Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Thursday, January 6, 2011

Gerai Rakyat - terbaik

Sejak naek sem ni macam x sempat nak menaip entri. Padahal assignment lum dpat lagi. Tajuk yg nk ditaip tu sentiasa ada... banyak sangat tajuknya, tapi entah la... tengok la bila rajin baru menaip ye.. =)

Gerai Rakyat... tengok tajuk tu je kita dah terbayang kedai makan zaman dulu kan?.. ala... zaman bapak-bapak kita dulu... tempat ngeteh kata orang... dengan signboard hitam putih, pastu meja dan bangku kayu... ouh... sangat nostalgik... ha3.. :D

Sejak akhir2 ni tetiba rajin pegi Benteng nun... siap bawak order orang lain lagi... sebab ketiadaan elaun, so beli makanan pun kena cari yg paling best, murah dan menguntungkan lah...

Gerai rakyat ni terletak kat Medan Selera Benteng, Peserai, Batu Pahat. Medan selera ni letaknya kat sebelah jambatan Batu Pahat kat jalan utama Batu Pahat - Muar, berhadapan dengan Hospital Putra Batu Pahat. Gerainya kat sebelah tengah medan selera tu.


Murah makanan kat sini - kalau dibandingkan dengan kafe la... kalau nasi goreng baru RM3.50, tak kira la apa jenis nasi goreng pun. Mee pun sama RM3.50... eh... kejap2... maggi goreng pun sama RM3.50... eh... senang cakap semua RM3.50 lah (yek2 je)... air pulak RM1.00, tak kisah la bungkus ke, minum ke... air Milo, Milo ais, nescafe ais, teh 'o' ais, pun semua RM1.00... mcm x caya kn.. kalau kat kafe maktab ni, air ikut jenis... bungkus tambah 20 sen... Perkhidmatan kat sini pun cepat dan pantas... sy order nasik goreng, x sampai 5 minit dah siap... padahal dia masak satu demi satu kut... kira kalau kita dapat tu memang panas2 lagi nasinya...

Nasi murah, bahan kurang? Ceh... istilah tu x sesuai digunakan di sini... sebabnya, banyak kut bahan yang ditambah dalam nasi ni... walaupun nasi goreng ayam, tapi ada daging, sayur, telur, macam2 lagi lah... nak bandingkan nasi goreng ayam kat kedai **** tu... harga RM4.50 tapi kosong... dah le sikit, separuh polisterin je... ceh... kedekut... baik aku gi Peserai ni lg bagus.. bungkusan nasiknya besar... sampaikan ada kawan sy yg kongsi 2 orang makan.. kata kawan sy, "besar macam batu"... *apa kaitan entah.. ha3..


**Entri ini bukan entri berbayar... sy saje je buat entri ni sebab berterima kasih kat tuan kedai tu kerana jual pada harga yang berpatutan... semoga perniagaan mereka terus maju dan terus berkembang... hoyeh2!! =)

5 comments:

NARUMI ISOZAKI said...

man: ko still dok dlm lg ker o kena dok luar? :)

Hazman Amini said...

Duk dalam lagi lah... tapi serius aku x hadap nk makan kat kafe waktu malam... tension je... ha3..

Ko kena duk luar ke nnti?

Anonymous said...

heh...btol tu. kenkadang kafe y dapat tender lam kampus...bapak mahal dorg ketuk. hurmmm nk kaya cpat la...kalau la sya bersabar... huh!? Mane abangku....?!! heee....

NARUMI ISOZAKI said...

ak dlm jugak.. so far.. xde pon yg dok luar.. =)

Hazman Amini said...

QlaterianKhalifa -
Hu3... rupanya ada jugak prob ni kat tmpat lain kn.. macam kes kat kafe tempat sy ni, mybe diorang fikir, mahal mcm mana pun diorang ketuk, pelajar tetap terpaksa makan kat tempat dia sebab takde kafe lain kn. Tapi diorang lupa, pelajar sekarang sudah banyak transport... senang2 je boleh keluar. Hu3.. =)


Zati -
Ok la tu.. tempat ko tu duk dalam pun dh mcm duk luar dh. Siap ada lift lagi.. haishh.. =)