan sudah direntang dengan tali. Tandanya jalan dah tutup la tu.
Lokasi : Jambatan Sungai Muar, Kampung Semasih, Panchor.


Memang dah agak kat depan tu banjir. Tapi kitorang naik jugak jambatan tu. Sebaik sahaja turun dari jambatan, jalan sudah ditakungi air.


Dalam kut. Ada orang try melintas, dalam paras peha. Sikit lagi nak sampai pinggang.

Sangat dalam bagi sebuah kenderaan.
Mak sy try call pakcik sy yg tinggal kat Panchor tapi anaknya yg jawab. Katanya, jalan masuk dari arah Pagoh pun dah tutup. Kalau nak masuk jugak, kena lalu Pagoh Jaya, dekat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh.

Sungai dah melimpah.


Then, kitorang patah balik, nak try lalu jalan yang dimaksudkan. Kitorang terpaksa pusing ikut Muar sebab selain jambatan Panchor, cuma kat Bukit Kepong dan kat Muar je ada jambatan untuk melintas sungai ni.

Sampai kat Pagoh Jaya. Try tanya orang jalan ke Panchor.
Jalan yang sy lalui (warna merah).
Peta laluan ni takde dalam Google Maps mahupun Wikimapia.


Sampai kat Kampung Terus, air parit dah separas dengan jalan. kalau hujan lagi sikit, memang naik habis lah air tu.

Parit Kampung Terus dah penuh.

Kat kebun, cuma tanam pokok betik yang dah banyak sangat membiak kat rumah tu. Pastu bakar timbunan kayu-kayu dahan yang dah kering. Sebab risau hujan. Kalau hujan memang masalah besar sebab:

1: Air akan naik dengan cepat.
2: Satu-satunya jalan keluar dari Panchor (jalan yg sy masuk tadi) akan jadi licin. Takut kereta tak lepas nanti.

Anak betik yang ditanam.

Main api kejap.. ha3..
Lepas siap tanam semua anak betik, pergi kutip kelapa kejap. Kelapa tua ada, kelapa muda ada. Dapat minum air kelapa. Best..

Petik kelapa muda segar.

Dari kebun, kitorang pergi tinjau rumah nenek sedara kejap. Nek Sal namanya. Rumahnya belum dinaiki air lagi. Tapi Nek Sal kata, penduduk dah dapat arahan supaya bersedia untuk berpindah. Rupanya rumah kira-kira 100 meter dari situ dah banjir.

Salah sebuah rumah yang dibanjiri air.
Penduduk balik ke rumah untuk menyelamatkan barang.

Masa bertolak balik dari rumah Nek Sal, cuaca jadi cerah sekejap. So kitorang pergi menghala ke pekan Panchor kejap. Ingatkan nak lalu rumah atuk jiran sy, tapi takut xleh lalu.. so kitorang ikut Kampung Jawa je. Akhirnya tetap x sampai pekan. Masa sampai kat Kampung Jawa, ada satu peristiwa. Lihat gambar di bawah (klik untuk besarkan).


Kiri:
Seorang uncle dengan berani dan nekadnya meredah banjir yang hampir separas seat motosikal tu.
Tengah:
Motosikal beliau terhenti kat tengah2 banjir tu. Orang2 yang memerhatikan beliau dari tempat sy ambik gamba ni semua gelak berdekah2...
Kanan:
Sebuah bot datang selamatkan uncle tu. Diorang tolong tolak motor tu ke tepi.

Air agak dalam.
Dah tengah hari. Kitorang bergerak keluar dari Panchor lalu jalan yang kitorang masuk tadi. Sangat adventure. Pastu kitorang pusing2 pekan Pagoh kejap.

Perjalanan keluar lagi mencabar sebab mendaki jalan tanah merah. Masa masuk tadi cuma menurun je.

Habis lah kereta mahal lalu jalan merah. Ha3..
Jalan sempit. Hati2 semasa berselisih.
Masa lalu kat simpang ke Panchor, kelihatan kon dan penghadang dah diletakkan menutupi jalan.

Jalan Pagoh-Panchor yang ditutup.
Kawasan kampung kat area Kompleks Sukan Pagoh ada yang naik air. jalan nak ke Makam Sultan Alauddin Riayat Shah pun air dah naik. Lagi satu, jalan ke Kampung Panjang Sari dah dinaiki air gak.

Pencawang kat Kompleks Sukan Pagoh dah dinaiki air.
Kitorang balik ke Tangkak lalu Lebuhraya Utara Selatan, masuk dari Plaza Tol Pagoh dan keluar kat Plaza Tol Tangkak, RM3.80.

**Lebuhraya selalu menjadi penyelamat dalam keadaan macam ni. Contohnya masa nak pegi Jasin aritu (rujuk entri sebelum ni). Kalau takde highway memang melepak je la kat rumah. Hu3..

3 comments:

amniey91 said...

ni gna kamera mne lak ni...hehehe...:)..
abiz bley blik mktb x ni??..

(ckp la xbley)..:)

azizseman@gmail.com said...

TQ dapat paparkan gambar banjir sekitar Panchor. Rumah saya (depan kedai ayam)Kg.Jawa, air paras leher.pengalaman saya redah masuk rumah kemas barang. berani2 takut...

Hazman Amini said...

Amni - huhu.. ada rezeki lebih skit, leh beli kamera baru.. =)

azizseman@gmail.com -
Huhu.. welcome2.. kebetulan saya pergi Panchor masa tu.. ayah saya orang Sungai Ranggam. Ni orang Panchor la ni ye? Mesti menakutkan kan pengalaman tu. =)