First of all, sy nak ucapkan terima kasih banyak2 kepada kawan sy, Ismail sebab sudi ajak sy ke Rumah Api Tanjung Tuan ni. Kalau xde dia, maka xde lah entri ini... ha3..
Sorry sangat2... hari ni baru sy berkesempatan nak taip entri ni... actually aritu pukul 7 sy dah ada kat rumah, tapi penat sangat masa tu selepas ambik giliran memandu dari Pulau Sebang sampai Tangkak... hujan lebat pulak tu sepanjang jalan.
Rumah Api Tanjung Tuan - juga dikenali sebagai Cape Rachado Lighthouse. Rumah api ni terletak dalam negeri Melaka, tapi kalau nak pergi sana, kena masuk lalu Negeri Sembilan. Berikut ialah sedikit info mengenai rumah api ni.
Nama : Rumah Api Tanjung Tuan -dikenali juga sebagai Cape Rachado.
Tempat : Tanjung Tuan, Melaka
Daerah : Alor Gajah
Negeri : Melaka
Koordinat : 02°24.4" N 101°51.2" E
Ketinggian rumah api : 24 meter
Ketinggian lampu : 118 meter di atas paras APPM/MHWS (air pasang perbani)
Tahun dibina : 1863 - sudah berusia 147 tahun.
Rumah api ni terletak di atas tanjung yang menganjur ke laut. Untuk pelawat biasa, kenderaan perlu diletakkan di bawah bukit berhampiran Ilham Resort dan berjalan kaki mendaki bukit sejauh kira-kira 850 meter sebelum sampai ke Rumah Api Tanjung Tuan ni.
Ni peta kedudukan Tanjung Tuan. (nak lagi lengkap, boleh pergi ke Google Maps atau Wikimapia.org
Selasa, 14 Disember 2010
Saya bertolak dengan adik sy dari Tangkak kira-kira jam 10.40 pagi. Perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan dari Tol Tangkak dan keluar kat Persimpangan Pedas Linggi (Exit 224) sejauh 70.7 km dan bayaran tol RM9.80. Start dari situ, kitorang lalu jalan dalam sampai la ke Tanjung Tuan, dalam lingkungan 40 kilometer jauhnya.
Highway sangat lapang... x banyak kenderaan..
Kami tiba kat Tanjung Tuan lebih kurang pukul 11.30 pagi. Masa sampai tu, gate untuk masuk ke hutan Tanjung Tuan tertutup. So kena bukak sendiri lah. Cuak jugak sebab terang-terang tulis kereta dilarang masuk, tapi sebab sy nak pergi rumah api tu, takkan nak parking bawah je kn. Jauh tau, kalau malam memang gelap gelita jalannya.
Kena naik bukit ni baru sampai rumah api.
Jalan naik rumah api tu sangat curam pada awalnya. Sampai terseret tayar kereta nak mendaki bukit tu. Dah le jalan sempit, pastu kena bawak hati2 sebab ramai pelancong yang berjalan kaki sepanjang laluan tu. Lebih kurang 11.45 pagi, kami sampai kat rumah api tu. Sampai kat sana, family kawan sy kat IPG, Ainaa dah sampai kat rumah api tu. Diorang menginap kat rumah penginapan kerajaan Negeri Sembilan, datang jenguk2 rumah api kejap. Kereta tak boleh pergi sampai rumah api. Kena parking kat bawah bukit, pastu naik tangga baru sampai rumah api.
Ni la menara rumah api tu.
Pemandangan dari perkarangan rumah api sangat cantik. Nampak laut yang luas dan banyak kapal dagang belayar kat tengah laut. Atas sebab keselamatan, para pelawat biasa tak dibenarkan memasuki perkarangan rumah api ni kecuali mendapat kebenaran daripada penjaga rumah api atau Jabatan Laut. Diorang cuma boleh jalan-jalan sekeliling tembok rumah api ni je.
Rumah api ni sangat lengkap dengan kemudahan untuk petugasnya. Ada dapur, bilik tidur, televisyen, bilik mandi, tandas, bilik rehat dan lain-lain. Selesa duduk kat sini.
Rumah api ni masih lagi mengekalkan struktur asalnya sejak dibina pada zaman dahulu. Struktur yang baru ditambah cuma menara radar tu je yg dibina pada sekitar tahun 1990-an.
Tangga ke menara rumah api.
Lepas rehat sekejap, dak Ismail ajak sy naik menara rumah api tu. Untuk sampai ke bahagian lampu pedoman, kita kena mendaki tangga berpusing-pusing dalam menara rumah api ni. Tangga ni diperbuat daripada batu. Cantik dan kemas binaan menara ni.
Dah pusing tangga batu beberapa kali, tiba saat yg sangat mencabar. Kena naik tangga besi yang curam. Start dari bahagian ni, struktur rumah api dari bahagian ni ke atas diperbuat daripada besi padu dan tembaga. Nak naik tangga ni kena berpaut kuat-kuat pada palang tu. Kalau tidak, memang terbongkang lah korang ke belakang. Ha3...
Tangga terakhir sebelum sampai bahagian lampu pedoman.
Ok... dah naik tangga, sampai lah ke bahagian lampu pedoman, bahagian yang menempatkan lampu rumah api. Kat bahagian ni agak panas sebab ada enjin yang berpusing 24 jam sehari untuk memusingkan kanta besar tu. Ada satu pintu kecil untuk keluar daripada ruang operasi tu. Best sangat dapat lepak kat atas rumah api. Angin sangat kuat. Tengok dari bawah, takde la tinggi sangat menara ni... tapi bila dah duduk kat luar tu, memang gayat habis lah. Tapi sangat seronok sebab dapat tengok pemandangan yang cantik sekitar rumah api tu. malahan kalau cuaca baik, boleh tengok sampai lebih 23 batu nautika tau. Boleh nampak tanah Indonesia lagi.
Pandangan arah ke darat.
Cuba anda bayangkan macam mana rupa lampu rumah api. Mesti anda fikir lampu tu macam spotlight kn? Haha... dulu sy pun fikir mcm tu, tapi lepas tengok sendiri... wah, teruja gila.. haha...
Lampu rumah api ni totally different daripada lampu spotlight tau. Sebabnya, kalau spotlight, cahaya yang dihasilkan daripada mentol akan dibalikkan oleh pemantul di bahagian belakang spotlight tu untuk menumpukannya ke satu arah sahaja. Spotlight memang terang tapi cahayanya tak boleh pergi jauh.
Tapi untuk rumah api, ia tak menggunakan pemantul. Cahaya yang dihasilkan akan melalui kanta gergasi dan ditumpukan ke satu titik. Oleh itu, cahaya rumah api ni mampu pergi jauh. Percaya tak cahaya daripada lampu rumah api ni mampu pergi sejauh lebih 56 kilometer tau.
First time tengok lampu rumah api tu memang tak sangka lah. Mentol lampu rumah api tu kecik je, lebih kurang saiz 3 jari sy je. Panjangnya pulak lebih kurang sejengkal.
Ni mentol lampu rumah api tu. Kecik je kn?
Kanta gergasi tu pulak tak payah cerita la... saiznya lebih kurang sebuah kereta kancil. Setiap arah ada 3 focus yang akan menghasilkan 3 beam cahaya, dan satu set lens tu ada 2 arah, so ada 6 beam la.
Ni la kanta gergasi rumah api tu. Benda ni 24 jam berpusing.
Ada bahan radioaktif pada bahagian depan radar ni.
Tengah hari tu, kitorang pergi merayau kat bandar Port Dickson. Dekat je dari Tanjung Tuan ke Port Dickson, lebih kurang 20 kilometer je. First skali, cari masjid sebab belum solat lagi. Tapi tension nak gi masjid dy sebab jalan naik bukit masjid tu berlubang teruk, tak boleh lalu kereta. Terpaksa pusing jauh lagi skali baru jumpa pintu lagi satu.
Terminal bas Port Dickson
Lepas solat, kitorang gi pusing-pusing bandar. Sy singgah pasaraya TenTen sebab lupa nak bawak tuala. So kena beli tuala lah, nanti mandi nak lap pakai apa kn kalau xde tuala. Ha3.. Lepas beli tuala, kitorang terus menuju ke Tanjung Tuan semula, tapi singgah kat Teluk Kemang, beli bahan makanan sikit.
Petang tu, lepas Asar, kitorang turun (naik kereta) ke pantai kat sebelah Ilham Resort... kat bawah bukit rumah api tu ada pantai sebenarnya, tapi penuh dengan rumpai air (tengah musim rumpai sekarang)... so terpaksa turun ke pantai lain kat depan gate masuk tadi.
Pantai ni memang best. Airnya cetek je. Kitorang pergi lebih 150 meter ke tengah pun air still paras lutut je. Cetek kn? Sebab kawasan tu macam teluk. Best sangat3, tapi lagi best kalau bukan musim rumpai air. hahaha... geli kaki bila terpijak rumpai ni.
Rumpai air.
Time nak hidupkan lampu tu, dy taknak menyala. Kanta tu pun berhenti berpusing secara tiba-tiba. So kena tunggu abang yang padamkan lampu tu sebelah pagi datang untuk hidupkan balik sebab tak tahu apa yg dy usik. Lebih kurang pukul 7.50 malam, abang tu datang.
Sebahagian daripada suis-suis untuk rumah api.
Dalam masa 15 minit lepas tu, masalah berjaya diatasi. Dan lampu mula menyala. Mula-mula, lampu tu mengeluarkan cahaya hijau (macam mentol hijau 5 watt tu)... makin lama, warnanya bertukar semakin kuning dan semakin terang. 2 minit je, lampu tu dah terang betul. Seperti yg sy tulis tadi, cahaya tu ada 3 beam pada satu arah, dan 3 beam lagi pada arah yg berlawanan.
Pukul 8.30 malam, keluarga kawan sy yg dtg tengah hari tadi datang lagi. Mereka ada hantar ikan segar petang tu. Seronok makan ramai-ramai dengan angin yg nyaman dan cahaya rumah api yang berpusing-pusing kat atas kepala.
Lepas makan, sesi borak2 pun mula... ha3...
Lebih kurang pukul 10 malam, mereka pun bertolak balik ke rumah penginapan mereka.
Malam tu, sekali lagi sy ambik kesempatan naik ke menara rumah api tu lagi. Nak tengok pemandangan malam pulak. Dulu sy fikir kalau kita duduk depan lampu pedoman tu, mata boleh buta... rupa-rupanya tak silau pun kalau kita duduk kat atas tu. Lain la kalau kita duduk depan lens tu, haa... tu memang buta la...
Naik rumah api waktu malam.
Mentol rumah api yg sedang beroperasi.
Tengah gayat sebenarnya... kah3.. :D
Rabu 15 Disember 2010
Pagi, lepas Subuh, sekali lagi kitorang naik menara rumah api tu. Gile ah... sebelum tido naik... lepas tido pun naik... hahaha... kira mcm exercise waktu pagi la tu... kui3...
Radar waktu pagi.
Kebetulan, sampai je kitorang kat atas tu, lampu tu padam. Tapi dy padam sekejap je, tak lama mcm masa nak hidupkan.
Pemandangan matahari terbit dari atas tu sangat indah. Disebabkan kitorang berada kat hujung tanjung, jadi pemandangan matahari naik tu nampak seolah-olah matahari terbit dari Barat sebab nampak macam terbit kat seberang laut.
Pagi tu sarapan mee goreng yg ayah kawan sy tu masak. Sedap sangat. (Mail, kalau ko terbaca ni, nanti mintakkan resipi maggi tu kat ayah ko eh)... :D
Pukul 8 pagi, kitorang turun pantai lagi sekali. Tapi kali ni pantai lain pulak, kitorang pergi pantai sebelah kanan tanjung (semalam sebelah kiri). Sampai kat pantai, kecewa dengan sebuah resort yg membuang sisa air kumbahan ke pantai. Teruk betul. Terpaksa jalan kaki jauh sikit sebab nak mengelak air longkang tu.
Tak guna betul buang air sisa kat pantai... nanti kalau pantai kotor, yang rugi diorang jugak sebab xde pelancong nak datang.
Pantai ni pun landai macam pantai semalam jugak. Tapi yg ni best sikit sebab xde rumpai laut. Boleh pergi sampai tengah. Lagi satu, kat sebelah sini pasirnya cantik sikit dan banyak hidupan air seperti siput dan ketam.
Kitorang berada kira-kira 200 meter ke tengah laut.
Ni lagi satu kerja ni... time jalan2 kat pantai tu, terjumpa lubang ketam.. pastu gali nak cari ketamnya...
Gali punya gali, jadi la sampai besar mcm ni...
Pastu buat tanam orang... ha3...
Lebih kurang pukul 10.40 pagi, kitorang balik ke rumah api. Time ni kat rumah api ada staff jabatan Laut tengah buat maintenance kat menara radar sebelah tu. Makan lagi sekali, ayah Mail jugak masak.
Pukul 11 pagi, sekali lagi kitorang gi jalan kat bandar Port Dickson. Dan Mail tak ikut. Dak Irwan jumpa buah hati kejap... hahaha~... pastu terus balik rumah api semula.
Bergambar sebelum balik... :)
Pukul 1 lebih, kitorang keluar dari rumah api tu, dan bertolak balik ke rumah masing2... bye bye rumah api... lain kali kitorang datang lagi... =)
Balik tu, sy dengan adik sy round2 Seremban. Dari Port Dickson, kitorang lalu Lebuhraya Seremban-Port Dickson... bayar tol kat Plaza Tol Mambau RM3.20. Pastu pusing2 dalam bandar kejap, terus balik lalu jalan lama. Sy ambik turn drive dari Pulau Sebang, Tampin, pastu masuk PLUS kat Ayer Keroh. Sampai lah kat rumah lebih kurang pukul 6.30 petang.
Plaza Tol Mambau, Lebuhraya Seremban - Port Dickson
2 comments:
Salam,
Saya ingin bertanya apa procedure untuk mendapat kebenaran untuk masuk ke dalam rumah api tanjung tuan? Kepada siapa harus saya berhubung?
Wasalam,
Mintak maaf sebab lambat reply.. ada masalah sikit pada bahagian komen ni.
Prosedur untuk masuk ke rumah api, biasanya saudara perlu berhubung dengan jabatan laut negeri di mana rumah api tu terletak. Rumah Api Tanjung Tuan terletak dalam negeri Melaka. Jadi saudara kena pergi ke pejabat Jabatan Laut Melaka.
Tapi kalau kat rumah api tu ada pengawal, boleh juga mintak kebenaran daripada pengawal rumah api. Tu lagi senang sebab x payah ada dokumen macam2. Tapi bergantung kepada pengawal rumah api tu sama ada nak benarkan atau tak.. =)
Post a Comment