Penulis tidak bertanggungjawab atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada penggunaan sebarang bahan dalam blog ini. Sebarang maklumat yang tercatat dalam blog ini adalah hampir tepat pada tarikh penulisan tetapi mungkin berubah mengikut keadaan semasa.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan yang berkaitan, sila tuliskan di ruangan komen atau e-melkan kepada penulis. Komen anonymous dibenarkan, tetapi anda digalakkan untuk meninggalkan komen dengan mendaftar masuk akaun Google atau Blogger masing-masing.

Sebarang komen yang tidak berpatutan atau difikirkan tidak sesuai akan dibuang selaras dengan Akta Keterangan (pindaan 2012) di mana pemilik blog bertanggungjawab terhadap segala komen yang disiarkan.

Pemilik rumah penginapan atau homestay juga dibenarkan tulis iklan di ruangan komen. Terima kasih. =)

Saturday, December 18, 2010

PC Expo - MITC, Melaka..

Semalam petang (17 Disember 2010), sy ke Melaka International Trade Center (MITC) Ayer Keroh, Melaka.

Kepada sape2 yg x tau, dari 17 hingga 19 Disember 2010 (Jumaat hingga Ahad), satu expo IT sedang diadakan kat sana iaitu PC Expo 2010. 


Jangan keliru antara PC Fair dengan PC Expo ni... PC Fair ialah anjuran Persatuan Industri Komputer dan Multimedia (PIKOM) manakala PC Expo ni dianjurkan oleh Event Masters.

Kalau korang datang ke PC Expo ni, first sekali jangan lupa isi borang untuk Register & Win kat depan pintu masuk tu (borang hijau). Jangan takut, yang ni percuma je. (Borang hijau ni seorang boleh isi satu je tau... jangan isi lebih2 pulak).


Tapi apa pun, keadaannya lebih kurang sama je dengan PIKOM PC Fair. Harga barangan IT pun murah... kebetulan elaun keluar semalam, so sy beli satu external hard disk (HDD) Imation 320 GB berharga RM145. Abis terbang elaun yg belum sampai sehari pun melepak dalam akaun tu (baru masuk pagi semalam)...

Dapat pouch skali...

Tak hadap pun nak beli sebenarnya.... tapi dah jadi keperluan sebab HDD laptop sy dah penuh (tu la, simpan movie banyak sangat)... sampai dah jadi berat laptop ni... so nanti boleh la kosongkan HDD laptop, bagi gerak laju sikit. Huhu... :)

Setelah membeli belah, pengunjung akan keluar ikut pintu lain. Kalau korang keluar tak beli apa-apa, silakan lah jalan terus. Tapi kalau ada beli produk melebihi RM 100, boleh pergi ke kaunter penebusan (Redemption Counter) kat pintu keluar dewan tu.

Sy x ingat dy kira mcm mana... tapi kalau x silap, untuk setiap pembelian RM100 (boleh campur2 resit), dapat satu borang warna biru. Yang ni untuk lucky draw. 


Kalau pembelian RM100 ke atas dalam satu resit pulak, setiap resit akan diberi satu borang hitam. Borang ni boleh sertai Sure win Wheel. Tak kira berapa ratus kita beli, satu resit tetap boleh pusing sekali je. Kira macam Roda Impian la tu (tapi rodanya dalam komputer)... sy dan mak sy ada 3 resit atas RM100, so dapat pusing 3 kali lah. Sekali dapat T-Shirt, sekali dapat Gift Voucher RM40 dan sekali lagi dapat Gift Voucher RM10. 

Gift voucher tu mak sy guna buat beli Aluminium Cooler Fan (RM40) dan lagi RM10 tu guna beli pendrive berharga RM20 (kena tambah duit lagi RM10 la).. =)

Rajin-rajin pergi lah... tak rugi pun kn... hu3..

No comments: